Aku Mahu Lawan Hantu
oleh Ain Maisarah


Versi Cetak

RM16.00

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 18.00
Format: Trade Book
Saiz: 5 X 7.5 X 0.5

ISBN-13: 978-967-10404-5-4

Tarikh Terbit: 19 Sep 2011

Jumlah Muka Surat: 240


Versi eBook

Belum Terbit


Kelepasan daripada belajar di sekolah selama seminggu memang suatu berita yang menyeronokkan! Namun, The Wannababes menerima berita ini dengan rasa was-was dan sangsi. Selama seminggu itu mereka terpaksa menghadiri kem pasukan sorak di Universiti Selatan Malaysia. Sebuah universiti yang letaknya di ceruk hutan. Mereka akur dengan mengikuti kem itu kerana tidak mahu dilucutkan jawatan. Pelbagai perkara aneh berlaku sejak awal perjalanan dimulakan. Kisah gelanggang misteri. Segalanya terlerai seketika kerana The Wannababes gembira diberikan sebuah rumah tamu yang besar seperti banglo sebagai tempat tinggal selama seminggu itu. Kegembiraan itu tiba-tiba dirampas apabila datangnya sebuah tim debat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Siput Sedut yang akan berkongsi rumah dengan mereka. Pelbagai aksi buli-membuli dilakukan The Wannababes kerana mahu menyerlahkan kekuasaan mereka. Tim debat cuba bersabar. Suatu hari The Wannababes beria-ia mahu berbaik dengan tim debat kerana tidak tahan diganggu semula perkara-perkara aneh dan menyeramkan. Kesempatan diambil daripada tim debat kerana mereka arif tentang menghalau makhluk halus. The Wannababes diminta mengamalkan perkara-perkara yang tertulis dalam senarai yang disediakan oleh tim debat untuk mengelakkan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu.

Kumpulan The Wannababes kembali lagi,

Jadi watak utama cerita kali ini,

Bertujuh mereka dipilih menyertai,

Kem pasukan sorak yang dibuat di luar negeri.

 

Universiti Selatan Malaysia jadi lokasi,

Banglo rumah tamu menjadi kediaman rasmi,

Seminggu di situ bukan bersendiri,

The Wannababes sebumbung dengan pelajar tidak dikenali!

 

Kumpulan debat hebat bertudung labuh,

Dari Sekolah Agama Sungai Siput,

Jauh berbeza perangai The Wannababes yang hodoh,

Pertembungan dua budaya buatkan rumah meletup!

 

The Wannababes berlagak tidak terkira,

Tanpa tahu pelbagai kejadian bakal menimpa,

Rumah tamu jadi saksi kisah pelik yang melanda,

Ada hantu? Biar betul? The Wannababes menggeletar tidak terkira!

 

Makin lama makin kronik dan ngeri,

Gangguan datang silih berganti,

Mampukah The Wannababes lawan hantu sendiri?

Atau bekerjasama dengan kumpulan yang dimusuhi?

 

Bacalah novel seram lucu ini,

Dijamin puas hati, digamit ngeri dan ketawa tidak kering gusi!

Buku Berkaitan


Berita

Kasih Tanpa Syarat: Aku Mahu Adik Manja
ditulis oleh Adzkia Amanah Ugi Suharto

“Kasut awak lusuh macam lap kaki!” “Awak busuk macam timbunan sampah!” Saban hari melalui hinaan... Selanjutnya»


Errata