Harga: RM 13.50 / RM 15.50
ISBN-13: 978-967-5406-66-9
Tarikh Terbit: 2 Aug 2010
Jumlah Muka Surat : 256
Kategori: Kanak-Kanak, Kembara, Kembara Hafiz
Penerbit: PTS One Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Bab 1 Hafiz Juara!
Bab 2 Berkunjung ke Johor Bahru
Bab 3 Budak ataupun Dewasa
Bab 4 Kejutan Besar
Bab 5 Teka-Teki
Bab 6 Serba Salah
Bab 7 Kenangan Wani
Bab 8 Pening
Bab 9 Tekad
Bab 10 Rajin dan Malas
Bab 11 Tarikh Kahwin
Bab 12 Jiwa Izham
Bab 13 Semangat Rahsia
Siri Kembara Hafiz sudah sampai penghujung. Banyak perkara yang The Silver sudah lalui bersama.
The Silver dikejutkan dengan berita Hafiz menerima tiket penerbangan ke Guilin secara percuma. Malangnya Hafiz hanya menerima dua tiket. Siapa yang akan dibawa bersama? Izham pula semakin tertekan dengan sikap ibu bapanya yang terlalu mengongkong. Semuanya pergerakannya dipantau oleh ibu bapanya. Bagaimana Izham menangani masalah itu?
Si kembar pula baru mendapat berita berkenaan sakit ibu mereka. Barulah mereka tahu mengapa pemergian mereka ke Itali dibatalkan. Ibu si kembar menghidap sakit apa?
Semua persoalan ini akan terjawab dalam siri akhir Kembara Hafiz ini. Selamat membaca!

Kusyi Hirdan, anak kelahiran bandar di raja Kuala kangsar, Perak. Dibesarkan di Bukit Candan. Bakat semulajadi beliau dalam bidang penulisan diasah sejak usianya seawal 12 tahun. Dia mula menghantar berita ke radio dan akhirnya cerpen-cerpen ke majalah tempatan. Aktivit menulis di alam sekolah begitu dekat dengan hatinya. Kini, berkerjaya sebagai wartawan, Kusyi tidak hanya menulis genre kanak-kanak tetapi remaja dan juga dewasa. Novel peertamanya terhasil pada tahun 2006 dan selepas itu, 18 buah novel lagi menyusul termasuk novel bersiri. Sepanjang kerjaya di dunia kawartawanan dan penulisan, Kusyi dianugerahi: 1) Hadiah kewartawanan Malaysia- Penulis Majalah terbaik ( Bahasa melayu) pada tahun 2002. 2) Singapore Tourism Award- Penulis artikel Terbaik ( Bahasa Melayu) pada tahun 2005. 3) Hadiah saguhati dalam Pertandingan Menulis Skrip Berunsur Islam anjuran pihak IKIM.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet