Harga: RM RM14.00 / RM RM16.00
ISBN-13: 978-967-369-092-3
Tarikh Terbit: 6 Apr 2011
Jumlah Muka Surat : 120
Kategori: Bantu Diri
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Pengantar Penterjemah
Pengenalan
How Successful People Think adalah bahan bacaan paling padan dan sesuai bagi dunia masa kini yang bergerak pntas. Pakar kepimpinan Amerika, John C. Maxwell mengajar kita cara menjadi lebih kreatif serta masa yang sesuai untuk kita mempersoalkan pemikiran dan pendapat popular. Kita juga diajar cara melihat kehidupan dari sudut pandang yang lebih luas sambil memfokuskan pemikiran bagi mencapai kejayaan. Buku ini membongkarkan cara menggunakan potensi pemikiran kreatif, membangunkan idea dan belajar daripada pengalaman. Semua ini bagi memahami masa depan dengan lebih baik dan seterusnya menjadi insan yang berjaya. Berpandukan 11 rahsia pemikiran yang lebih efektif, kita dapat melihat dengan lebih jelas bagi berjaya.
JOHN C. MAXWELL adalah pakar kepimpinan terkemuka di Amerika Syarikat dan bercakap berkenaan kepimpinan kepada beratus ribu orang individu setiap tahun. Beliau pernah berkongsi prinsip-prinsip kepimpinannya dengan syarikat-syarikat Fortune 500, Akademi Tentera Amerika Syarikat di West Point dan juga organisasi-organisasi sukan seperti NCAA (Persatuan Atletik Kolej Kebangsaan Amerika), NBA (Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan Amerika) dan NFL (Liga Kebangsaan American Football).
Maxwell mengasaskan beberapa organisasi, termasuk Maximum Impact, yang bertujuan membantu individu mencapai potensi kepimpinan mereka. Dan beliau juga sudah menulis lebih 30 buah buku, termasuk Developing the Leader Within You, Your Road Map for Success dan The 21 Irrefutable Laws of Leadership, yang sudah terjual lebih daripada satu juta naskhah.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet