Jangan Ikut Jalan Ini

oleh A. Samad Said

Harga: RM 9.00 / RM 10.00
ISBN-13: 978-967-5136-76-4
Tarikh Terbit: 1 Mar 2011
Jumlah Muka Surat : 88

Kategori: Kanak-Kanak, Kembara, Misteri, Remaja, Kembara, Misteri

Penerbit: PTS Pop Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Bab 1    Ingin Memujuk Orang Tua

Bab 2    Antara Kawan Boleh Bersatu

Bab 3    Orang Tua Ikut Menyanyi

Bab 4    Mereka Ikut Jalan Semak

Bab 5    Jangan Ikut Jalan Bahaya

Bab 6    Siapa Berada di dalam Pondok?

Bab 7    Jangan Duduk di bawah Tempurung

Sinopsis

Sudah dua minggu cuti penggal bermula, namun Abu dan rakan-rakannya belum membuat apa-apa perancangan aktiviti yang hendak dilakukan. Apabila Abu mendengar Wak Salim mahu ke Pertak, terlintas fikirannya mahu mengikut. Selepas berbincang, Abu, Majid, Yahaya, Rukiah dan Esah berjumpa Wak Salim dan menyatakan hasrat mereka. Wak Salim dengan tangan terbuka mengajak mereka bersama.

Di Pertak, Abu dan rakan-rakannya berkenalan dengan Munir dan adiknya, Zaitun. Mereka mengajak Abu dan rakan-rakannya pergi ke kawasan air terjun tidak jauh dari situ. Namun, untuk sampai ke kawasan air terjun itu, ada dua jalan yang boleh mereka lalui. Satu jalan melalui jalan raya manakala satu jalan lagi melalui hutan. Disebabkan Abu dan rakan-rakannya sukakan cabaran, mereka memilih jalan hutan. Namun, Munir memberi amaran kemungkinan jalan hutan yang mereka pilih itu ada bahaya yang menanti. Ada banyak cakap-cakap orang kononnya ramai yang terserempak dengan orang gila di jalan itu. Abu menjadi lebih bersemangat untuk menyiasat!

Info Penulis

 

Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said dilahirkan pada 9 April 1935 di Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura, sebelum melanjutkan pelajaran tingginya ke Victoria Institution, juga di Singapura.
Atas jasa dan khidmat bakti beliau dalam bidang kesusasteraan Melayu Malaysia, beliau dianugerahkan pelbagai hadiah dan penghargaan seperti Anugerah Pejuang Sastera (1976) dan Anugerah Sastera Negara (1985). Pada tahun 2003, beliau menerima Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Kesusasteraan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris.

 

Buku lain oleh penulis ini

  • Bendera di atas Bukit
    RM 9.00 / RM 10.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5136-73-3
    Tarikh Terbit: 25 Dec 2010
  • Rumah Rahsia
    RM 9.00 / RM 10.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5136-74-0
    Tarikh Terbit: 25 Dec 2010
  • Jangan Ikut Jalan Ini
    RM 9.00 / RM 10.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5136-76-4
    Tarikh Terbit: 01 Mar 2011
  • Yang Berat Sama Dipikul
    RM 9.00 / RM 10.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5136-75-7
    Tarikh Terbit: 01 Mar 2011
  • Mengejar Tetamu di Waktu Senja
    RM 9.00 / RM 10.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5136-77-1
    Tarikh Terbit: 01 Mar 2011
  • Al-Amin
    RM 48.00 / RM 51.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5136-89-4
    Tarikh Terbit: 27 Apr 2011
  • Cinta Fansuri
    RM 14.90 / RM 16.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5136-90-0
    Tarikh Terbit: 19 Sep 2011
  • Di Simpang Jalan
    RM 13.90 / RM 15.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5136-96-2
    Tarikh Terbit: 17 Nov 2011
  • Tasik Syahdu dan Cerpen-Cerpen Lain
    RM 24.00 / RM 27.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-410-021-6
    Tarikh Terbit: 13 Mar 2012
  • Adik Datang
    RM 25.00 / RM 28.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-410-055-1
    Tarikh Terbit: 27 Mar 2012

Temubual bersama penulis