Cemerlang & Menang Cara Bola Sepak

oleh Ahmad Fauzan Othman, Shebby Singh

Harga: RM 22.50 / RM 25.50
ISBN-13:
ISBN-10: 983-3603-95-5
Tarikh Terbit: 13 Jul 2006
Jumlah Muka Surat : 208

Kategori: Bisnes & Pengurusan, Pengurusan

Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Prakata
Praperlawanan

Game Plan 1 Rancang Strategi
Pilih Pemain
Kenal pasti kehendak 'bakal majikan
Keseimbangan pasukan
50-50 Tidak Semestinya Seimbang
Garis Panduan Mencapai Keseimbangan
Pemain Bintang
Pasukan Perancis dan Pasukan Senegal

Game Plan 2 Bina Pasukan
Pengurus dan Ketua
Pengurus dan Ketua Semula Jadi
Padang Bola: garis pemisah antara pengurus dan ketua
Kawasan samar - Jangan Sampai Offside
Pilih Kapten - Ada Apa dengan Karisma?
Cantona 7 - Tujuh Rahsia di Sebalik Karisma Eric Cantona

Game Plan 3 Atur Serangan
Matlamat dan Misi
Posisi Mencapai Misi
Kombinasi Jenis Pemain
Kesebelasan Utama dan Super-Sub
Komunikasi: Antara Cakap dan Cakap-cakap
Asas Proses Komunikasi
Gangguan dan Kesilapan
Kemahiran Asas untuk Berkomunikasi

Game Plan 4 Kawal Permainan
Memelihara Momentum
Bicara Separuh Masa
Peranan Persekitaran yang Baik
Motivasi dan Ganjaran
SORAK
Lelaki Bernama Ramos

Game Plan 5 Seorang Bagus, Berdua Hebat
Erti Sepasukan
Strategi Pasukan
Korea Selatan dan Jepun : Dua Dunia Berbeza

Penutup: Mencari Formula Ajaib
Rujukan
Biodata Penulis

Sinopsis

Gila bola sepak? Teruskan kegilaan itu walaupun di luar padang. Jadi pemain terbaik di medan tempur sendiri. Dunia bulat kerjaya. Digeruni lawan. Disukai kawan.

Info Penulis

Beliau dilahirkan pada 4 Oktober 1978 di Muar, Johor Darul Takzim. Anak bongsu dari dua beradik ini memiliki perwatakan yang ceria dan disenangi. Sejak kecil beliau mempunyai daya imaginasi yang tinggi selain sifat ingin tahu dan gemar mengkaji sesuatu. Pada tahun 1982, keluarga beliau berhijrah ke Pulau Pinang selepas ayahnya Othman Bin Haji Saaid ditawarkan menjadi pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Sains Malaysia. Dalam usia enam tahun, beliau mengikuti keluarganya ke Madison, Wisconsin, Amerika Syarikat di mana beliau mendapat pendidikan prasekolah di Shorewood Hills Elementary School, Madison, Wisconsin.

Selepas pulang ke tanah air, beliau memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong, Pulau Pinang dan mula menunjukkan ciri-ciri kepimpinan apabila dilantik menjadi Penolong Ketua Darjah (1986, 1987), Ketua Darjah (1988, 1989) dan Pengawas Sekolah (1990). Beliau turut menjadi Pelajar Terbaik UPSR sekolah itu.

Pada Oktober 1990, beliau sekali lagi mengikuti keluarga ke luar negara. Kali ini ke Hull, England di mana beliau mendapat pendidikan awal menengah rendah di Kelvin Hall High School. Beliau kembali ke tanah air dan sempat bersekolah seketika di Sekolah Tinggi Batu Pahat, Batu Pahat, Johor Darul Takzim sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur.

Semasa usia remaja, beliau bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran peringkat PMR dan SPM, malah dapat meluangkan masa mengembangkan minatnya dalam bidang seni termasuk muzik, seni lukis dan puisi. Beliau turut aktif dalam pelbagai aktiviti sekolah seperti menjadi pengarah drama bagi Pertandingan Drama Minggu Bahasa Inggeris dan kegiatan kokurikulum dengan menjadi AJK Kelab Seni (1992-1994), Pengerusi Kelab Seni, Pengerusi Kelab Reka Cipta dan Pengerusi Kelab Permainan Dalaman (1995). Bukan itu sahaja, beliau turut mengambil bahagian dalam beberapa kegiatan luar sekolah seperti Jogathon Masyarakat Penyayang, Kem Kanak-kanak MAS, Pertandingan Kuiz Fizik Kebangsaan 1995 dan lain-lain lagi. Beliau turut menjadi penceramah motivasi bagi Projek Cemerlang SPM 1996 Sekolah Menengah Lembah Keramat.

