Harga: RM 22.90 / RM 25.90
ISBN-13: 978-983-3654-32-1
ISBN-10: 983-3654-32-0
e-ISBN: 978-967-401-092-8
Tarikh Terbit: 31 Mar 2008
Jumlah Muka Surat : 440
Kategori: Novel Dewasa, Novel Chiclit
Penerbit: PTS One Sdn Bhd
-
Perhentian bas bukannya apa-apa. Tempat persinggahan sebelum masing-masing menuju ke lokasi berbeza. Di perhentian bas itu, mereka bertemu. Lelaki muka berminyak. Lelaki gempal yang bermain gitar. Perempuan manis berlesung pipit. Perempuan pemalu bercermin mata. Perempuan garang yang memakai sepit rambut beruang berwarna merah jambu. Kucing yang tidak diketahui siapa tuannya. Pakcik penggemar burung. Tanpa dirancang, terjadi cerita menarik antara mereka.
"Aku cakap dengan kopi di dalam gelas aku. Orang bukan tidak sayang, cuma orang tidak nampak dan lupa."

Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Apakah kegemaran Tuan Bahruddin?
Saya sangat sukakan motosikal dan modifikasi berkaitan dengan motosikal.
Idola Tuan Bahruddin dalam bidang penulisan?
Faizal Tehrani dan Shahnon Ahmad. Penulis luar negara pula Andra Hirata.
Falsafah penulisan?
Jujur untuk berbeza
Siapa Bahruddin Bekri sebenarnya?
Saya seorang yang pendiam tetapi suka memerhati. Melihat sekeliling.
Bagaimana mendapat ilham dalam penulisan
Saya melihat gelagat manusia dan memerhatikan alam. Suka bertanya bagi mendapatkan maklumat.
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet