Walaupun Mawar dan Rose adalah pasangan kembar, namun mereka mempunyai personaliti yang berbeza.
“Tidak mahulah. Masakan kita perlu menyapu dan buat kerja lap-mengelap pula. Bukankah mama sudah ada pekerja? Lagipun sekiranya Shina, Lala, dan Ain nampak, habislah reputasi saya! Mana saya mahu letak muka?” ujar Rose. (Rose - Penampilan adalah segala-galanya baginya)
'Reputasi! Setakat umur 12 tahun, reputasi apa sangat yang mahu dijaga. Tolong mama di restoran milik keluarga pun menjatuhkan reputasikah? Aku tidak faham betul dengan budak-budak perempuan zaman sekarang,' rungut Mawar dalam hati. (Mawar - Pemalu, dewasa sebelum waktunya)