Misi Afiq dan Anis pada tahun ini adalah membeli baju raya yang cantik untuk kucing-kucing mereka sebanyak tujuh ekor dan mereka perlu mengumpul duit sendiri. Anis mengambil upah dengan membantu ibunya mengemas rumah, manakala Afiq pula mengambil upah dengan membasuh kereta ayahnya. Selepas membuat anggaran belanjawan, Anis dan Afiq mula berjimat dan menyimpan duit bagi memastikan kucing-kucing mereka dapat bergaya dengan memakai baju raya pada haru raya yang bakal menjelang. Oleh kerana terlalu sibuk dengan urusan baju raya kucing-kucing keluarga mereka, Anis dan Afiq terlupa baju raya sendiri.