Bangkit Sebagai Pelajar Hebat

oleh Halim Muda

Harga: RM 17.50 / RM 19.50
ISBN-13: 978-967-5564-35-7
Tarikh Terbit: 25 Oct 2010
Jumlah Muka Surat : 269

Kategori: Bantu Diri, Motivasi & Inspirasi, Remaja, Motivasi Remaja

Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Bab 1: Kenali Diri, Siapa Anda

Bab 2: Akhlak Islam, Satu Wadah Kecemerlangan

Bab 3: Konsep Pembelajaran Terbaik

Bab 4: Kesan Luaran dan Dalaman pada Pelajaran

Bab 5: Karenah Pembelajaran

Bab 6: Panduan Belajar

Bab 7: Minda Bawah Sedar, Rahsia Kehebatan dan Kekuatan

Bab 8: Peta Perjalanan ke arah Kejayaan

Bab 9: Tip Mencapai Kejayaan

Bab 10: Reda Gagal

Sinopsis

Pelajar pasti mengejar kejayaan dalam pelajaran...

Usahawan pasti mengejar kekayaan dalam perniagaan...

Pekerja pasti mengejar impian dalam kerjaya...

Kesimpulannya, semua mengejar kejayaan dalam kehidupan. Namun anda perlu ingat, adakah semuanya boleh tercapai ataupun pasti tercapai? Buku Bangkit Sebagai pelajar Hebat memberi jawapannya!

Kandungannya memberi tunjuk ajar, perangsang dan hasil yang positif kepada anda kerana:

  • Bertindak menerobos sempadan diri anda
  • Memaparkan tip bagi berjaya di alam pembelajaran mahupun di alam pekerjaan
  • Membuka minda bagi menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat
  • Memberi informasi mengenai kehebatan kuasa minda dan kaitannya dalam pembelajaran
  • Mencetuskan semangat juang dan berani demi mencapai kejayaan yang hebat

Tip dan informasi di dalam buku ini sesuai dipraktikkan oleh semua golongan pelajar.

Info Penulis

Halim Muda atau nama penuh beliau, Tengku Abdul Halim bin Tengku Muda dilahirkan pada 17 September 1975 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau adalah graduan dari Universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang syariah.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Tarbiah Mardziah Panchor, Kota Bharu dari tahun 1988 sehingga 1993 sebelum menyambung pelajaran di Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan atau lebih dikenali dengan nama Pondok Moden Kandis dari tahun 1994 sehingga 1997.

Bekas pendidik di Maahad Tahfiz Pasir Gudang, Johor sebelum beralih ke bidang keusahawanan. Selain mengasaskan Pengajian al-Quran Modul 4P, beliau mahir bahasa Arab dan kesusasteraan Arab, juga pengkaji bebas Teknologi Bio Islamik.

Atas kesedaran dan minat menulis sejak di bangku sekolah dan di institusi pengajian tinggi, beliau kini giat menghasilkan karya-karya luar fiksyen bernafaskan Islam bertajuk Anjakan Paradigma Kelas Pertama dan Jangan Tertipu.

Buku lain oleh penulis ini

  • Bangkit Sebagai Pelajar Hebat
    RM 17.50 / RM 19.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5564-35-7
    Tarikh Terbit: 25 Oct 2010

Temubual bersama penulis