Anis Si Ratu Payung

oleh Hayati Hanif

Harga: RM 9.90 / RM 10.90
ISBN-13: 978-967-401-057-7
Tarikh Terbit: 19 Oct 2011
Jumlah Muka Surat : 128

Kategori: Kanak-Kanak

Penerbit: PTS One Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Bab 1 Saya Sayang Payung

Bab 2 Payung Saya Rosak

Bab 3 Ini Payung Edisi Terhad

Bab 4 Mari Berlindung Di Sini

Bab 5 Hobi Baru Saya

Bab 6 Bahagianya Saya

Sinopsis

Mengisahkan Anis yang mempunyai hobi mengumpul payung sebagai koleksi peribadinya. Payung-payung Anis terdiri daripada pelbagai jenis, corak, dan warna. Ada yang berbentuk seperti seperti pedang samurai, payung yang bercahaya dalam gelap, payung yang kecil apabila dilipat tetapi besar apabila dibuka. Ke mana sahaja Anis pergi, dia pasti membawa payungnya bersama walaupun ketika hari tidak hujan. Anis sangat sayangkan payung-payungnya sehinggakan sepupunya dimarahi dengan teruk sewaktu merosakkan payungnya secara tidak sengaja.

Anis juga menggunakan payungnya bagi menolong orang. Sebagai contoh, semasa menjalani perkhemahan di hutan, Anis membawa payungnya yang bercahaya dalam gelap. Pada suatu ketika, mereka dikejar anjing, Anis menggunakan bagi menghalau anjing itu. Anis berasa gembira kerana dapat menolong kawan-kawannya yang berada dalam kesusahan.

Pada hari keusahawanan, Anis bersetuju mendermakan payung-payungnya. Kawan-kawannya begitu terkejut kerana tidak menyangka Anis sanggup mengorbankan payung-payungnya. Anis fikir dia akan menyesal berbuat begitu, sebaliknya dia berasa bahagia kerana dapat menolong orang lain. Malah lebih bahagia berbanding sewaktu dia menolong kawan-kawannya selama ini. Akhirnya Anis mendapat satu pengajaran - kadang-kadang mengorbankan sesuatu untuk sesuatu yang lebih baik itu lebih membahagiakan. 

Info Penulis

Pendidikan:

    * Sekolah rendah:   Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs (SKTC)  Graduate (1997)
    * Sekolah menengah :   -Sekolah Agama Menengah Batu 10, Hulu Langat (SAM10) Graduate (2000)

                                 -Sekolah Menengah Bestari JAIS, Subang Jaya. (SAMBEST) Graduate (2002)

    * Universiti :    Bachelor's Degree in Electronics-Computer & Information Engineering, International Islamic University Malaysia (IIUM), Gombak.

Buku lain oleh penulis ini

  • Cef Pastri Junior
    RM 13.00 / RM 15.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-401-034-8
    Tarikh Terbit: 22 Jul 2011
  • Anis Si Ratu Payung
    RM 9.90 / RM 10.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-401-057-7
    Tarikh Terbit: 19 Oct 2011
  • Cef Pastri Junior Edisi Kemas Kini
    RM 9.90 / RM 10.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-401-062-1
    Tarikh Terbit: 17 Nov 2011
  • Cef Pastri - Biskut Raya
    RM 9.90 / RM 10.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-401-106-2
    Tarikh Terbit: 19 Mar 2012

Temubual bersama penulis