NOTIS PENANGGUHAN OPERASI SEMPENA CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 2015

Para pelanggan PTS yang dihormati,

PTS akan menangguhkan operasi sempena Hari Raya Aidilfitri mulai 16 Julai 2015 dan akan beroperasi semula seperti biasa pada 22 Julai 2015.

Buku →

501 Soal Jawab tentang Haji dan Umrah

oleh Zulkifli Khair, Khair Abd. Salam, Abdul Ghani Jalil

Versi Cetak

RM 24.00

Sabah/Sarawak: RM 27.00
Format: Paperback
ISBN-13: 978-983-192-366-5
ISBN-10: 983-192-366-9
Tarikh Terbit: 7 Dec 2007
Jumlah Muka Surat : 240

Versi Ebook

RM 18.90

Format: EPUB / PDF
e-ISBN: 978-967-366-222-7
Tarikh Terbit: 22 Aug 2014

Sinopsis

Bagi kebanyakan orang, pengembaraan ke Baitullah adalah perjalanan sekali seumur hidup. Oleh sebab itu, kesempatan menunaikan Rukun Islam yang kelima ini perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Justeru, bagi mendapat haji dan umrah yang mabrur, persediaan ilmu pengetahuan berkaitan ibadah ini perlu dititikberatkan oleh setiap insan yang bakal menjadi tetamu istimewa di sisi Allah.

Buku 501 Soal Jawab tentang Haji dan Umrah ini hadir bagi merungkai persoalan-persoalan remeh yang sering membelenggu jemaah haji dan umrah. Jawapan-jawapan yang dikemukakan adalah ringkas dan padat. Turut disertakan dengan gambar rajah bagi memudahkan pemahaman pembaca. Antara topik-topik yang dimuatkan adalah:

  • Perkara rukun dan wajib dalam haji dan umrah

  • Masalah haji bagi wanita, kanak-kanak dan orang tua

  • Haji Badal

  • Khurafat

Khair Hj. Abdul Salam adalah pendakwah bebas dan penceramah bertauliah Jabatan Agama Johor. Beliau pernah bertugas di Mekah dan Madinah sebagai guru agama di bawah Lembaga Tabung Haji Malaysia dan Syarikat Rahman Brothers Travel and Tours Sdn. Bhd.

Zulkifli Khair adalah jurulatih sepenuh masa yang terlibat dalam program pembangunan insan sejak awal 1990-an. Giat menghasilkan karya fiksyen dan bukan fiksyen dalam bidang agama, sains, pemikiran, pendidikan dan semasa.

Abdul Ghani Jalil adalah bekas pensyarah di Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial di Universiti Teknologi Malaysia. Aktif sebagai penceramah dan penulis dan pakar dalam bidang bahasa Arab dan Lateral Thinking.

Buku Berkaitan

  • Offline dengan Syaitan

  • Online dengan Tuhan

  • Cerita-Cerita Motivasi untuk Ibadah Haji dan Umrah

  • Panduan Lengkap Doa Ibadah Haji dan Umrah

Komen & Ulasan