Buat Duit dengan Seminar

oleh Samsudin Wahab

Harga: RM 15.00 / RM 17.00
ISBN-13: 978-967-5226-57-1
Tarikh Terbit: 23 Oct 2009
Jumlah Muka Surat : 184

Kategori: Bisnes & Pengurusan, Keusahawanan

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Prakata ix

Apa Itu Bisnes Seminar? 1

Kelebihan Bisnes Seminar 8

Penubuhan Syarikat bagi Bisnes Seminar 12

Lokasi Perniagaan Seminar 16

Sumber Manusia dalam Bisnes Seminar 19

Bagaimana Menyediakan Bahan Seminar 24

Bagaimana Menyediakan Bilik Seminar 29

Pilihan Tarikh Seminar 37

Makan Minum Semasa Seminar 42

Kewangan Seminar 46

Memungut Bayaran daripada Peserta 55

Seminar Terbuka 59

Seminar Tertutup dan Tip Pemasaran 63

Tip Berunding bagi Mendapatkan Tender 67

Contoh Seminar yang Sering Diadakan di Pasaran Masa Kini 71

Peralatan dan Stok Seminar 79

Senarai Semak sebelum Seminar 87

Hari Seminar Berjalan- Persediaan Kita! 99

Bagaimanakah Memasarkan Seminar? 103

Brosur Seminar 109

Kaedah Promosi Berkesan 114

Promosi Melalui Laman Web 119

Promosi Positif Melalui Surat 122

Buat Duit Melalui Jumlah Penyertaan 126

Buat Duit Melalui Penentuan Yuran 131

Penyelidikan Pasaran dalam Bisnes Seminar 135

Perancangan Strategik Memilih Seminar 141

Tip-tip Seminar yang Berjaya 148

Tip Membuat Pembentangan dalam Seminar 152

Promosi Seminar Melalui Akhbar dan Media 161

Bagaimana Melipat Gandakan Pendapat Kita Melalui Seminar 165

Lampiran 169

 

Sinopsis

Menganjurkan seminar sering dillihat sebagai peluang terbaik untuk mendatangkan keuntungan yang lumayan. Namun, ia memerlukan perancangan yang penuh hati-hati dan berstrategi.

Buat Duit dengan Seminar  sesuai dibaca oleh penggiat ilmu, perancang majlis, dan usahawan. Buku ini diterbitkan, semata-mata demi memastikan kita tidak terlepas pandang beberapa aspek penting sebelum, semasa, dan selepas seminar dianjurkan. Antara perkara yang wajib diambil serius ialah;

 

  • Lokasi dan sumber tenaga kerja yang diperlukan.
  • Aspek pemilihan tarikh seminar yang sesuai.
  • Pengurusan makan minum peserta seminar.
  • Pengenalan seminar terbuka dan tertutup.
  • Senarai semak sebelum seminar.
  • Contoh seminar yang laku di pasaran.
  • Persediaan lain, dari segi mental dan fizikal.

 

Samsudin Wahab, pensyarah kanan di UiTM Terengganu, berpengalaman dalam penganjuran seminar. Beliau sudah pun menulis lebih dari sepuluh judul bersama PTS. Beliau sedang proses menamatkan pengajian kedoktoran yang memfokuskan sektor khidmat pelanggan.

 

 

Info Penulis

En Samsudin Wahab dilahirkan di sebuah pekan kecil barat daerah Baling bersempadan daerah Kulim, Kedah pada 31 Oktober 1966. Bukanlah dari keluarga berada, lahir di sebuah kawasan perladangan dan kampung berlatarbelakangkan penoreh getah dan sawah padi. Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Malau, Kulim di ikuti Sekolah Menengah Labu Besar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim di Kedah antara tahun 1979 hingga tahun 1984. Ketika mengikuti pengajian rendah dan menengah, beliau banyak menghabiskan masa membantu keluarga di sawah dan ladang getah. Berkat usaha gigih beliau selepas SPM beliau telah berjaya melanjutkan pengajian di Universiti Pertanian Malaysia (Sekarang ini Universiti Putra Malaysia) dalam program B. Sc. (Perniagaantani) dan bergraduat pada tahun 1989.

