Harga: RM 30.00 / RM 33.00
ISBN-13: 978-967-369-058-9
Tarikh Terbit: 21 Oct 2010
Jumlah Muka Surat : 329
Kategori: Kamus
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Himpunan simpulan bahasa berdasarkan abjad daripada A hingga Z.
Kamus Simpulan Bahasa Edisi Kedua adalah koleksi terbesar simpulan bahasa Melayu yang pernah diterbitkan sehingga hari ini dan ia adalah himpunan yang paling kemas kini. Ia mengandungi 9 500 simpulan bahasa yang terdiri daripada tiga kategori iaitu simpulan bahasa Melayu klasik, moden dan lisan.
2 000 entri simpulan bahasa yang terdapat di dalam kamus ini berlum pernah diterbitkan di dalam mana-mana kamus.

Ainon Mohd merupakan pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang linguistik dari Universiti Malaya dan ijazah sarjana dalam bidang yang sama dari Leeds University. Beliau juga pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi di Universiti Putra Malaysia dan merupakan pemegang Diploma Penterjemahan dan Interpretasi dari Universiti Malaya. Memulakan kerjaya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan telah berkhidmat di DBP dari tahun 1973 hingga tahun 1988. Sepanjang berkhidmat di DBP, beliau telah memegang pelbagai portfolio termasuk Pegawai Penyelidik Bahasa dan Sastera, Ketua Unit Terjemahan Sastera, Ketua Unit Penyelidikan Bahasa dan terakhir sekali sebagai Ketua Bahagian Terjemahan.
Beliau telah menghasilkan lebih daripada 30 buah buku di dalam bidang terjemahan, komunikasi, pemikiran lateral dan kreativiti bersama dengan suami beliau, Profesor Abdullah Hassan yang kini merupakan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan merupakan tokoh yang amat dikenali dalam bidang bahasa melayu dan sering dipanggil membentangkan kertas kerja berkaitan bahasa melayu di serata dunia.
Atas keyakinan dan iltizam yang tinggi untuk melihat bahasa melayu berkembang sebagai bahasa ilmu dan bangsa melayu dapat bersaing dalam dunia globalisasi ini, maka pada tahun 2000, beliau telah mengambil keputusan untuk menubuhkan PTS Publications & Distributors yang mengkhusus dalam penerbitan dan pengedaran buku-buku ilmu berbahasa melayu yang ditulis oleh para ilmuwan dan cendiakawan melayu. Kini, selain menyelia kerja-kerja di bahagian editorial, beliau juga terlibat secara aktif dan proaktif dalam memberi konsultansi, latihan dan bimbingan bagi menjayakan projek PTS dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB) bagi menterjemah pelbagai buku bahasa asing yang bermutu tinggi untuk bacaan dan rujukan rakyat Malaysia yang berbahasa Melayu.
Abdullah Hassan, B.A., M.A. (Mal.), Ph.D. (Edin.) Profesor Bahasa Melayu dan Komunikasi Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris Lahir di Teluk Anson (Intan), Perak, pada 20 Mac 1942. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Melayu Semanggol dan Teluk Intan, dan menengah di STAR Ipoh. Beliau mendapat ijazah Ph.D. dalam bidang Linguistik dari University of Edinburgh, Scotland (1972); dan M.A. (1969), B.A. (1967) dalam Linguistik Pengajian Melayu dari Universiti Malaya. Dr. Abdullah memulakan kerjaya akademiknya di Bahagian Pengajian Bahasa Melayu, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada bulan Mei 1972. Beliau berkhidmat di USM selama 25 tahun (Mei 72 - Mac 1997). Jawatan terakhir beliau di USM ialah Profesor Bahasa Melayu. Kemudian beliau menjadi Profesor Komunikasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur selama 4 tahun, (Julai 1997 - Jun 2001). Sekarang beliau memegang jawatan Profesor Bahasa Melayu dan Komunikasi di Fakulti Bahasa, UPSI, sejak Julai 2001. Bidang pengajaran dan penyelidikan beliau ialah:
Beliau pernah mendapat penghormatan anatarabangsa apabila diberi Zamalah Fullbright-Hays sebagai profesor kunjungan di Universiti California, Berkeley (1979, pensyarah perunding untuk terjemahan di Regional Language Centre, Singapura (1980) dan pemegang ke-4 Kerusi Tun Razak, di Universiti Ohio, Athens, AS, (1997-1999). Beliau telah menulis 27 buah buku mengenai bahasa, tatabahasa dan linguistik, dan menterjemah 11 buah buku. Di samping itu, bersama isteri beliau Ainon Mohd. Mereka telah menghasilkan 10 buku (berfikir), 8 (komunikasi), dan 10 (kamus).
Dalam perjuangan bahasa Melayu, beliau memperjuangkan bahasa Melayu, terutamanya bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan dan pentadbiran. Dr. Abdullah adalah ahli seumur hidup Persatuan Penterjemah Malaysia, Persatuan Linguistik Malaysia, Persatuan Wartawan Melayu Malaysia, dan Sahabat Alam Malaysia. Pada masa ini beliau adalah Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia. Beliau dan isterinya, Ainon Mohd., tinggal di Janda Baik. Di samping berkarya, mereka memberi khidmat kepada tiga projek amal di kampung tempat mereka tinggal, iaitu
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet