Harga: RM 14.00 / RM 16.00
ISBN-13: 978-967-5226-37-3
Tarikh Terbit: 23 Apr 2009
Jumlah Muka Surat : 144
Kategori: Bisnes & Pengurusan, Jualan, Keusahawanan, Pemasaran, Bukan Fiksyen, Teknikal, Komputer & Internet, Aplikasi, Internet
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Prakata Bab 1 Pengenalan Bab 2 Menceburi Perniagaan Internet Bab 3 Langkah-langkah Memulakan Bisnes Internet Bab 4 Apakah Bisnes Yang Sesuai? Bab 5 Contoh Bisnes Internet Bab 6 Produk Fizikal vs Produk Digital Bab 7 Tidak Ada Produk? Bab 8 Domain bisnes Bab 9 Memilih Webhosting Bab 10 Daftar Domain Bab 11 Langgan Webhosting Bab 12 Draf Laman Web Bab 13 Bina Laman Web Menggunakan Dreamweaver Bab 14 Preview Laman Web Bab 15 Penggunaan Perbankan Internet Bab 16 Upload Fail ke Webhosting Server Bab 17 Promosi Bisnes Kita Iklan
“Dapatkan rahsia bagaimana anda boleh membangunkan bisnes Internet dalam tempoh 24 sahaja” Adakah anda berminat menjana pendapatan melalui internet? Adakah membina laman web bisnes masalah kepada anda? Adakah kita pernah menghadiri kursus bisnes internet tetapi masih kabur tentangnya? Melalui buku ini, anda didedahkan dengan panduan lengkap bagaimana hendak memulakan bisnes internet. Di samping itu, turut diterangkan sistem-sistem yang diperlukan bagi membolehkan kita berurus niaga melalui internet. Ia memberi jawapan yang membolehkan anda mengatasi masalah yang berkaitan dalam memulakan bisnes internet. Tekun dan berdisiplin adalah faktor utama bagi berjaya dalam bisnes internet. Internet membuka ruang kepada kita bagi mempromosikan produk ke peringkat global tanpa mengeluarkan modal yang banyak. Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis dalam menjayakan bisnes internet. Dapatkan maklumat lanjut dengan layari www.niagainternet.com
Sekembali dari luar negara beliau kembali berkhidmat bersama Mesiniaga Sdn Bhd (sole agent and disbributor) untuk IBM Malaysia. Di sini beliau didedahkan dengan dunia komputer dan internet. Minat pada komputer dan bisnes internet menyebabkan beliau sering menggunakan masa terluang menerokai bidang itu.
Beliau kemudiannya menubuhkan syarikat D-Men Resources (M) Sdn Bhd, (DRSB) pada tahun 2001 yang terlibat dengan bidang pendidikan di peringkat sarjana. Melalui DRSB, penulis menawarkan prasarana untuk Universiti Utara Malaysia di kampus milik DRSB yang dikenali sebagai Kampus Kulim menggantikan Kampus UUM Sungai Petani, Kedah.
Memandangkan keperluan bidang latihan dan kursus luaran yang mendapat permintaan yang tinggi, Penulis kemudian menubuhkan KIC Management Sdn Bhd yang mengadakan kerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, menawarkan kursus-kursus Diploma Eksekutif dan juga dengan Space, Universiti Teknologi Malaysia bagi kursus kursus jangka pendek.
Minat mendalam terhadap bidang internet menyebabkan beliau banyak membaca buku buku berkaitan bisnes di internet yang ditulis oleh mereka mereka yang berjaya dalam bisnes internet antara yang terkenal seperti:
Corey Ruld
Rosalind Gardner
Ia mendorong penulis menerokai bidang bisnes internet secara serius. Beliau kemudian menubuhkan Artmand Corporation Sdn Bhd yang mengendalikan bisnes beliau di internet serta menjadi reseller kepada syarikat webhosting Emerge System (M) Sdn Bhd.
Melalui kaedah kaedah yang dicuba dan terbukti berjaya menghasilkan pendapatan kepada beliau, beliau menulis sebuah buku yang memberikan penerangan secara terperici supaya dijadikan panduan kepada mereka yang berminat menceburi bisnes di internet.
Mohd Amirol Zulkifli merupakan usahawan internet yang giat menjalankan pelbagai aktiviti internet marketing. Aktif menghasilkan produk digital seperti perisian, scripting, video dan sebagainya. Dapatkan maklumat lanjut dengan layari www.mohdamirol.com
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet