Harga: RM 13.90 / RM 15.90
ISBN-13: 978-967-5136-96-2
Tarikh Terbit: 17 Nov 2011
Jumlah Muka Surat : 112
Kategori: Kanak-Kanak, Remaja
Penerbit: PTS Pop Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
.
Pada dekad empat puluhan, ketika Malaya sedang dalam zaman resahnya, hadir seorang guru agama yang cekal berazam mengembangkan pendidikan rohaniah di desanya. Tanpa disedari, amalannya itu sempat pula mempengaruhi khayalan seorang anak kecil yang sama cita-citanya.
Di Simpang Jalan menjejaki kehidupan darurat mereka berdua di tengah sekelompok kecil orang kampung semasa mengharungi gelora kehidupan pada zaman awal Perang Dunia Kedua.
Ikutilah pengalaman perih, tetapi indah, Ustaz Bokhari – seorang pendidik cekal dan Jamri, seorang anak penuh bercita-cita – yang berupaya membangunkan masyarakat celik di tengah gelora kehidupan bahaya perang.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet