Hidup Untuk Menang

oleh Razzi Armansur

Harga: RM 26.00 / RM 29.00
ISBN-13: 978-967-369-044-2
Tarikh Terbit: 17 Jun 2011
Jumlah Muka Surat : 296

Kategori: Motivasi & Inspirasi

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

1. Meneruskan Kemenangan

2. Hak untuk Menang

3. Halangan untuk Menang

4. Menghapuskan Halangan Lain

5. Jenis-jenis Manusia Kalah

6. Mengapa Mahukan Kemenangan

7. Hukum untuk Menang

8. Apabila Kali Terakhir Kita Percaya?

9. Anggap Diri Kita sebagai Produk

10. Sihat dan Bertenaga untuk Menang

11. Kerjasama untuk Menang

12. Kuda Tunggangan

13. Mencari Titik Permulaan

14. Menang dengan Sengaja

15. Meniru untuk Menang

16. Menang dalam Kewangan

17. Proses Mencipta Kemenangan

18. Program 7 Hari Mencipta Kemenangan  

 

Sinopsis

Buku penting yang penuh revolusi ini memberitahu anda dengan tepat bagaimana mencapai kemenangan demi kemenangan dalam apa jua bidang. Dengan melaksanakan apa yang terkandung di dalam buku ini, anda akan melihat, mendengar, dan merasai sendiri bagaimana diri anda mula mencipta kemenangan dan kejayaan. Anda boleh membuktikannya sendiri.

Buku ini dipenuhi dengan panduan dan teknik untuk menang, dan boleh dilaksanakan dengan serta-merta. Anda boleh menemui dua jenis teknik (ataupun teknologi) yang amat berkesan dan hasil yang cepat. 

Selepas membaca buku ini, anda boleh:

  • Menghapuskan halangan yang berada antara anda dan apa yang anda mahukan.

  • Mengetahui dan melaksanakan semua perkara penting yang diperlukan.

  • Mencapai kejayaan dan mencipta kemenangan berterusan dengan menggunakan pelbagai teknik.

  • Meletakkan diri anda sendiri pada kedudukan yang dapat diterima dan diiktiraf oleh orang ramai.

  • Tahu dengan tepat proses mencipta kejayaan dan kemenangan dengan menggunakan Program 7 Hari Untuk Mencipta Kemenangan.

Info Penulis

Memulakan karier sebagai penulis sejak 1988, Razzi Armansur mula dikenali sebagai penulis best-seller sejak 1990. Buku pertama beliau berjudul “Rahsia Dari Damansara” yang diterbitkan sendiri pada tahun 1988. Buku tersebut terjual dengan larisnya dan dikatakan telah membantu puluhan ribu pembacanya memperolehi kebebasan kewangan berpandukan rahsia dan panduan penting dari dalam buku tersebut.

Pada tahun 1994 seorang usahawan MLM meminta beliau menulis buku panduan untuk usahawan MLM di Malaysia. Pada masa itu industri MLM sedang berkembang pesat. Razzi Armansur membuat kajian yang mendalam tentang industri MLM termasuklah menghadiri ratusan mesyuarat MLM, seminar, kursus, perbincangan, juga menganalisis buku-buku dari luar negara. Hasilnya ialah buku “Membina Masa Depan Melalui MLM” yang serta-merta menjadi best-seller dan berterusan diulang cetak sejak dari tahun tersebut hingga kini, diterbitkan oleh beberapa penerbit. Sejak dari itu juga berderet-deret buku Razzi Armansur mengenai MLM berada di pasaran. Tidak ketinggalan, di antaranya ialah buku-buku inspirasi seperti “Hidup Untuk Menang”, kesemuanya lebih kurang 20 judul telah diterbitkan sejak 1994.

Mulai dari tahun 2003, Razzi Armansur beralih ke bidang portal komuniti siber. Beliau bersama rakan karibnya menubuhkan Ukhwah.com, Hanan.com.my, Bicarasiswa.com, Celikit.com, Cyberjawa.com yang mendapat sambutan begitu hebat. Ukhwah.com misalnya berjaya membina komuniti, menghimpunkan lebih 30,000 ahli (2006) dari seluruh dunia berinteraksi secara online dan offline.

Pada tahun 2006, setelah menjalin kerjasama dengan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, kerana begitu tertarik dengan sistem penerbitan dan pengedaran PTS, kesemua buku-buku best-seller Razzi Armansur diterbitkan semula oleh Walasri Dotcom dengan pengedaran eksklusif oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Sebahagian lagi buku-buku beliau diterbitkan oleh PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Buku lain oleh penulis ini

  • Membina Masa Depan Melalui MLM (Multi-Level Marketing)
    RM 30.00 / RM 33.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: ISBN 983-3681-00-X
    Tarikh Terbit: 07 Aug 2006
  • Jutawan MLM: Multi-Level Marketing
    RM 20.00 / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: ISBN 978-983-3681-02-0
    Tarikh Terbit: 08 Aug 2006
  • Galeri MLM: 101 Panduan Kejayaan Multi-Level Marketing
    RM 23.00 / RM 26.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: ISBN 983-3681-10-7
    Tarikh Terbit: 08 Aug 2006
  • Dunia Ini Penuh Wang
    RM 17.00 / RM RM20.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3586-40-0
    Tarikh Terbit: 19 Nov 2007
  • Hendak Susah ataupun Senang
    RM 20.00 / RM RM23.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3586-39-4
    ISBN-10: 983-3586-39-2
    Tarikh Terbit: 27 Dec 2007
  • Hendak Gagal ataupun Berjaya?
    RM 18.00 / RM 21.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3585-37-3
    Tarikh Terbit: 11 Sep 2008
  • Hidup Untuk Menang
    RM 26.00 / RM 29.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-369-044-2
    Tarikh Terbit: 17 Jun 2011

Temubual bersama penulis