Gerila

oleh Lukman Iskandar

Harga: RM 29.00 / RM 32.00
ISBN-13: 978-967-5136-27-6
Tarikh Terbit: 19 Feb 2009
Jumlah Muka Surat : 592

Kategori: Novel Dewasa, Novel Ketenteraan, Novel Sejarah

Penerbit: PTS Fortuna Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Sinopsis

Novel kontroversi ini ditulis ketika penulisnya, Allahyarham Lukman Iskandar, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1992 hingga 1994. Penulis adalah bekas Setiausaha Agung Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani. Walaupun fiksyen, novel Gerila ditulis berdasarkan pengalaman sebenar penulis. Ia berlatarbelakangkan konflik di Patani, sebuah negeri Melayu yang dijajah oleh Thailand sejak tahun 1785. Kisahnya tentang Kapten Ruzaiman, seorang juruterbang jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang diselamatkan oleh anggota gerila pembebasan Patani ketika pesawatnya terhempas di Selatan Thai. Selepas diselamatkan, Kapten Ruzaiman menyertai perjuangan gerila itu. Mereka berperang dengan tentera Thai, polis Thai dan PKM. Gerila penuh dengan aksi tempur, taktik peperangan sebenar, konflik emosi, dan konflik kuasa!

Info Penulis

Lukman Iskandar, atau nama sebenarnya Naamandedin bin Daud, dilahirkan pada 29 Mac 1949 di Kampung Bunga Emas, Simpang Empat, Perlis. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Derma, Kangar, Perlis, dan Institut Teknologi MARA (ITM).
Pada tahun 1973, Lukman Iskandar menjadi tenaga pengajar di Thamawithaya Mulniti, Setul, Thailand. Sewaktu mengajar, beliau dilantik menjadi anggota rasmi Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN). Bermulalah penglibatan beliau dalam gerakan gerila pemisah.
Lukman Iskandar pernah ditahan oleh kerajaan Malaysia atas alasan ‘cuba melancarkan revolusi bersenjata di Malaysia’ bersama beberapa orang pegawai tentera Malaysia. Beliau ditahan dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Pertama kali pada tahun 1977,  dan sekali lagi pada tahun 1992.
Beliau meninggal dunia pada 16 Ogos 2001, dan disemadikan di Kampung Telaga Gasing, Patani. Novel Gerila ini, walaupun fiksyen, adalah berdasarkan pengalaman sebenar beliau. 

Buku lain oleh penulis ini

  • Gerila
    RM 29.00 / RM 32.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5136-27-6
    Tarikh Terbit: 19 Feb 2009

Temubual bersama penulis