Anda Berkuasa Apabila…?

oleh Mohd Fadzilah Kamsah, Md. Yadi Said

Harga: RM 26.00 / RM 29.00
ISBN-13: 978-983-3372-11-9
ISBN-10: 9833372112
Tarikh Terbit: 1 May 2005
Jumlah Muka Surat : 272

Kategori: Bantu Diri, Bantu Diri Umum, Minda, Motivasi & Inspirasi

Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Prakata

Bahagian 1 : Apa Itu Kuasa?

Pengenalan
Konsep Kuasa
Bagaimana Kuasa Berlaku?

Bahagian 2 : Bagaimana Komunikasi Berlaku dalam Organisasi?

Komunikasi Organisasi
Sejarah Komunikasi Organisasi
Komunikasi Interpersonal
Komunikasi dan Perubahan dalam Organisasi
Komunikasi Superior-Subordinat
Kepentingan Komunikasi dan Kuasa dalam Organisasi

Bahagian 3 : Mengenali Dimensi Kuasa

Kuasa Sebagai Ciri Individu
Kuasa Sebagai Konstruksi antara Perseorangan
Kuasa Sebagai Komoditi
Kuasa Sebagai Konstruksi Penyebab
Kuasa Sebagai Konstruksi Falsafah

Bahagian 4 : Memahami Takrif Kuasa Definisi Kuasa

Potensi Kuasa dalam Komunikasi
Perbezaan antara Kuasa, Pengaruh dan Kepatuhan

Bahagian 5 : Teori-teori Kuasa

Konteks Teori Kuasa
Teori Pertukaran Sumber
Teori Kesopanan

Bahagian 6 : Model-model Kuasa

Model Kuasa A-B
Model Kuasa Individu
Model Kuasa Episodik
Model Kuasa atau Interaksi Pengaruh Interpersonal
Bagaimana Teori dan Model Diaplikasikan?

Bahagian 7 : Apakah Hubungan antara Kuasa, Komunikasi dan Organisasi?

Hubungan antara Kuasa dan Komunikasi
Hubungan antara Kuasa dan Organisasi

Bahagian 8 : Bagaimana Individu Mendapat Kuasa?

Asas Kuasa Sumber-sumber Kuasa

Bahagian 9 : Bagaimana Individu Menggunakan Kuasa bagi Mempengaruhi Individu Lain?

Taktik Komunikasi Pengaruh
Jenis-jenis Taktik Komunikasi Pengaruh
Pemujukan Rasional
Perbincangan
Rayuan Inspirasi
Rayuan Peribadi
Ampu atau Ingrasiasi
Pertukaran
Tekanan
Legitimasi
Sekutu

Bahagian 10 : Faktor-faktor yang Mempengaruhi Taktik Komunikasi Pengaruh dalam Organisasi

Faktor Situasi
Faktor Peribadi
Arah Pengaruh
Objektif Pengaruh
Hasil Pengaruh
Kualiti Hubungan Superior-Subordinat
Senario Taktik Komunikasi Pengaruh dalam Organisasi

Bahagian 11 : Rangkaian Taktik Komunikasi Pengaruh dan Budaya

Taktik Komunikasi Pengaruh dan Budaya
Komunikasi Budaya dan Melayu
Kesimpulan
Rujukan
Biodata Pengarang

Sinopsis

Anda Berkuasa Apabila...? membincangkan pendekatan dan teori berkaitan dengan kuasa. Ia juga menyediakan panduan dan kaedah lengkap bagi menggunakan kuasa dalam organisasi.

Info Penulis

Dato’ Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah dilahirkan pada 16 Julai 1951 di Sg. Pinang, Klang. Beliau adalah pengarah urusan Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd. dan ketua pengarah di ETC Communications Sdn. Bhd. Beliau pernah memegang jawatan timbalan pengarah di PPPL, UPM dari tahun 1993 hingga September 1993. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai pensyarah dan tutor di Jabatan Komunikasi Pembangunan, UPM. Beliau memegang ijazah B.S Agric. Sciences (1st Class Hons) dari Universiti Malaya pada tahun 1975. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Wisconsin, USA mengambil M.S Agricultural Journalism pada tahun 1977. Beliau memiliki Ph.D Organisational Communication dari Wisconsin, USA pada tahun 1984.  Dalam bidang kejurulatihan, beliau pernah mengendalikan lebih 6,000 kursus dalam perkhidmatan untuk agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam bidang motivasi, komunikasi, perhubungan awam, hubungan kemanusiaan, khidmat pelanggan, etika kerja, budaya korporat, kaunseling, kepemimpinan, pengurusan, penyeliaan, konflik dan stres, teknik kejurulatihan, pidato umum, keibubapaan, teknik belajar, metodologi dakwah, keusahawanan, pembinaan pasukan, penulisan laporan, etika sosial, minda dan pembangunan diri dan sebagainya.  Selain menjadi pakar motivasi beliau juga banyak menyandang jawatan di beberapa tempat. Antaranya:  1. YDP, PIBG Sek. Keb. Bandar Baru Bangi (1993 hingga 1994). 2. Pengerusi, AJK, Surau Al-Uum, Bandar Baru Bangi (1987 hingga 1992). 3. Ahli Badan Perunding Islam Malaysia (1995 hingga 1997). 4. Ahli Majlis Kementerian Belia dan Sukan (1995 hingga 1998). 5. Pengarah Kehormat Yayasan UMMI. 6. Ahli Panel Jawatan Kuasa Dekad Cemerlang Negeri Selangor. 7. Ahli seumur hidup MCOBA. 8. Pakar motivasi segmen Motivasi RTM 1 (1993 hingga sekarang). 9. Pakar rujuk komunikasi rumah tangga segmen ‘Sekapur Sirih’ TV3 (1993 hingga 1994). 10. Pakar motivasi segmen Tabiat Pagi, TV3 (Mac 1994 hingga 1997). 11. Pakar motivasi segmen Cermin Diri, TV3 (Jun 1995 hingga 1999). 12. Hos dan kaunselor program ‘Suara Hati’, TV3 (1997 hingga 1998). 13. Pakar rujuk segmen Motivasi dan Kecemerlangan Rumah Tangga RTM3 � Seremban, Ipoh dan Shah Alam (1994 hingga 1995). 14. Melatih ketua-ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam bidang ‘Pidato Politik (1989 hingga 1994). 15. Ahli Institusi Perhubungan Raya Malaysia (IPRM). 16. Ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Kuala Lumpur (DPMM, KL). 17. Ahli Malaysia Society Training Development (MSTD). 18. Ahli Malaysia Institute Management (MIM).

