Katalog

Kerjaya Dalam Bidang Perhotelan

Format: Paperback
ISBN-13: 978-983-3585-98-4
ISBN-10: 983-3585-98-1
Tarikh Terbit: 15 Mar 2007
Jumlah Muka Surat : 172

Kategori: Bisnes & Pengurusan, Kerjaya, Pendidikan, Kaunseling, Pendidikan Kerjaya, Pendidikan Umum

Siri:

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

RM 18.00

Harga Sabah/Sarawak: RM 21.00

Beli Online

Terkini, lengkap dan relevan sebagai panduan kerjaya serta rujukan para guru, kaunselor, pelajar dan ibu bapa.

Isi Kandungan

Prakata vii

Bab 1 Pengenalan

Bab 2 Eksekutif Housekeeper

Bab 3 Pengarah Makanan dan Minuman

Bab 4 Pengarah Sumber Manusia

Bab 5 Eksekutif Chef

Bab 6 Pengarah Kewangan

Bab 7 Pengurus Front Office

Bab 8 Pengarah Keselamatan

Bab 9 Pengurus Katering

Bab 10 Pengurus Pemasaran

Bab 11 Pengurus Pembelian

Bab 12 Chef De Partie (Dapur Melayu)

Bab 13 Demi Chef

Bab 14 Pembantu Garde-Manger Chef

Bab 15 Chef Pastri

Bab 16 Senior Sous Chef

Bab 17 Penyelia Bankuet

Bab 18 Pramusaji Bankuet

Bab 19 Penyelia Restoran I

Pemilihan pekerjaan yang sesuai adalah penting bagi kejayaan seseorang. Seseorang itu perlu mempunyai minat dan semangat yang tinggi dalam bidang yang diceburi. Sekiranya anda meminati apa yang dilakukan, anda dapat pergi jauh dalam bidang itu.

Penerbitan buku ini adalah tepat pada waktunya disebabkan perkembangan pesat industri perhotelan terutamanya di negara kita. Perkataan hotel, restoran, chef dan pastri menjadi sinonim dalam masyarakat kita. Justeru itu, buku ini dapat membantu mereka yang berminat menceburi bidang ini dan memahami jenis-jenis pekerjaan yang sesuai bagi mereka.

Penghasilan buku ini adalah berdasarkan kepada pengalaman dan pemerhatian penulis selama 15 tahun dalam bidang perhotelan dan hospitaliti. Industri ini merupakan industri yang terbesar di dunia dan banyak jenis bidang pekerjaan yang ditawarkan.

Buku ini memberikan pengetahuan berkaitan kelulusan, pengalaman serta kemahiran yang diperlukan bagi sesuatu jenis bidang pekerjaan di hotel. Anda juga dapat mengetahui kedudukan sesuatu jawatan di dalam carta organisasi hotel. Dengan pengetahuan ini anda dapat merancang masa hadapan anda dengan lebih teliti.

Buku ini disusun mengikut jenis-jenis pekerjaan di dalam bidang ini, iaitu dibahagikan kepada bahagian pengurusan dan operasi, termasuklah di bahagian hadapan dan belakang hotel seperti di bahagian kulinari.

Diharapkan buku ini dapat memberikan anda pengetahuan dan panduan kerjaya di dalam bidang perhotelan dan mengetahui aspek-aspek utama di dalam sesuatu pekerjaan. Sangat sesuai sebagai rujukan untuk kaunselor, guru, ibu bapa dan pelajar yang berminat menceburkan diri di dalam bidang perhotelan.

Karya Lain Penulis Ini

Buku berkaitan yang anda mungkin berminat