Beliau seterusnya menyertai Program Pusat Persediaan Kajian Teknikal ke Jepun pada Mac 1996 sebelum ke negara matahari terbit itu pada April 1998. Beliau melanjutkan pelajaran peringkat Diploma jurusan Kejuruteraan Komputer di Hakodate National College of Technology, Hokkaido, Jepun. Sebagai pelajar tunggal Malaysia di dalam jurusan itu, beliau banyak bergaul dengan pelajar dan masyarakat tempatan. Pendedahan ini membantu beliau menjadi lebih terbuka serta mempunyai pemahaman perbezaan budaya Timur dan Barat. Pengalaman belajar di Jepun selama tiga tahun dan kemudiannya dihantar oleh syarikat untuk latihan kerja, mengasah kemahiran pemerhatian yang kritikal dan teliti beliau.

Sejarah hitam apabila kehilangan ayahanda tercinta akibat penyakit leukemia pada tahun 1999 tidak mematahkan semangat beliau. Beliau terus menyalurkan tenaga menyertai pelbagai aktiviti komuniti dan sukarela masyarakat setempat Hakodate seperti membantu dalam Pementasan Tahunan Taman Goryokaku, Program Integrasi Masyarakat, Program bersama pelajar Indonesia, aktiviti sukarela pelajar sekolah bahasa Russia, Kelab Riadah Komuniti dan sebagainya. Beliau turut menjadi antara pengasas pasukan Futsal pelajar jurusan Komputer. Beliau memperoleh diplomanya dan juga sijil penghargaan kedatangan penuh sebelum pulang ke tanah air pada penghujung Mac 2001.

Sekembalinya ke tanah air, beliau memulakan khidmat sebagai Pembantu Jurutera bersama Sharp Electronics (M) Sdn. Bhd. Beliau bertugas di Jabatan Televisyen bahagian Keselamatan Pengguna. Sikap analitik beliau banyak membantu dalam menjalankan tugas seharian termasuk menilai tahap keselamatan dan radiasi produk serta mengkoordinasi permohonan kelulusan keselamatan produk dan kerja-kerja troubleshooting. Beliau turut terlibat dalam hal-hal menetapkan jadual progres kerja dan kawalan kos. Genap setahun berkhidmat, beliau dihantar ke Jepun bagi latihan kerja di Sharp AV System Group, Tochigi di mana beliau didedahkan pula dengan dengan pendekatan Sistem Pengurusan Jepun, konsep 5S, pendekatan Total Quality Management (TQM) dan konsep Just in time (JIT). Di Sharp juga beliau aktif sebagai AJK beberapa acara seperti Hari Riadah Jabatan, Makan Malam Tahunan dan sebagainya. Pada April 2004, beliau dilantik sebagai Jurutera dan menerima anugerah Program Intensif R&D sebanyak dua kali. Pada tahun yang sama juga, beliau mendirikan rumah tangga.

Seterusnya pada 2005, beliau mula menambah minat dan aktif dalam kegiatan pengurusan QC selepas mengambil bahagian dalam kursus ‘7 QC tools’ anjuran Perbadanan Produktiviti Negara. Bermula sebagai Penolong Ketua Pasukan QC dan membantu pasukan meraih tempat ketiga semasa Konvensyen QC Sharp, beliau seterusnya dilantik menjadi wakil jabatan bagi jawatankuasa QC syarikat. Di samping itu, beliau turut meluangkan masa mempelajari selok-belok pengurusan wang dengan mengambil peperiksaan Federation of Malaysian Unit Trust Managers. Beliau juga membantu rakannya mengasaskan syarikat perkongsian Teruja Enterprise. Walaupun sudah meninggalkan bangku sekolah sekian lama, beliau tetap mengenang jasa sekolahnya dengan kembali bagi projek motivasi pelajar tingkatan 4 pada tahun 2005.

Tahun 2006 membawa khabar berita apabila beliau dianugerahkan cahaya mata yang pertama. Beliau juga mula berkhidmat sebagai guru sambilan bahasa Jepun di Standard Language Center pada pertengahan tahun yang sama.

Shebby Singh ataupun nama sebenarnya Serbgeth Singh dilahirkan pada 20 Ogos 1968 di Kluang Johor. Beliau adalah anak sulung daripada empat orang adik-beradik. Di dalam keluarganya hanya beliau sahaja yang meminati sukan bola sepak. Minat bermain bola sepak banyak dipengaruhi oleh jiran-jiran yang tinggal berdekat di kawasan rumah. Mereka selalu bermain bola sepak pada setiap petang dan ini menarik perhatian Shebby. Pendidikan awal yang diterima adalah di Sekolah Tengku Mahmud (I) Kluang. Kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat SPM di Sekolah Menengah Inggeris, Kluang.