Md.Yadi Said berasal dari Durian Tunggal, Melaka. Beliau dilahirkan pada 14 Julai 1970. Beliau adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Mushi Abdullah, Batu Berendam, Melaka dari tahun 1985 sehingga tahun 1989.

Selepas itu, pada tahun 1990 beliau melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Pembangunan Manusia dengan pengkhususan Pemakanan dan Kesihatan Masyarakat. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Komunikasi Pembangunan dengan pengkhususan Komunikasi Keorganisasian dan antara Perseorangan di universiti yang sama.

Semasa melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana, beliau mengambil peluang mendalami bidang penyelidikan dengan bekerja sebagai pembantu penyelidik sehingga beliau tamat pengajian pada tahun 1996. Antara bidang penyelidikan yang beliau jalankan adalah media massa dan politik, ICT dan masyarakat, penggunaan ICT dalam bidang pertanian dan juga pengurusan konflik. Penyelidikan-penyelidikan ini diterbitkan di dalam jurnal, buku, prosiding serta dibentangkan melalui seminar dalam negara dan luar negara.
Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Institut Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Masih aktif memberi syarahan secara sambilan di beberapa buah institusi pengajian tinggi seperti di Universiti Putra Malaysia dan Universiti Terbuka Malaysia. Kini, beliau adalah Pengarah Urusan di dalam Syarikat Ingenious Strategy Sdn. Bhd. Beliau kini sedang mengarang buku beliau yang seterusnya membincangkan pengurusan konflik dalam organisasi dan bakal diterbitkan tidak lama lagi.

Buku lain oleh penulis ini

  • 55 Petua Kerja Berpasukan
    RM 18.00 / RM 21.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3372-10-1
    ISBN-10: 9833372104
    Tarikh Terbit: 01 May 2005
  • Anda Berkuasa Apabila…?
    RM 26.00 / RM 29.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3372-11-9
    ISBN-10: 9833372112
    Tarikh Terbit: 01 May 2005
  • Langkah Bestari Isteri Mithali
    RM 6.50 / RM 9.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3372-54-5
    ISBN-10: 9833372546
    Tarikh Terbit: 04 Aug 2005
  • Langkah Bestari Suami Mithali
    RM 6.50 / RM 9.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3372-55-2
    ISBN-10: 9833372554
    Tarikh Terbit: 04 Aug 2005
  • Petua Membentuk Cinta Abadi
    RM 6.50 / RM 9.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3372-56-9
    ISBN-10: 9833372562
    Tarikh Terbit: 04 Aug 2005
  • Tip Pelajar Cemerlang
    RM 6.50 / RM 9.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3372-57-6
    ISBN-10: 9833372570
    Tarikh Terbit: 04 Aug 2005
  • Petua Mendapat Pasangan
    RM 6.50 / RM 9.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3372-59-0
    ISBN-10: 9833372597
    Tarikh Terbit: 04 Aug 2005
  • Petua Orang Cemerlang
    RM 6.50 / RM 9.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3372-58-3
    ISBN-10: 9833372589
    Tarikh Terbit: 04 Aug 2005
  • 55 Petua Orang Berjaya (Edisi Paperback)
    RM 10.00 / RM 13.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: ISBN 983-192-064-3
    Tarikh Terbit: 15 Nov 2005
  • Tip Menjadi Individu Menarik (Edisi Paperback)
    RM 11.90 / RM 14.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: ISBN 983-192-136-4
    Tarikh Terbit: 01 Mar 2006
  • Anda Berkuasa Apabila…?
    RM 26.00 / RM 29.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3372-11-9
    ISBN-10: 9833372112
    Tarikh Terbit: 01 May 2005
  • Mengurus Konflik
    RM 20.00 / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 978-983-3585-21-2
    Tarikh Terbit: 18 Aug 2006

Temubual bersama penulis