Harga: RM 18 / RM 20
ISBN-13: 978-967-401-013-3
Tarikh Terbit: 30 Apr 2011
Jumlah Muka Surat : 352
Kategori: Novel Dewasa, Novel Chiclit
Penerbit: PTS One Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Tiada
Dia punya dua identiti.
Adilah Arifin
~ Pekerja GoGo Sdn. Bhd. yang menjalani hidup biasa-biasa dan seadanya. Baginya, hidup ini umpama gula-gula, masam, manis dan kadangkala masin. Ada ruang kosong dalam hidupnya. Ruang untuk kenangan silam yang sudah dilupakan. Sekian lama, hakikat itu bukan masalah besar baginya. Bertabah, Adilah!
Cik Serba Tahu
~ Kaunselor tidak bertauliah. Tanpa berkenalan, tanpa bersua muka, dan tanpa berkawan, begitu mudah orang berkongsi masalah di Kaunter Pertanyaan Cik Serba Tahu. Sesungguhnya, Cik Serba Tahu sama sekali tidak boleh mengecewakan pembaca yang berkongsi masalah dengannya. Jangan main-main. Ada nama baik perlu dijaga. Ada reputasi perlu dipertahankan! Berusaha, Cik Serba Tahu!
Siapa pula Hakim, Reen dan Afra mahupun Izham dalam hidup Adilah Arifin? Mengapa pula mereka terlebih seronok dapat bersua muka dengan Adilah. Perasaan Adilah? Kosong. Baginya mereka bukan sesiapa pun.
Nanti dahulu! Benarkah mereka bukan sesiapa? Ataupun Adilah Arifin yang terlupa? Begitukah?
Berselang dengan kesibukan menjadi Cik Serba Tahu, Adilah Arifin menjejak kisah yang terpadam daripada ingatannya.
Menulis siri:
1. Trilogi Diraja - Sayalah Puteri Raja, Sayalah Putera Mahkota dan Kamilah Kembar Diraja.
2. Siri My - My Angel, My Hero, My Secret dan My Memory. Penutup Siri My adalah novel Syok - Adilah Cik Serba Tahu.
3. Siri Kisah Si Puteri bersama empat penulis lain.
4. Juga untuk majalah Untuk Si Gadis.
Maklumat lanjut berkenaan penulis boleh diperolehi daripada Facebook Aizam Aiman (Leeya Myra).
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet