Harga: RM 15 / RM 17
ISBN-13: 978-967-0127-04-0
Tarikh Terbit: 1 Apr 2011
Jumlah Muka Surat : 208
Kategori: Fekah
Penerbit: PTS Darul Furqan
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
KANDUNGAN
Prakata vii
Kata Pengantar xi
Tujuan dan Kelebihan Solat xii
Bab 1: Syahadah 1
Bab 2: Berwuduk dan Niat Wuduk 7
Bab 3: Azan dan Iqamat 11
Bab 4: Niat Solat 21
Bab 5: Doa Iftitah 35
Bab 6: Surah Al-Fatihah 47
Bab 7: Ayat-Ayat Lazim 57
Latihan Tambahan bab 1 hingga bab 7 86
Bab 8: Bacaan Semasa Rukuk, Iktidal dan Sujud 87
Bab 9: Doa Duduk Antara Dua Sujud 95
Bab 10: Bacaan Tahiyat Awal 103
Bab 11: Bacaan Tahiyat Akhir 113
Bab 12: Doa Qunut Dalam Solat Subuh 131
Bab 13: Doa-Doa Selepas Solat 147
Latihan Tambahan bab 8 hingga bab 13 165
Glosari 166
Tatacara Solat 171
“Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.” (Sura al-Mukminun: ayat 1-2)
Solat adalah wahana komunikasi seorang hamba dengan Tuhan yang seharusnya terjadi dengan suasana penuh mesra dan intim. Solat yang benar menghasilkan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup seorang hamba. Ia melahirkan natijah kejayaan hidup di dunia dan di akhirat, seperti mana yang dijanjikan di dalam Quran. Hal ini terjadi apabila seorang hamba menunaikan solat dengan penuh rasa khusyuk dengan memahami dan menghayati setiap patah perkataan yang diucapkan. Dengan demikian itu, proses komunikasi antara seorang hamba dan penciptanya akan lebih bermakna dan memberi impak yang maksimum.
Buku yang disusun oleh barisan panel penulis yang berautoriti dalam bidang agama ini adalah sebahagian daripada inisiatif bagi membantu orang Islam memahami bacaan dalam solat mereka. Buku ini menyediakan panduan bergambar cara yang betul menunaikan solat, terjemahan lengkap dan secara per-kata bagi setiap ayat serta perkataan yang biasanya dibaca dalam solat. Di penghujung setiap bab, latihan kefahaman disediakan bagi menguji dan meningkatkan daya ingatan serta hafalan pembaca.
Dengan bahasa yang mudah dan penerangan ringkas, buku ini sesuai digunakan oleh segenap lapisan masyarakat bagi membantu meningkatkan rasa khusyuk dalam solat. Boleh digunakan sama ada untuk bacaan peribadi atau pun sebagai panduan dalam kelas pengajian untuk orang ramai.
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.
Profesor pengajian pedagogi Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSI.
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet