Bermula daripada mengenali psikologi, minat dan potensi dalam diri anak-anak, buku ini mendedahkan seribu satu rahsia berkenaan strategi mendidik anak menjadi usahawan sejak kecil. Rata-rata ibu bapa hari ini inginkan kejayaan daripada anak-anak dalam apa sahaja yang mereka ceburi.
Setiap bakat dan minat yang ada pada diri anak-anak sebaik-baiknya tidak disia-siakan begitu sahaja, malah ia perlu disalurkan kepada peluang perniagaan yang sentiasa terbuka di depan mata.
Mengajar anak berniaga sejak kecil tidak bermakna kita membebankan anak-anak dengan kerja dan tanggungjawab, tetapi mengajar mereka bagaimana mendapat kebebasan kewangan. Wang bukanlah segalanya tetapi tidak bermakna ia tidak perlu dicari.
Mendidik anak mencari rezeki dengan titik peluh mereka sendiri menjadikan anak-anak lebih menghargai apa yang diperoleh. Walau sebanyak mana pun harta yang diwarisi, ia menjadi tidak bermakna apabila seseorang itu tidak bijak mengendalikannya.
Bertindaklah sekarang! Usaha daripada ibu bapa hari ini adalah titik tolak kepada kejayaan anak-anak akan datang. Tidak ada yang mustahil sekiranya kita yakin bagi merealisasikannya. Tidak ada jalan mudah bagi mencapai kejayaan dan kejayaan itu tidak datang bergolek. Terokailah segala ilmu dan pengalaman yang dikongsi di dalam buku ini. Mudah-mudahan ia dapat memberi manfaat kepada semua.
Prakata BAB 1: Pendahuluan Usahawan Cilik Kisah 1 Kisah 2 Kisah 3 Kisah 4 BAB 2: Merangsang Perkembangan Anak Melalui Psikologi Rahsia Psikologi Kanak-kanak Mendidik Anak Melalui Psikologi Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Anak Perkembangan Mental Kanak-kanak Perkembangan Sosial Kanak-kanak BAB 3: Anak, Wang dan Bisnes Anak dan Wang Anak dan Wang Saku Anak dan Bisnes Adakah Anak Kita Usahawan? BAB 4: Mencungkil Bakat Usahawan dalam Diri Anak Kenali Bakat Anak Mencungkil Perwatakan Diri Anak-anak Kenali Potensi Anak
BAB 5: Mantapkan Minda Anak dengan Dunia Bisnes Pemakanan yang Sihat IQ, EQ dan FQ Kelab Usahawan Kemahiran Membuat Keputusan Ilmu Pengetahuan dan Kemahiran
BAB 6: Idea Bisnes untuk Anak-anak
Bisnes Buah Potong Bisnes Kacang dan Kerepek Bisnes Aiskrim Bisnes Nasi Lemak dan Kuih-muih Bisnes Tauge Bisnes Cuci Kereta Bisnes Cuci Halaman Rumah Bisnes Barangan Kitar Semula Bisnes Sayur-sayuran dan Ulam-Ulaman Bisnes Dadih Bisnes Jeli Kelapa Bisnes Krostij dan Jahit Manik BAB 7: Perkenalkan Teknik-teknik Perniagaan Perancangan Rapi Pusingan Modal Kreativiti Pengurusan Masa Strategi Pemasaran Pengagihan Jualan Kuasa Sedekah Tip Berjaya dalam Bisnes Kisah Bisnes Kasut BAB 8: Galakan, Bimbingan dan Motivasi Bimbingan Keyakinan Sokongan Cabaran Imbuhan Perangsang dan Semangat Idea Pujian Pelaburan Penghargaan BAB 9: Didik Etika Murni Niat yang Betul dan Ikhlas Amanah dan Benar Tidak Tamak dan Angkuh Bersyukur dan Tidak Lupa Diri Cemerlang Adil dan Tidak Menzalimi Orang Lain BAB 10: Rahsia Jutawan Perniagaan Nabi Muhammad Tokoh Perniagaan yang Jujur dan Amanah Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari Dr. Irfan Khairi Usahawan ICT Usahawan Senang lawan Usahawan Susah CEO dan Jutawan Muda Usahawan Pekak yang Berjaya Peniaga dan Usahawan yang Dilahirkan Melalui Motivasi BAB 11: Penutup Bibliografi Indeks