Jutawan MLM: Multi-Level Marketing

oleh Razzi Armansur

Harga: RM 20.00 / RM 23.00
ISBN-13:
ISBN-10: ISBN 978-983-3681-02-0
Tarikh Terbit: 8 Aug 2006
Jumlah Muka Surat : 153

Kategori:

Penerbit:

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Pendahuluan
Lari Dari Api
Api Makin Marak
Bomba Datang
Bertemu Orang Kaya
Mengapa Saya ‘Sign Up’
Pelajaran pertama
Berniaga Dengan Beruk
50 Tidak, 50 Ya
Petani Dengan James Bond
Membaca Surat Khabar
Yang Takut Yang Berani
Menarik Anak Panah
Membuka Cawangan
Berdua-duaan
Burung Mengeram Telur
Memetik Kopi
Bila Hati Sudah Cemburu
Bonus, isteri Mengandung Dan Peta
Memfokus Kamera
Magnet Dan Serbuk Besi
Bertemu ‘Leader Sengkek’
Sayang Seorang Ayah
Kecewa Berjaya
Akhir Sebuah Impian
Penutup

 

Sinopsis

Bagaimana seorang yang miskin, tinggal di rumah setinggan, tak tahu apa-apa tentang Multi-Level Marketing, benci dan meluat bila disebut MLM (kerana tidak faham), akhirnya memperolehi harta melebihi RM1 juta hasil mengusahakan MLM? Apa rahsia beliau memperolehi pendapatan 5 angka setiap bulan, berterusan dan terus meningkat bulan demi bulan, tahun demi tahun? Apa rahsianya?

 

Info Penulis

Memulakan karier sebagai penulis sejak 1988, Razzi Armansur mula dikenali sebagai penulis best-seller sejak 1990. Buku pertama beliau berjudul “Rahsia Dari Damansara” yang diterbitkan sendiri pada tahun 1988. Buku tersebut terjual dengan larisnya dan dikatakan telah membantu puluhan ribu pembacanya memperolehi kebebasan kewangan berpandukan rahsia dan panduan penting dari dalam buku tersebut.

Pada tahun 1994 seorang usahawan MLM meminta beliau menulis buku panduan untuk usahawan MLM di Malaysia. Pada masa itu industri MLM sedang berkembang pesat. Razzi Armansur membuat kajian yang mendalam tentang industri MLM termasuklah menghadiri ratusan mesyuarat MLM, seminar, kursus, perbincangan, juga menganalisis buku-buku dari luar negara. Hasilnya ialah buku “Membina Masa Depan Melalui MLM” yang serta-merta menjadi best-seller dan berterusan diulang cetak sejak dari tahun tersebut hingga kini, diterbitkan oleh beberapa penerbit. Sejak dari itu juga berderet-deret buku Razzi Armansur mengenai MLM berada di pasaran. Tidak ketinggalan, di antaranya ialah buku-buku inspirasi seperti “Hidup Untuk Menang”, kesemuanya lebih kurang 20 judul telah diterbitkan sejak 1994.

Mulai dari tahun 2003, Razzi Armansur beralih ke bidang portal komuniti siber. Beliau bersama rakan karibnya menubuhkan Ukhwah.com, Hanan.com.my, Bicarasiswa.com, Celikit.com, Cyberjawa.com yang mendapat sambutan begitu hebat. Ukhwah.com misalnya berjaya membina komuniti, menghimpunkan lebih 30,000 ahli (2006) dari seluruh dunia berinteraksi secara online dan offline.

Pada tahun 2006, setelah menjalin kerjasama dengan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, kerana begitu tertarik dengan sistem penerbitan dan pengedaran PTS, kesemua buku-buku best-seller Razzi Armansur diterbitkan semula oleh Walasri Dotcom dengan pengedaran eksklusif oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Sebahagian lagi buku-buku beliau diterbitkan oleh PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Buku lain oleh penulis ini

  • Membina Masa Depan Melalui MLM (Multi-Level Marketing)
    RM 30.00 / RM 33.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: ISBN 983-3681-00-X
    Tarikh Terbit: 07 Aug 2006
  • Jutawan MLM: Multi-Level Marketing
    RM 20.00 / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: ISBN 978-983-3681-02-0
    Tarikh Terbit: 08 Aug 2006
  • Galeri MLM: 101 Panduan Kejayaan Multi-Level Marketing
    RM 23.00 / RM 26.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: ISBN 983-3681-10-7
    Tarikh Terbit: 08 Aug 2006
  • Dunia Ini Penuh Wang
    RM 17.00 / RM RM20.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3586-40-0
    Tarikh Terbit: 19 Nov 2007
  • Hendak Susah ataupun Senang
    RM 20.00 / RM RM23.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3586-39-4
    ISBN-10: 983-3586-39-2
    Tarikh Terbit: 27 Dec 2007
  • Hendak Gagal ataupun Berjaya?
    RM 18.00 / RM 21.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3585-37-3
    Tarikh Terbit: 11 Sep 2008
  • Hidup Untuk Menang
    RM 26.00 / RM 29.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-369-044-2
    Tarikh Terbit: 17 Jun 2011

Temubual bersama penulis