Act Like A Lady, Think Like A Man (Edisi Bahasa Melayu)

oleh Steve Harvey

Harga: RM 22.00 / RM 25.00
ISBN-13: 978-967-369-079-4
Tarikh Terbit: 15 Dec 2010
Jumlah Muka Surat : 216

Kategori:

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Bahgian 1.Apa dengan Fikiran Lelaki 1.Apa yang Menggerakkan Mereka 2.Cinta Mereka Bukan Seperti Cinta Wanita 3.Tiga Perkara yang Diperlukan Lelaki:Dorongan, Kesetiaan dan Seks 4.“Saya Mahu Bercakap Sedikit Dengan Kamu,” dan Seumpamanya yang Boleh Menyebabkan Lelaki Menjadi Defensif Bahagian 2.Mengapa Lelaki Buat Itu Begitu 5.Perkara Nombor Satu : Mereka hanya Mahu Tidur dengan Kamu 6.Ikan Toman atau Ikan Kelisa : Bagaimana Lelaki Membezakan Wanita yang mahu dikahwini dengan Wanita yang Dibuat Main 7.Anak Emak 8.Mengapa Lelaki Main Kayu Tiga Bahagian 3.BUKU PERMAINAN BAGAIMANA MEMENANGI PERMAINAN INI 9.Lelaki Menghormati Standard – Buat Standard itu 10.Lima Soalan yang perlu ditanya Sebelum Wanita Meneruskan Perhubungan yang Lebih Intim 11.Peraturan 90 Hari : Dapatkan Penghormatan yang Sewajarnya 12.Sekiranya Lelaki itu Ditemukan dengan Anak-anak Selepas Kamu “Memilihnya,” Kamu Sudah Terlambat 13.Wanita yang Gagah, Berdikari – dan – Sepi 14.Bagaimana Mendapatkan Lamaran itu 15.Jawapan Segera kepada Soalan yang Sering Mengganggu Fikiran Kamu

Sinopsis

Buku Act Like a Lady, Think Like a Man, membawa wanita masuk ke dalam peti fikiran lelaki dan menjelaskan konsep serta menjawab soalan berkenaan: - Hukun 90 Hari: Adakah wanita juga perlu meletakkan lelaki dalam tempoh percubaan? - Bagaimana mengenal 'Anak Emak' dan apakah cara bagi mengatasi situasi ini? - Bagaimanakah membaca interaksi pertama antara keluarga dan bakal pasangan anda? - Lima soalan yang perlu diajukan keapda lelaki bagi mengetahui sama ada dia serius ataupun tidak dengan anda. Dan banyak lagi. Sebuah pendedahan yang berani dan telus daripada seorang lelaki yang telah mendengar keluhan ribuan wanita berkenaan lelaki. Semua yang diperkatakan adalah benar belaka. Buku ini wajib dibaca oleh golongan wanita yang mahu memahami apa yang bermain dalam fikiran lelaki.

Info Penulis

Broderick Steven "Steve" Harvey merupakan seorang pelakon, pelawak, penghibur, personaliti televisyen & radio penulis bestseller. Beliau dikenali melalui sitkom The Steve Harvey Show, dan sebagai salah seorang pelawak yang membintangi filem arahan Spike Lee bertajuk The Original Kings of Comedy. Beliau juga menjadi hos bagi program radio The Steve Harvey Morning Show, dan juga hos bagi rancangan Family Feud. Beliau juga merupakan penulis bagi buku Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment, yang diterbitkan pada March 2009.

Buku lain oleh penulis ini

  • Act Like A Lady, Think Like A Man (Edisi Bahasa Melayu)
    RM 22.00 / RM 25.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-369-079-4
    Tarikh Terbit: 15 Dec 2010

Temubual bersama penulis