Aku Mahu Saiz XL
oleh Ain Maisarah


Versi Cetak

RM16.00

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 18.00
Format: Trade Book
Saiz: 5 X 7.5 X 0.5

ISBN-13: 978-967-10404-4-7

Tarikh Terbit: 19 Sep 2011

Jumlah Muka Surat: 240


Versi eBook

Belum Terbit


Aku Mahu Saiz XL? Biar betul? Selalu semua impikan saiz S! Mahu pinggang kerengga tanpa memakai korset. Mengidam badan setaraf model. Namun berbeza buat lima orang remaja. Mereka mahu saiz XL, satu kemahuan di luar jangkaan!


Aku Mahu Saiz XL? Biar betul? Selalu semua impikan saiz S! Mahu pinggang kerengga tanpa memakai korset. Mengidam badan setaraf model. Namun berbeza buat lima orang remaja. Mereka mahu saiz XL, satu kemahuan di luar jangkaan!

Liyana Jasmot, Umie Aidah & Nurismimi – Obses menjaga badan, kini terikat menjalani Program Skim Paksaan Makan. Digoda dengan hidangan buffet lima bintang. Mungkinkah mereka menahan nafsu makan? Ataupun akhirnya akur saiz hanyalah persepsi masyarakat?

Aaron Hamirun – Diejek papan plywood bergerak. Tubuhnya sekeping tiada otot berombak. Lalu jamu ditelan dan suplemen protein disumbat. Dia perlu besarkan badan bagi mendapat gelaran Abang Ketul berotot hebat. Mampukah impiannya tercapai?

Syazel Zulkarnain – Depresi kerana pemergian Mimi Monira. Kini coklat dan aiskrim jadi teman setia. Tanpa sedar, badannya melebar! Mencapai saiz XXL yang merbahaya. Hingga membawa insiden jatuh meja! Syazel bergelut mengurangkan berat badan. Dia mahu turun saiz XL, itu matlamat utama!

Mampukah segala kemahuan dicapai? Ketahui kisah Aku Mahu Saiz XL, novel berinformasi buat semua!