Katalog

Sains Pemikiran dan Etika

Format: Paperback
Saiz: 9" x 6" x 0.65"
ISBN-13:
ISBN-10: 983-3585-67-1
Tarikh Terbit: 26 Dec 2006
Jumlah Muka Surat : 328

Kategori: Pendidikan, Pendidikan Tinggi

Siri:

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

  • Beli di kedai buku atau kedai hyper rangkaian terpilih

    RM 32.00

    Harga Sabah/Sarawak:
    RM 35.00

  • Beli online

    Penghantaran percuma untuk belian RM 100 ke atas jika anda beli di Bookcafe

Penghasilan buku Sains Pemikiran & Etika adalah sebagai bahan rujukan umum setiap lapisan masyarakat dan khusus buat insan yang mendalami ilmu berkaitan falsafah, pemikiran dan etika.

Secara fokusnya, kandungan buku ini menepati keperluan kursus pemikiran dan etika yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi terutama di Universiti Utara Malaysia.

Sains pemikiran dan etika adalah ilmu yang membincangkan hubungan aktiviti akal dengan respons tingkah laku manusia menyelesaikan masalah yang dihadapi. Proses itu dikenali sebagai sistem kehidupan manusia. Ini sejajar dengan fitrah kejadian manusia yang diberikan tanggungjawab dan amanah memimpin, mentadbir dan mengurus alam ini dengan kebijaksanaan berhemah. Justeru, buku ini berperanan membantu pembaca memahami konsep asas falsafah, pemikiran dan etika supaya dapat memahami dan membuat penilaian pada masalah yang dihadapi dalam sistem kehidupan.

Selain itu, buku ini turut memuatkan teknik-teknik yang digunakan oleh manusia bagi berfikir dan menaakul dalam kehidupan seharian. Ia juga membincangkan aspek etika dan nilai moral pada amalan-amalan etika pengurusan, perniagaan dan alam sekitar di Malaysia. Seterusnya dalam bab yang terakhir, dijelaskan berkenaan peranan sains pemikiran dan etika dalam pembentukan paradigma pemikiran bersepadu di Malaysia melalui Rukun Negara, Wawasan 2020, Islam Hadhari dan Pendidikan di Malaysia. Perbincangan seterusnya memperihalkan berkenaan perdana menteri Malaysia yang pertama sehingga kini dalam melaksanakan usaha-usaha yang progresif dan inovatif dalam pembentukan paradigma pemikiran bersepadu Malaysia.

Buku ini adalah usaha bagi memperluaskan ilmu pengetahuan.

Prakata

Bahagian I: Falsafah: Hubunganya dengan
Sains, Pemikiran & Etika
Falsafah dan Sains
Pemikiran
Etika
Bahagian II: Konsep Manusia daripada
Perspektif Islam dan Barat
Proses Kejadian Manusia daripada Perspektif
Islam
Kedudukan Teori Evolusi Darwin
Pandangan Islam Berkenaan Makhluk dan
Manusia
Bahagian III: Aliran-aliran Pemikiran
Aliran Pemikiran Islam
Aliran Pemikiran Barat
Bahagian IV: Falsafah Etika
Konsep Falsafah Etika
Aliran-aliran Etika
Bahagian V: Tokoh-tokoh Falsafah Etika
Tokoh-tokoh Falsafah Etika Islam
Tokoh-tokoh Deontologikal
Tokoh-tokoh Teleologikal
Bahagian VI: Agama Sebagai Sistem
Pemikiran & Etika Kehidupan
Konsep Agama dalam Kehidupan
Islam
Kristian
Buddha
Hindu
Bahagian VII: Berfikir, Menaakul &
Menyelesaikan Masalah
Pemikiran Kritis
Pemikiran Kreatif
Menyelesaikan Masalah
Pemikiran Saintifik
Menyelesaikan Masalah
Secara Islam
Bahagian VIII: Pemikiran Sebagai Asas
Etika & Nilai-nilai Moral
Pemikiran Sebagai Asas Pembentukan Etika
Pemikiran Sebagai Asas Pembentukan
Nilai-nilai Moral
Bahagian IX: Aplikasi Etika & Nilai-nilai Murni
di Malaysia
Etika dan Nilai-nilai Murni Malaysia
Etika Pengurusan
Etika Perniagaan
Etika Perniagaan Islam
Etika Alam Sekitar
Bahagian X: Pendidikan & Paradigma
Pemikiran Bersepadu
Paradigma Pemikiran Bersepadu Malaysia
Pendidikan Sebagai Asas Keutuhan Masyarakat
Sumbangan Tokoh dalam Paradigma
Pemikiran Bersepadu

Bibliografi
Indeks

Karya Lain Penulis Ini

Buku berkaitan yang anda mungkin berminat