Pada seawal usia 16 tahun, Shebby memulakan kerjaya bola sepaknya dengan Kelab Belia 4B Kluang dalam Divisyen 2, liga daerah Kluang. Pada tahun berikutnya iaitu 1977, kelab pertama yang disertai oleh beliau memasuki Divisyen 1 liga selepas menjuarai Divisyen 2. Seterusnya pada tahun 1978, Shebby mewakili daerah Kluang sekali gus diserapkan ke dalam skuad negeri Johor sehingga akhir musim tahun 1983. Pada tahun itu juga, Shebby berpindah ke pasukan Kuala Lumpur yang menyaksikan beliau digantung selama setahun oleh Persatuan Bola Sepak Johor atas alasan meninggalkan pasukan negeri tanpa kebenaran. Hanya pada 1985 beliau mewakili KL secara rasmi sehingga tahun 1990.

Shebby berpengalaman mewakili banyak pasukan negeri seperti Pahang, Negeri Sembilan dan akhir sekali Perak sebelum bersara kerana faktor usia ketika berumur 36 tahun. Pada peringkat antarabangsa, beliau mewakili Malaysia selama 9 tahun bermula pada 1982 sehingga 1991. Sepanjang penglibatannya dalam bola sepak, Shebby membantu KL menjuarai Piala Malaysia sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1987, 1988 dan 1989. Seterusnya bersama-sama pasukan KL, menjadi johan Piala FA sebanyak dua kali. Bersama Kelab DBKL, tiga kali berjaya memenangi Piala FAM. Bagi pencapaian antarabangsa, beliau bersama pasukan Malaysia menjadi juara Pesta Bola Merdeka pada 1986 selepas menewaskan kelab Sigma Olomouc dari Divisyen 1, Liga Chezkoslovakia dengan jaringan 3-1. Pada 1989, beliau membantu pasukan Malaysia mengalahkan Singapura untuk pingat emas di kejohanan Sukan SEA.

Selepas bersara pada 1996, beliau terus menyertai ASTRO pada 1997 sebagai pakar analisis bola sepak selama empat tahun. Kemudiannya pada Ogos 2001 sehingga sekarang, beliau menyertai ESPN Star Sports sebagai pengulas dan pakar rujuk dunia bola sepak. Shebby pernah mengendalikan satu rancangan bola sepak di salah satu stesen radio iaitu Tiger On The Ball. Kini, beliau menjadi pengacara rancangan bicara sukan Shebby On The Line di saluran ASTRO. Beliau berpengalaman luas selama sepuluh tahun menjadi pengulas dan penganalisis bola sepak untuk acara-acara besar seperti Piala Dunia, Piala Konfederasi, Piala Eropah dan EPL. Selain dunia bola sepak, beliau menguruskan perniagaan menjual rumput tiruan jenama fieldturf di bawah syarikat Blondal All-Turf Sdn. Bhd. iaitu pengedar tunggal di Asia Tenggara.

Penglibatan Shebby sebagai ketua jurulatih pasukan myTeam bermula pada Februari 2006. Shebby turut serta dalam program jelajah seluruh Malaysia pada setiap minggu bagi mencari bakat-bakat baru dalam bola sepak. Satu kem latihan pusat diadakan selama enam minggu bagi membentuk satu pasukan yang mantap. Kemuncak kepada program myTeam ini adalah perlawanan persahabatan menentang pasukan pilihan Malaysia yang mendapat keputusan 1-2. Ini adalah peluang keemasan untuk Shebby berkongsi kepakaran dan pengalamannya selama 20 tahun di padang bola sepak dengan pemain-pemain muda. Shebby berpendapat untuk menjadi pemain bola sepak yang baik, individu itu perlu ada minat yang mendalam kepada bola sepak dan sanggup bekerja keras. Bermain bola sepak kerana kecintaan kepada bola sepak bukannya kerana wang ataupun nama.

Bagi membantu meningkatkan prestasi bola sepak tanah air salah satu cara adalah dengan menghidupkan semula liga tempatan di setiap daerah. Ini dapat memberi lebih banyak pendedahan dan peluang beraksi di atas padang kepada pemain-pemain muda. Perlawanan persahabatan di peringkat antarabangsa juga patut diadakan dengan lebih kerap untuk pasukan-pasukan kebangsaan.
Shebby bercita-cita mahu meningkatkan kerjaya dan ilmu pengetahuan dalam bidang bola sepak serta berjaya dalam perniagaan. Salah satu impian yang ingin dicapai adalah menjadi jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan pada masa hadapan untuk membalas jasa rakyat Malaysia.

Buku lain oleh penulis ini

  • Cemerlang & Menang Cara Bola Sepak
    RM 22.50 / RM 25.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 983-3603-95-5
    Tarikh Terbit: 13 Jul 2006
  • Cemerlang & Menang Cara Bola Sepak
    RM 22.50 / RM 25.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 983-3603-95-5
    Tarikh Terbit: 13 Jul 2006

Temubual bersama penulis