Pada tahun 1992 setelah 3 tahun menceburi sektor perkilangan, En Samsudin telah berjaya mendapat tempat untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Bermula dari tarikh lulus Diploma Pendidikan ini beliau menceburi kerjaya sebagai Guru Akaun, Perdagangan dan Ekonomi di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Panjang, Kupang, Baling Kedah. Pada tahun keempat menjadi guru, beliau menyambung pengajian secara separuh masa di Universiti Utara Malaysia, Kampus Sungai Petani. Selepas hampir enam tahun mengajar di sekolah menengah, En Samsudin mohon bertukar ke Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang dan mengajar di Jabatan Perdagangan selama 2 tahun mulai 1999 hingga 2001. 

Setelah lulus program separuh masa Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di UUM pada akhir 2000, En Samsudin mencuba nasib untuk memohon jawatan pensyarah di IPTA tempatan. Akhirnya beliau berjaya dalam temuduga sebagai pensyarah di Universiti Teknologi MARA dan ditempatkan di Kampus Terengganu pada 1 July, 2001. Walaupun baru menjadi warga kampus di UiTM Terengganu, En Samsudin percaya bahawa kejayaan terletak dimana-mana saja dengan syarat ada usaha ke arah itu. Akhirnya dengan pengalaman yang ada dalam bidang pendidikan, En Samsudin berjaya menulis beberapa buah buku untuk bacaan umum antaranya Pengurusan Dan Teknologi Pejabat, Mengurus Dan Mentadbir Pejabat, Mengurus Majlis Dan Acara Rasmi serta buku Panduan Protokol Dan Tatatertib Majlis. Kesemua buku diterbitkan oleh PTS mulai tahun 2003.

Sebagai pensyarah juga En Samsudin banyak melibatkan diri dalam bidang penyelidikan dan telah berjaya membentangkan beberapa hasil penyelidikan di seminar kebangsaan dan seminar antarabangsa. Antara negara-negara yang pernah dikunjungi oleh En Samsudin untuk pembentangan kertas kerja ialah Indonesia, Thailand dan Korea. Antara kertas penyelidikan En Samsudin yang telah banyak mendapat tawaran pembentangan ialah mengenai Cabaran Penerapan Teknologi Pejabat di Dalam Organisasi , Strategi Pembelajaran Komputer di Kalangan Staf Senior, Tinjauan Amalan Nilai Murni Dalam Perkhidmatan Kaunter Awam dan Cabaran ICT kepada Usahawan Melayu di Pantai Timur.

Anugerah yang pernah diterima oleh En Samsudin Wahab sepanjang perkhidmatannya di Universiti Teknologi MARA ialah Anugerah Khidmat Cemerlang Tahun 2003 dan Anugerah Penyelidik Harapan UiTMT Tahun 2003. Sekarang En Samsudin sedang menikuti pragram PhD.  secara sambilan di universiti tempatan.

Buku lain oleh penulis ini

  • Surat, Minit Mesyuarat, Dokumen Perniagaan & Laporan
    RM 19.00 / RM 22.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 983-3376-29-0
    Tarikh Terbit: 27 Jul 2005
  • Eksekutif Efektif
    RM 20.00 / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 983-3585-09-4
    Tarikh Terbit: 01 Jun 2006
  • Mengurus Seminar dan Konferens
    RM 20.00 / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 983-3585-17-5
    Tarikh Terbit: 26 Jun 2006
  • Mengurus Majlis & Acara Rasmi
    RM 20.00 / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 978-983-3585-38-0
    Tarikh Terbit: 01 Jul 2006
  • Daripada Baik kepada Hebat: 30 Cara Berfikir untuk Menjadi Eksekutif Cemerlang
    RM 21.00 / RM 24.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 983-3603-87-4
    Tarikh Terbit: 28 Jul 2006
  • Panduan Protokol dan Tatatertib Majlis
    RM 20.00 / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 983-3585-66-3
    Tarikh Terbit: 25 Sep 2006
  • Beres Bos: Tip Mengurus Rutin Harian Pejabat
    RM 15.50 / RM 17.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5226-05-2
    Tarikh Terbit: 01 Dec 2008
  • Buat Duit dengan Seminar
    RM 15.00 / RM 17.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5226-57-1
    Tarikh Terbit: 23 Oct 2009

Temubual bersama penulis