Harga: RM 20.00 / RM 23.00
ISBN-13:
ISBN-10: 983-3585-09-4
Tarikh Terbit: 1 Jun 2006
Jumlah Muka Surat : 216
Kategori: Bisnes & Pengurusan, Kerjaya
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Kata-kata Aluan
Prakata Penulis
Bab 1 : Bidang Tugas di Pejabat
Bab 2 : Memahami Persekitaran Pejabat
Bab 3 : Panduan Etika di Pejabat
Bab 4 : Kemahiran Umum dan Khusus di Pejabat
Bab 5 : Kemahiran Terkini di Pejabat
Bab 6 : Cabaran Kerjaya di Pejabat
Bab 7 : Peluang Latihan dan Kenaikan Pangkat
Bab 8 : Hubungan antara Rakan Sekerja
Bab 9 : Kemahiran Mengurus Masa dan Stesen Kerja
Bab 10 : Kemahiran Berkomunikasi
Bab 11 : Kemahiran Berucap
Bab 12 : Kemahiran Mengurus Majlis
Bab 13 : Kemahiran Mengurus Rekod
Bab 14 : Kemahiran Mengendali Surat
Bab 15 : Kemahiran Mengendali Mesyuarat
Bab 16 : Kemahiran Mengendali Telefon
Bab 17 : Memahami Tugas Setiausaha
Bibliografi
Indeks
Kualiti seorang eksekutif dinilai daripada segi keberkesanannya melaksanakan tanggungjawab. Justeru, kekuatan daya imaginasi, kecerdasan minda dan ilmu adalah elemen penting yang perlu ada pada seorang eksekutif.
Eksekutif Efektif mengenal pasti aspek-aspek yang dapat membantu eksekutif:
Fast Track Executive ditulis khas untuk eksekutif ataupun pengurus yang sentiasa mengejar masa. Dilengkapi dengan ikon bagi memudahkan sesiapa sahaja yang membacanya.
En Samsudin Wahab dilahirkan di sebuah pekan kecil barat daerah Baling bersempadan daerah Kulim, Kedah pada 31 Oktober 1966. Bukanlah dari keluarga berada, lahir di sebuah kawasan perladangan dan kampung berlatarbelakangkan penoreh getah dan sawah padi. Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Malau, Kulim di ikuti Sekolah Menengah Labu Besar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim di Kedah antara tahun 1979 hingga tahun 1984. Ketika mengikuti pengajian rendah dan menengah, beliau banyak menghabiskan masa membantu keluarga di sawah dan ladang getah. Berkat usaha gigih beliau selepas SPM beliau telah berjaya melanjutkan pengajian di Universiti Pertanian Malaysia (Sekarang ini Universiti Putra Malaysia) dalam program B. Sc. (Perniagaantani) dan bergraduat pada tahun 1989.
Pada tahun 1992 setelah 3 tahun menceburi sektor perkilangan, En Samsudin telah berjaya mendapat tempat untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Bermula dari tarikh lulus Diploma Pendidikan ini beliau menceburi kerjaya sebagai Guru Akaun, Perdagangan dan Ekonomi di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Panjang, Kupang, Baling Kedah. Pada tahun keempat menjadi guru, beliau menyambung pengajian secara separuh masa di Universiti Utara Malaysia, Kampus Sungai Petani. Selepas hampir enam tahun mengajar di sekolah menengah, En Samsudin mohon bertukar ke Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang dan mengajar di Jabatan Perdagangan selama 2 tahun mulai 1999 hingga 2001.
Setelah lulus program separuh masa Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di UUM pada akhir 2000, En Samsudin mencuba nasib untuk memohon jawatan pensyarah di IPTA tempatan. Akhirnya beliau berjaya dalam temuduga sebagai pensyarah di Universiti Teknologi MARA dan ditempatkan di Kampus Terengganu pada 1 July, 2001. Walaupun baru menjadi warga kampus di UiTM Terengganu, En Samsudin percaya bahawa kejayaan terletak dimana-mana saja dengan syarat ada usaha ke arah itu. Akhirnya dengan pengalaman yang ada dalam bidang pendidikan, En Samsudin berjaya menulis beberapa buah buku untuk bacaan umum antaranya Pengurusan Dan Teknologi Pejabat, Mengurus Dan Mentadbir Pejabat, Mengurus Majlis Dan Acara Rasmi serta buku Panduan Protokol Dan Tatatertib Majlis. Kesemua buku diterbitkan oleh PTS mulai tahun 2003.
Sebagai pensyarah juga En Samsudin banyak melibatkan diri dalam bidang penyelidikan dan telah berjaya membentangkan beberapa hasil penyelidikan di seminar kebangsaan dan seminar antarabangsa. Antara negara-negara yang pernah dikunjungi oleh En Samsudin untuk pembentangan kertas kerja ialah Indonesia, Thailand dan Korea. Antara kertas penyelidikan En Samsudin yang telah banyak mendapat tawaran pembentangan ialah mengenai Cabaran Penerapan Teknologi Pejabat di Dalam Organisasi , Strategi Pembelajaran Komputer di Kalangan Staf Senior, Tinjauan Amalan Nilai Murni Dalam Perkhidmatan Kaunter Awam dan Cabaran ICT kepada Usahawan Melayu di Pantai Timur.
Anugerah yang pernah diterima oleh En Samsudin Wahab sepanjang perkhidmatannya di Universiti Teknologi MARA ialah Anugerah Khidmat Cemerlang Tahun 2003 dan Anugerah Penyelidik Harapan UiTMT Tahun 2003. Sekarang En Samsudin sedang menikuti pragram PhD. secara sambilan di universiti tempatan.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet