Penilaian pembaca (Keputusan daripada 5 orang pembaca):

Harga: RM 5.50 / RM 6.50
ISBN-13: 978-967-366-015-5
Tarikh Terbit: 1 Jun 2010
Jumlah Muka Surat : 120
Kategori: Islam, Doa & Amalan
Ramadan berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud panas terik. Ramadan berasal daripada kata akar 'ramada' yang bererti panas menyengat atau kekeringan, khususnya pada tanah. Daripada kata akar itu, kata Ramadan digunakan bagi menunjukkan adanya sensasi panas ketika seseorang itu kehausan.
Pendapat lain mengetakan kata Ramadan digunakan pada bulan itu, dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah, Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan di bulan Ramadan bagi serius menghapuskan dosa, muhasabah diri dan memperbaharui dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat mencairkan sesuatu bahan.
Buku Adab Ramadan adalah himpunan maklumat mengenai Ramadan bermula dari pengenalan, hukum-hukum, adab-adab dan segala yang berkaitan Ramadan.
Pendahuluan
Bab 1: Kesucian Ramadan
Bab 2: Pengertian Puasa
Bab 3: Asas Penentuan Ramadan dan Syawal
Bab 4: Kelebihan Ramadan
Bab 5: Faedah Berpuasa
Bab 6: Adab-adab Berpuasa pada Bulan Ramadan
Bab 7: Amalan yang Menghidupkan Ramadan
Bab 8: Adan Ketika Berbuka Puasa
Bab 9: Tarawih, Witir adn Tahajud
Bab 10: Peristiwa Agung pada Bulan Ramadan
Bab 11: Mutiara Hadis Ramadan
Bab 12: Muhasabah Ramadan
Bab 13: Beberapa Kesilapan bagi Orang yang Berpuasa
Bab 14: Tazkirah Ramadan
Bab 15: Doa Harian bulan Ramadan
Latihan dan pendidikan yang terdapat di dalam Ramadan tidak akan menghasilkan takwa melainkan jika adab-adabnya dijaga dan dipelihara. Antara adab-adab itu ialah:
Artikel ini dipetik daripada buku Adab-adab Ramadan tulisan Absyar Fuad dan Suzana Ismail terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd.

Ulasan isi kandungan/jalan cerita
Buku yang kecil lagi ringkas tetapi padat dengan isi-isi yang berguna ini wajar menjadi teman setia di bulan Ramadan. Bahkan saranan-saranan yang terkandung di dalamnya juga amat wajar diamalkan bukan sahaja di bulan Ramadan, tetapi juga setelah berakhirnya Ramadan ia wajar diteruskan.
Di dalam buku yang kelihatan ringkas ini ada mencatatkan pengenalan tentang Ramadan. Ia juga ada membincangkan beberapa perkara yang asas tetapi sering dilupakan oleh ramai orang yang berpuasa. Beberapa permasalahan yang sering menjadi debat yang merugikan juga mampu dijawab dengan baik beserta dalil yang berkesan.
Kata orang kecil jangan disangka anak amat sesuai ditujukan kepada buku ini kerana walaupun saiznya kecil tetapi isinya sesuai bahkan perlu dibaca oleh golongan dewasa. Kecil-kecil cili padi, biarpun kecil tetapi penuh berisi.

Ulasan isi kandungan/jalan cerita
Buku Adab Ramadan mudah dan ceria
Mahu mengulangkaji ibadah puasa dalam subjek Agama Islam? Baca buku Adab Ramadan terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd. ini. Saya dan saudara pastinya sudah belajar mengenai puasa dan perkara yang berkaitan dengannya semasa mengambil subjek Agama Islam untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di suatu ketika di sela masa kehidupan. Namun sebagai insan biasa, kita sering terlupa. Sebab itu tazkirah atau peringatan itu penting. Justeru itu buku ini merupakan suatu media tazkirah tentang puasa.
Buku ini saya bahagikan kepada tiga segmen utama. Pertamanya mengenai apa dia ibadah puasa, jenis-jenis puasa dan dalil-dalil diwajibkan puasa. Segmen kedua merangkumi amalan, adab dan ibadah sunat yang patut diamalkan di sepanjang puasa bulan Ramadan. Segmen terakhir pula lebih ditumpukan kepada peristiwa yang terjadi dalam sejarah bulan Ramadan serta tazkirah berkaitan.
Kandungan buku ini dipersembahkan secara teratur menurut turutan pengajian bab puasa. Setiap bab ringkas tetapi memadai untuk memberikan kita panduan khusus bagi memantapkan lagi mutu ibadah sebulan ini.
Antara bab yang menarik untuk disorot ialah bab Terawih, Witir dan Tahajud. InsyaAllah, semua perkara berkaitan ketiga-tiga solat sunat utama yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam) dan para alim ulamak di sepanjang malam Ramadan ada diberitahu.
Bab terakhir pula berkenaan doa harian bulan Ramadan dari hari pertama sehingga hari yang ke ketiga puluh. Ianya bakal. insyaAllah, membantu tuan-tuan dan puan-puan bermunajat kepada Allah dalam mencari redha, rahmat, keampunan dan perlindungan dari azab neraka.
Buku nipis ini mesti disimpan untuk ulangkaji ringkas pada setiap tahun. Ianya bagus untuk dihadiahkan kepada sanak-saudara dan rakan-rakan di akhir bulan Syaaban. Elok juga sekiranya buku Adab Ramadan ini diberikan kepada jemaah yang datang bagi majlis doa selamat menyambut ketibaan Ramadan sebagai cenderahati. Harganya hanya RM5.50 senaskhah dengan ketebalan 121 halaman.

Buku ini menarik perhatian saya untuk membaca bukunya adalah kerana kulit buku itu sendiri. Gambar yang tertera pada kulit buku ini menambah minat saya untuk melengkapkan koleksi buku-buku berkaitan keagamaan.Terutamanya pada bulan Ramadan yang mulia ini,saya berharap dengan membaca buku-buku sebegini akan dapat menambahbaikkan lagi puasa saya pada tahun ini.Kulit bukunya kecil, berkualiti dan warnanya yang menarik perhatian beserta ilustrasinya yang ringkas menjadikan buku ini digemari saya dan keluarga.Dari segi bahasa pula,ianya amat ringkas,gramatis dan senang untuk difahami oleh pembaca.Oleh itu,saya berharap pembaca di luar sana memilih buku sebegini bagi mengisi masa yang terluang terutamanya di bulan Ramadan ini.
Penulis telah menyelitkan potongan hadis yang sangat berguna untuk umat Islam pada hari ini.Tidak ramai yang tahu bukti berdasarkan hadis untuk adab-adab dalam Ramadan.Antaranya, bersahur di pagi hari dan melewatkan pengambilannya. Nabi berkata, “Makanlah sahur kerana sesungguhnya pada sahur itu ada berkat.” (Riwayat Bukhari) Zaid bin Thabit pula menceritakan, “Kami pernah bersahur bersama nabi kemudian kami bangun untuk melakukan solat (subuh).” Kemudian Zaid bin Thabit disoal, “Berapa lama masa antara keduanya (iaitu di antara makan sahur dan solat Subuh)?” Berkata Zaid, “Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” (Riwayat Bukhari).Oleh itu,buku ini sungguh mantap dengan adanya bukti-bukti melalui hadis.Malah,buku ini juga turut menyelit doa-doa harian untuk bulan Ramadan.Buku ini sangat berguna bagi membimbing umat Islam khususnya dalam memantapkan lagi ibadah puasa.
Buku Adab Ramadan ini perlu menjadi santapan minda kepada seluruh umat Islam khasnya untuk meningkatkan lagi ilmu tentang bulan yang dimuliakan Allah ini.Semoga hasil karya dari PTS terus maju dan berkembang.

Ulasan isi kandungan/jalan cerita
Kecil, ringkas dan padat . itulah kata-kata yang dapat saya gambarkan tentang buku Adab Ramadan ini. Buku yang mengandungi 15 bab ini mampu memenuhi seluruh tajuk berkaitan puasa dan bulan Ramadan. Bermula dengan maksud Ramadan, sehinggalah doa harian dalam bulan Ramadan, semuanya terdapat dalam buku ini. Diselitkan juga peristiwa bersejarah yang berlaku pada bulan Ramadan dan saya amat tertarik dengan isi kandungan dalam bab 13 dan 14 berkenaan tazkirah dan kesilapan orang yang berpuasa kerana ia banyak membantu saya menjadikan puasa lebih bermakna dan insaf akan perkara-perkaya yang selalu kita lakukan tetapi kita tidak sedar bahawa ia boleh merosakkan puasa dan mengurangkan pahala kita.
Walaupun buku ini berbentuk ilmiah dan panduan, namun saya dapat membacanya dalam keadaan seronok dan santai kerana isi kandungan yang disampaikan menggunakan ayat yang mudah untuk difahami. Bagi saya, bukan orang dewasa sahaja mampu memahaminya, namun pelajar sekolah juga boleh menjadikan buku ini sebagai bahan rujukan. Kata kunci yang diberikan disertakan dengan contoh memudahkan saya memahami setipa maksud yang ingin disampaikan. Manakala setiap tajuk yang dibahagi teratur mengikut bab memudahkan saya merujuk tajuk yang dikehendaki mengikut bab. Tahniah kepada penulis yang mampu menyusun isi kandungan buku ini dengan baik seterusnya memudahkan para pembaca.
Buku ini mengajak adik-adik mengenali dan memahami 101 akhlak yang boleh dicontohi. "Sesungguhnya pada diri Rasullulah itu contoh ikutan yang paling baik bagi kamu."
Khalifah-Khalifah Yang Benar merupakan kompilasi daripada empat buah novel sejarah Abdul Latip Talib yang terdahulu, iaitu Abu Bakar, Umar Al Khattab, Uthman Affan dan Ali bin Abi Talib.
Lihat senarai penuh di laman web Baca@Ramadan