Harga: RM 16.00 / RM 18.00
ISBN-13: 978-967-5226-34-2
Tarikh Terbit: 17 Apr 2009
Jumlah Muka Surat : 208
Kategori: Bisnes & Pengurusan, Jualan, Keusahawanan, Pemasaran, Bukan Fiksyen, Teknikal, Komputer & Internet, Internet, Komputer & Internet Umum
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Penghargaan Prakata: Dari skeptik kepada pemasar di Internet. Bahagian 1 Bab 1: Perniagaan kecil hilang pelanggan setiap hari. Bab 2: Laman web mini dan skrip jualan. Bab 3: Empat maklumat carian pelanggan. Bab 4: Mudahkan pelanggan menghubungi. Bahagian 2 Bab 5: Tarik, saring, hantar dan dorong pelanggan. Bab 6: 22 pendahuluan skrip jualan persuasif. Bab 7: Skrip jualan magnetik. Bab 8: Tonjolkan dan huraikan secara berasingan. Bab 9: Gunakan sistem bullet. Bab 10: Testimonial yang baik dan yang buruk. Bab 11: Menaikkan tumpuan pelanggan. Bahagian 3 Bab 12: Membina laman web yang menjual. Bab 13: Asas reka grafik laman web jualan. Bahagian 4 Bab 14: SEO bagi kadar trafik yang tinggi. Bab 15: Teknik SEO offpage mengumpan pelanggan. Bab 16: Kajian Katakunci bagi optimisasi laman web. Biodata Izwan Wahab Biodata Zamri Mohamad
Permintaan terhadap internet meningkat meskipun seluruh dunia mengalami krisis ekonomi. Semua usahawan mula menyedari betapa pentingnya kemampuan internet dalam memasarkan produk dan perkhidmatan mereka. Semakin tinggi penggunaan internet semakin tinggi peluang bisnes anda berkembang. Pelajari langkah dan teknik pemasaran internet yang berkesan bagi menarik perhatian pengguna. Lengkap dengan kajian minisite-minisite di Malaysia dimana anda dapat menggunakan formula kejayaan yang digunakan oleh mereka. Ambil formula dan ubah ikut acuan kita. Turut diterangkan langkah demi langkah membina minisite yang menjual dengan perisian percuma. Pelajari formula bagaimana hendak mereka kata kunci yang berkesan dan efektif. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, layari laman web www.kursusperniagaan.com

Zamri Mohamad dilahirkan pada 17 November 1981 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) jurusan komunikasi dalam pengk hususan kewartawanan dan media. Terlibat sebagai penulis bebas dalam beberapa buah majalah dan akhbar tempatan sejak tahun 2001. Siri penulisan beliau yang pernah disiarkan meliputi isu-isu kekeluargaan, remaja, masyarakat dan agama.
"Apabila kita menulis, berani berangan-angan dan penuhi impian itu. Mulakan dengan apa di tangan."
Izwan Wahab adalah pemerhati dan penganalisa dalam bidang internet. Berpengalaman dalam bidang kejuruteraan, reka grafik, pembangunan laman web, pengaturcaraan dan sistem sekuriti. Kini beliau bertugas sebagai pembangun sistem kreatif di sebuah syarikat tempatan. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari http://ro.botys.com./
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet