Beres Bos: Tip Mengurus Rutin Harian Pejabat

oleh Samsudin Wahab

Harga: RM 15.50 / RM 17.50
ISBN-13: 978-967-5226-05-2
Tarikh Terbit: 1 Dec 2008
Jumlah Muka Surat : 128

Kategori: Bisnes & Pengurusan

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Kandungan
Dedikasi
Daripada Pengarang

BAB 1: Mengurus Surat
BAB 2: Urus Fail
BAB 3: Urus Mesyuarat
BAB 4: Mengurus Cuti
BAB 5: Telefon
BAB 6: Mengurus Kertas
BAB 7: Urus Acara
BAB 8: Mengurus Maklumat
BAB 9: Bisnes Luar
BAB 10: Mengurus Ruang Pejabat
BAB 11: Ketetapan Masa
BAB 12: Urus Laporan
BAB 13: Urus Borang Tuntutan
BAB 14: Menggunakan Internet
BAB 15: Urus Belian
BAB 16: Urus Kewangan
BAB 17: Pengurusan Stok
BAB 18: Urus Tunai Pejabat
BAB 19: Semangat Berpasukan
BAB 20: Menyelia Staf
BAB 21: Keselamatan dan Kesihatan

Rujukan
Indeks

Sinopsis

Dalam operasi harian pejabat, banyak perkara yang sebenarnya dilaksanakan oleh kakitangan pejabat. Ramai yang tidak tahu yang operasi harian pejabat penting dalam memastikan kelicinan operasi organisasi atau pejabat secara keseluruhannya.

Kelancaran dalam mengurus rutin pejabat akan memudahkan lagi urusan diantara semua pihak. Buku ini memberikan panduan mengenai aktiviti harian yang berjalan di pejabat tanpa mengira saiz syarikat. Antara tip-tip yang tulis adalah:

1. Pengurusan dokumen
2. Pengurusan maklumat
3. Pengurusan kewangan
4. Pengurusan komunikasi

Turut dimuatkan adalah pengurusan internet yang mampu menjadi strategi terbaik dalam melicinkan lagi operasi harian pejabat. Sesuai untuk mereka yang meminati kerjaya pejabat, kakitangan pengurus dan penyelia yang bekerja di pejabat.

Info Penulis

En Samsudin Wahab dilahirkan di sebuah pekan kecil barat daerah Baling bersempadan daerah Kulim, Kedah pada 31 Oktober 1966. Bukanlah dari keluarga berada, lahir di sebuah kawasan perladangan dan kampung berlatarbelakangkan penoreh getah dan sawah padi. Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Malau, Kulim di ikuti Sekolah Menengah Labu Besar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim di Kedah antara tahun 1979 hingga tahun 1984. Ketika mengikuti pengajian rendah dan menengah, beliau banyak menghabiskan masa membantu keluarga di sawah dan ladang getah. Berkat usaha gigih beliau selepas SPM beliau telah berjaya melanjutkan pengajian di Universiti Pertanian Malaysia (Sekarang ini Universiti Putra Malaysia) dalam program B. Sc. (Perniagaantani) dan bergraduat pada tahun 1989.

Pada tahun 1992 setelah 3 tahun menceburi sektor perkilangan, En Samsudin telah berjaya mendapat tempat untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Bermula dari tarikh lulus Diploma Pendidikan ini beliau menceburi kerjaya sebagai Guru Akaun, Perdagangan dan Ekonomi di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Panjang, Kupang, Baling Kedah. Pada tahun keempat menjadi guru, beliau menyambung pengajian secara separuh masa di Universiti Utara Malaysia, Kampus Sungai Petani. Selepas hampir enam tahun mengajar di sekolah menengah, En Samsudin mohon bertukar ke Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang dan mengajar di Jabatan Perdagangan selama 2 tahun mulai 1999 hingga 2001. 

Setelah lulus program separuh masa Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di UUM pada akhir 2000, En Samsudin mencuba nasib untuk memohon jawatan pensyarah di IPTA tempatan. Akhirnya beliau berjaya dalam temuduga sebagai pensyarah di Universiti Teknologi MARA dan ditempatkan di Kampus Terengganu pada 1 July, 2001. Walaupun baru menjadi warga kampus di UiTM Terengganu, En Samsudin percaya bahawa kejayaan terletak dimana-mana saja dengan syarat ada usaha ke arah itu. Akhirnya dengan pengalaman yang ada dalam bidang pendidikan, En Samsudin berjaya menulis beberapa buah buku untuk bacaan umum antaranya Pengurusan Dan Teknologi Pejabat, Mengurus Dan Mentadbir Pejabat, Mengurus Majlis Dan Acara Rasmi serta buku Panduan Protokol Dan Tatatertib Majlis. Kesemua buku diterbitkan oleh PTS mulai tahun 2003.

Sebagai pensyarah juga En Samsudin banyak melibatkan diri dalam bidang penyelidikan dan telah berjaya membentangkan beberapa hasil penyelidikan di seminar kebangsaan dan seminar antarabangsa. Antara negara-negara yang pernah dikunjungi oleh En Samsudin untuk pembentangan kertas kerja ialah Indonesia, Thailand dan Korea. Antara kertas penyelidikan En Samsudin yang telah banyak mendapat tawaran pembentangan ialah mengenai Cabaran Penerapan Teknologi Pejabat di Dalam Organisasi , Strategi Pembelajaran Komputer di Kalangan Staf Senior, Tinjauan Amalan Nilai Murni Dalam Perkhidmatan Kaunter Awam dan Cabaran ICT kepada Usahawan Melayu di Pantai Timur.

Anugerah yang pernah diterima oleh En Samsudin Wahab sepanjang perkhidmatannya di Universiti Teknologi MARA ialah Anugerah Khidmat Cemerlang Tahun 2003 dan Anugerah Penyelidik Harapan UiTMT Tahun 2003. Sekarang En Samsudin sedang menikuti pragram PhD.  secara sambilan di universiti tempatan.

Buku lain oleh penulis ini

  • Surat, Minit Mesyuarat, Dokumen Perniagaan & Laporan
    RM 19.00 / RM 22.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 983-3376-29-0
    Tarikh Terbit: 27 Jul 2005
  • Eksekutif Efektif
    RM 20.00 / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 983-3585-09-4
    Tarikh Terbit: 01 Jun 2006
  • Mengurus Seminar dan Konferens
    RM 20.00 / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 983-3585-17-5
    Tarikh Terbit: 26 Jun 2006
  • Mengurus Majlis & Acara Rasmi
    RM 20.00 / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 978-983-3585-38-0
    Tarikh Terbit: 01 Jul 2006
  • Daripada Baik kepada Hebat: 30 Cara Berfikir untuk Menjadi Eksekutif Cemerlang
    RM 21.00 / RM 24.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 983-3603-87-4
    Tarikh Terbit: 28 Jul 2006
  • Panduan Protokol dan Tatatertib Majlis
    RM 20.00 / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 983-3585-66-3
    Tarikh Terbit: 25 Sep 2006
  • Beres Bos: Tip Mengurus Rutin Harian Pejabat
    RM 15.50 / RM 17.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5226-05-2
    Tarikh Terbit: 01 Dec 2008
  • Buat Duit dengan Seminar
    RM 15.00 / RM 17.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5226-57-1
    Tarikh Terbit: 23 Oct 2009

Temubual bersama penulis