Diari Hidup Rasulullah S.A.W

Penilaian pembaca (Keputusan daripada 6 orang pembaca):

43211

Muhammad Abd. Syukur, Muhammad Muslih Aziz, Muhammad Syamsul Yakin

Harga: RM 11.90 / RM 13.90
ISBN-13: 978-983-3372-94-2
ISBN-10: 983-3372-94-5
Tarikh Terbit: 18 Aug 2009
Jumlah Muka Surat : 160

Kategori: Bantu Diri, Bantu Diri Umum, Motivasi, Islam, Akidah, Gaya Hidup, Islam Umum

PTS Millennia Sdn Bhd

Beli@Bookcafe

Buku lain oleh penulis ini

Diari Hidup Rasulullah S.A.W menjelaskan rahsia keunggulan Rasulullah S.A.W melalui pengamalan tujuh sunnah utama dalam kehidupan baginda. Rasulullah S.A.W memulakan setiap hari dengan solat tahajud, khusyuk mentadabbur Quran, menyertai solat Subuh secara berjemaah di masjid, bersedekah, memelihara wuduk sepanjang waktu, menghiasi hari dengan solat duha dan mencintai zikrullah. Alangkah indahnya! Buku ini mampu membimbing kita mempraktikkan dan menghayati tujuh sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan kita, seterusnya membongkar keajaiban demi keajaiban yang bakal muncul sebagai natijah pengamalannya.

Prakata   

Pendahuluan   

Bab 1: Solat Tahajud   
Satu Malam di Cileunyi   
Memahami Tahajud daripada
Tafsir Surah al-Israk Ayat 79   
Menjenguk dan Menjejaki Kedudukan
Rasulullah S.A.W   
Malam Keintiman dan Peristiwa Besar   
Fadilat dan Keindahan Solat Malam   
Waktu, Jumlah Rakaat dan Menggantikan
Solat Malam   
Menikmati Solat Tahajud    
Beberapa Bacaan Doa   
Kesan ke Atas Kesihatan   
Kesan Perubatan Solat   

Bab 2: Menyelami dan Memahami Quran   
Membangunkan Generasi Qurani   
Peluang dan Tentangan Menyelami Quran   
Satu Jam Selepas Subuh   

Bab 3:Solat Subuh Berjemaah di Masjid   
Solat Subuh di Masjid adalah Syariat   
Keindahan dan Keutamaan Solat Subuh
Berjemaah di Masjid   
Sebuah Kisah, Ali Lewat Mendirikan Solat Subuh Berjemaah   

Bab 4:Solat Duha   
Dimensi Rezeki dalam Solat Duha   
Kata-kata Hikmah Makna Memberi   

Bab 5: Sedekah   
Memberi Tidak Semestinya Material   
Membedah Makna Sedekah   
Berkat Sedekah   
Berkatnya Hilang Apabila…   

Bab 6: Wuduk   
Falsafah Wuduk   
Hikmah Wuduk   

Bab 7: Berzikir   
Makna dan Hakikat Zikir   
Ayat-ayat Berkenaan Zikir   
Manfaat dan Fadilat Zikir   
Beberapa Kelebihan Kalimat-kalimat
yang Kita Baca   
Singgah di Taman Syurga Dunia   
Selama Ini Kita Cuma Berzikir    
Bagaimana Zikir Dilakukan pada Zaman Nabi?   
Mengikut Aliran atau Tarekat Tertentu
dalam Berzikir?

Kongsi ulasan anda tentang buku ini:

Sekiranya anda sudah membaca buku ini; kami mengalu-alukan ulasan anda bagi membantu pelawat laman web ini memilih dan membuat keputusan samada membeli ataupun tidak buku ini.

Antara ulasan yang anda boleh sentuh ialah:-

  1. Kulit buku
  2. Isi kandungan/jalan cerita
  3. Bahasa

« Jangan lupa untuk beri bintang!
  1. Abdul Shahrom bin Abdullah
    24 Jul 2010
    10:34 AM

    43211

    Ulasan isi kandungan/jalan cerita

    Siapakah ikon kehidupan yang menjadi ikutan sepanjang kaum Muslimin bernafas di muka bumi ini? Jika ditanya kepada sesetengah para remaja, sudah pasti meluncurnya nama ikon-ikon barat mahupun tempatan yakni artis-artis hiburan yang tidak berapa molek itu daripada bibir mereka. Berapa peratuskah pula umat Islam yang menjadikan Nabi Muhammad saw sebagai suri teladan dalam kehidupan sekarang?

    Maka, ‘Diari Hidup Rasulullah saw’ merupakan sebuah buku yang amat bagus dijadikan sebagai rujukan dan panduan kepada umat Islam iaitu berkenaan amalan sunah yang dikerjakan oleh Rasulullah saw sepanjang hayat baginda.  Sebagaimana diketahui umum, banyak sunah yang diamalkan oleh Rasulullah saw untuk dijadikan sebagai ikutan. Namun, dalam buku ini pembaca akan didedahkan dengan 7 sunah utama yang dikerjakan dalam kehidupan baginda seharian. Rasulullah saw memulakan setiap hari dengan solat tahajud, kemudian diikuti mentadabbur al-Quran, solat subuh secara berjemaah di masjid, menghiasi pagi hari dengan solat duha, bersedekah, memelihara wuduk sepanjang masa dan mencintai zikrullah.

    Dalam setiap sunah yang diamalkan baginda, pembaca akan didedahkan dengan hikmah dan keistimewaan amalan tersebut dalam kehidupan kepada sesiapa sahaja yang mengerjakannya. Misalnya, menunaikan solat malam (tahajud) kita akan didedahkan kepada hikmah yang begitu besar sekali. Sebagaimana menurut Abu Hurairah yang meriwatkan Rasulullah saw berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir dan mengatakan ‘Sesiapa yang berdoa kepadaKu, pasti Aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaKu, pasti Aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaKu, pasti Aku ampuni’ (Hadis riwayat Al-Jamaah). Alangkah bertuahnya insan yang mengamalkan solat tahajud di malam hari. Ini menunjukkan bahawa buku ini amat lengkap dijadikan sebagai panduan kepada pembaca kerana ia turut memuatkan banyak hadis yang sahih dan benar bagi menyokong setiap amalan Baginda saw.

    Di samping itu, pembaca turut berkongsi maklumat berdasarkan pengalaman sendiri penulis-penulis buku ini dengan kisah realiti yang begitu menggugah keimanan dan bisa memberikan kesedaran dan keinsafan. Salah satu daripadanya adalah bagaimana situasi di kota Jakarta menurut cerita sebenar yang dialami oleh penulis semasa berduyun-duyun kereta penduduk Jakarta membelahi jalan raya untuk urusan dunia (bekerja) di waktu subuh hari. Tetapi menjadi kejelikan adalah kepergian sesetengah daripada mereka ke tempat kerja pada waktu yang terlalu awal adalah disebabkan untuk memuaskan nafsu mereka melakukan maksiat bersama rakan setugas di pejabat yang masih kosong di pagi hari. Astaghfirullah..

    Sebenarnya masih banyak maklumat dan ilmu yang dapat diperolehi dalam buku ini khususnya bagi amalan sunah yang lain-lain diamalkan oleh junjungan Nabi Muhammad saw. Walaupun bukunya agak nipis yakni 138 muka surat, namun isinya mengandungi hikmah yang amat besar sekali untuk dijadikan sebagai rujukan dan bimbingan kepada pembaca sekaligus membuat anjakan dalam kehidupan seharian dengan menjadikan Rasulullah saw sebagai ikon yang sebenar. Amat sesuai dengan bulan Ramadhan yang bakal menjelang, alangkah manis dan bertuahnya jika dipanjangkan umur untuk membaca buku ini sekaligus sebagai tangga permulaan kepada insan yang berkeinginan untuk berubah dan mengamalkannya untuk mendaki ke puncak mendapat keredhaan dan ketakwaan hanya Allah swt.

Buku Pilihan

Lihat senarai penuh di laman web Baca@Ramadan