Buku

E Untuk….

oleh Qisya Izfar

RM 14.00 / RM 16.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-369-088-6

Muka Surat: 144

Saiz:

Tarikh Terbit: 19 Apr 2011

Kategori: Remaja

Emilia seorang pelajar berusia 13 tahun, berpindah pulang ke Malaysia selepas 5 tahun berada di Jepun mengikuti ibubapanya yang menyambung pelajaran peringkat phd. Suasana di rumah, sekolah dan bersama kawan baiknya beberapa minggu sebelum pulang. Emilia berasa berat hati meninggalkan Jepun dan seluruh kehidupannya di sana. Sebaliknya adik Emilia, Emran seronok dapat balik ke Malaysia. Emilia dan keluarga tiba di Jengka Pahang kerana ibubapanya akan memulakan tugas sebagai pensyarah di universiti di situ. Emilia juga perlu mendaftar masuk ke tingkatan 1 kerana semester baru sudah bermula. Emilia berasa sedih, janggal dan berseorangan serta masih teringatkan Jepun.

Mendaftar masuk di sekolah baru.

Emilia tiada kawan kerana dia dianggap pelajar yang sombong oleh rakan-rakan lain. Dia juga selalu diejek oleh mereka. Setiap hari Emilia menceritakan kesedihannya kepada rakan baiknya di Jepun, Yuko. Yuko menasihati Emilia supaya berbaik-baik dengan kawan baru.Ibubapa Emilia juga menasihati perkara yang sama tetapi Emilia tidak mahu mendengar.Emran mendapat ramai kawan baru dan bercerita keseronokannya di sekolah baru. Emilia mendapat kawan baru apabila Anis cuba berkawan dengannya sewaktu orang lain menjauhkan diri daripada Emilia.Pada mulanya, Emilia tidak menghiraukan Anis, tetapi Anis tetap berusaha berbaik dengan Emilia dan akhirnya mereka berkawan. Guru kelas, Cikgu Sujatha meminta Anis berbaik dengan Emilia. Anis mengajak kawan baiknya Nura agar berkawan dengan Emilia, tetapi Nura enggan kerana berasa cemburu.

- Apakah kesudahan kepada Emila yang berhadapan dengan masalahnya sendiri?

- Bagaimanakah rakan-rakannya dapat membantu? 

Kemaafan adalah permulaan kepada perancangan masa hadapan yang lebih cerah.

Bab 1 (Sayonara Bumi Sakura)

Bab 2 (Sirih Pulang Ke Gagang)

Bab 3 (Budak Yang Ganjil)

Bab 4 (Hari Pertama di Sekolah)

Bab 5 (Sahabat Penyeri Hidup)

Bab 6 (Konflik Remaja)

Bab 7 (Ditelan Salah, Dibuang pun Salah)

Bab 8 (Miau Miau Onigiri)

Bab 9 (Hati yang Terluka)

Bab 10 (Retak Bercantum Semula)

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024