Menjadi ejen insurans dan takaful adalah kerjaya profesional. Bidang lain memerlukan masa hingga lima tahun ke atas bagi diiktiraf profesional. Tetapi bagi menjadi ejen profesional hanya mengambil masa dua tahun sahaja.
Bermodalkan serendah RM50 bagi mendapatkan lesen, buat temu janji dengan prospek setiap hari dan peruntukkan masa satu hingga dua jam. Sekiranya konsisten selama 12 bulan, pendapatan kita dapat mencecah sehingga RM3,000 sebulan.
Lengkap dengan maklumat, teknik persembahan, cara mempakej produk dan sebagainya. Ditujukan khas kepada mereka yang berminat buat duit sebagai ejen insurans, takaful ataupun kedua-duanya sekali. Baca dan ikuti langkah-langkah bagi menjadi ejen hanya dalam masa 14 hari.
Prakata Bab 1: Mulakan bisnes dalam 14 hari Bab 2: MEngapa bisnes ini? Bab 3: Memilih model bisnes yang sesuai Bab 4: Latar belakang produk untuk bisnes Bab 5: Tanggungjawab ejen Bab 6: Corak latihan ejen Bab 7: Cara menggabungkan produk Bab 8: Aktiviti jualan dan pemasaran bisnes Bab 9: Membuat temu janji melalui telefon Bab 10: Skrip persembahan berbasaskan produk Bab 11: Skrip persembahan berasaskan jualan konsep Bab 12: Contoh persembahan bersaiz A4 Bab 13: Sistem pengurusan prospek dan pelanggan Bab 14: Kelebihan daripada segi percukaian Bab 15: Menjadi perancang kewangan bertauliah Bab 16: Bolehkah kita berjaya dalam bisnes ini? Lampiran Bibliografi