Buku

Kelab Rahsia Hati

oleh Zaryl Amzari

RM 19.00 / RM 21.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-408-072-3

Muka Surat: 352

Saiz: 4.5x7.25

Tarikh Terbit: 3 Sep 2014

Setiap insan yang dipertemukan di Kafe Nilam mempunyai rahsia. Masing-masing menyembunyikan rasa hati. Apabila mereka temui yang dicari, mereka bukan lagi insan-insan yang sama.

Arin: Dia tidak suka kepada mereka yang cantik. Orang yang cantik selalu mengada-ngada. Orang yang cantik akalnya cetek. Tetapi sebenarnya, dia juga mahu jadi cantik!

Hani: Pada mama dan papa, dia kata dia mahu jadi peguam berjaya! Sebenarnya, dia mengambil jurusan undang-undang hanya kerana dia jatuh cinta kepada peguam kacak dalam drama bersiri Legal Practice.

Hazrin: Dia mahu menjadi penyokong nombor satu Ayu, sahabat baik dan gadis manis pujaan hati. Masalahnya, Ayu mahu menjadi pelakon popular! Jika itu berlaku, Ayu akan turut menjadi pujaan orang lain!

Lelaki bermata coklat: Dia selalu makan di Kafe Nilam bukan kerana makanan di situ sedap, tetapi kerana kisah lamanya dengan gadis pramusaji berlesung pipit!

Tiada

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024