Modal: RM50 – RM200 Lokasi: Rumah / Pusat Tuisyen Masa: 4 - 6 jam seminggu Bayaran diterima: RM300 – RM3,000 sebulan
Tuisyen ialah sesi pembelajaran tambahan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah. Selain belajar di dalam kelas di sekolah, ibu bapa dan pelajar melihat ada keperluan bagi mendapatkan sesi pembelajaran tambahan. Ini bagi mengukuhkan pengetahuan dalam subjek-subjek yang sedang dipelajari.
Secara umumnya, ada tiga cara tuisyen memberikan pendapatan:
1.Mengajar tuisyen di rumah pelajar. 2.Mengajar tuisyen di rumah sendiri. 3.Menjadi guru tuisyen di pusat tuisyen.
Panduan lengkap bagaimana hendak bermula dan bagaimana hendak menjana duit dengan tuisyen. Ditulis berdasarkan pengalaman penulis dan juga berdasarkan pemerhatian ke atas beberapa guru tuisyen yang berjaya.
Dedikasi Prakata Bab 1: Pengenalan Bab 2: 9 Soalan Utama Bab 3: Kemahiran yang Diperlukan Bab 4: Sumber Bekalan Bab 5: Modal Bab 6: Mengenali Pelanggan Tuisyen Bab 7: Harga Tawaran Bab 8: Promosi dan Pemasaran Bab 9: Pengurusan Bab 10: Pengalaman Mengajar Tuisyen Kesimpulan Lampiran