Makan Gaji tetapi Kaya (Edisi Kemas Kini)

oleh Shamsuddin Abdul Kadir

Harga: RM 20.00 / RM 22.00
ISBN-13: 978-967-369-023-7
e-ISBN: 978-967-369-165-4
Tarikh Terbit: 25 Jun 2010
Jumlah Muka Surat : 200

Kategori: Bisnes & Pengurusan, Kewangan

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Beli Versi Ebook dengan harga RM 11.99

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Penghargaan

Pendahuluan

BAB 1 : Bom Jangka yang Bakal Meletup

BAB 2 : Mengapa Kita Bekerja?

BAB 3 : Dilema Pekerja Makan Gaji

BAB 4 : Keburukan Menjadi Pekerja Kolot

BAB 5 : Pekerja yang Super

BAB 6 : Mengapa Kita Perlu Berubah?

BAB 7 : Uruskan Aliran Wang Masuk dan Keluar

BAB 8 : Menjana Pendapatan Alternatif

BAB 9 : ‘Mesin Cetak Wang’ Kelas Pertama

BAB 10: Halangan Menjadi Kaya

BAB 11: Cipta Pelbagai Sumber Pendapatan

BAB 12: Satu Pelaburan Terbaik

BAB 13: Faktor yang Perlu Diambil Kira

BAB 14 : Bagimana Hartanah Menjadikan Kita Kaya

BAB 15 : Membina Aura Dalaman

BAB 16 : Melengkapkan Diri Dengan Ilmu

BAB 17 : Membina Empayar

BAB 18 : Mencapai Taraf Stabil

Biodata Penulis

Sinopsis

Bekerja makan gaji bermaksud bekerja dengan dibayar gaji yang tetap setiap bulan. Bekerja makan gaji memang selesa dan kurang berisiko berbanding seorang usahawan. Namun, Timbul juga keinginan yang meluap-luap oleh si pekerja makan gaji bagi mengumpulkan harta tambahan untuk anak-anak mereka.

 

Mahu tambah pendapatan dan harta, tanpa berhenti kerja makan gaji? Berkawanlah dengan buku ini.

 

Makan Gaji tetapi Kaya (Edisi Kemas Kini) akan membantu kita bagi mengenali beberapa teknik:

- Bagaimana menjana pendapatan aktif

- Bagaimana menjana pendapatan pasif

- Bagaimana mengurus wang keluar masuk

- Bagaimana melabur wang dalam pelaburan hartanah

 

Shamsuddin Kadir, perintis teori Smart Kaya yang mengutamakan prinsip melonjak kekayaan dengan bermodalkan apa sahaja yang ada di tangan. Makan Gaji tetapi Kaya kali ini, dalam edisi kemas kini menampilkan beberapa tip Smart Kaya berserta input segar yang lain, bertepatan dengan cuaca ekonomi semasa di Malaysia.

Info Penulis

Shamsuddin Abdul Kadir, jurulatih atau penceramah kewangan peribadi dan motivasi kerjaya. Biarpun beliau graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), beliau berpengalaman hebat dalam bidang kewangan, pentadbiran, pemasaran, operasi dan hartanah. Dengan segala kepakaran itu, beliau kongsikan ilmu itu kepada sesiapa sahaja melalui kursus, bengkel dan ceramah seperti:
• Kursus menyelesaikan hutang peribadi
• Pelaburan hartanah
• Motivasi kerjaya
• Pengurusan stres
• Motivasi dimensi
• Panduan menguruskan hidup (berdasarkan gaji bagi orang perseorangan, kakitangan kerajaan dan swasta)

Maka, lahir satu teori unik yang mudah diikuti oleh semua rakyat Malaysia, sesuai bagi semua golongan. Teori ini dinamakan Teori Smart Kaya, iaitu sebuah prinsip pelonjak kekayaan yang khusus bermodalkan dengan apa sahaja yang ada di tangan.

Ekoran daripada itu, beliau diundang khas bagi menyampaikan tazkirah kewangan Islam di masjid dan surau serta aktif menulis di dalam majalah berkala tempatan termasuk Dewan Ekonomi. Beliau juga selalu
dijemput ke ruang konti Radio IKIM dan Radio 24 dalam segmen Bicara Buku dan Bicara Bijak. Rancangan televisyen pula ialah Motivasi Pagi, MHI (TV3), ‘Gen X’ remaja (RTM) dan banyak lagi.

Kini, beliau aktif menyampaikan kursus dan ceramah di pejabat-pejabat kerajaan, swasta dan NGO (non-profit organisation). Beliau turut menjayakan kursus motivasi bagi pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. Antara organisasi yang tidak melepaskan peluang ini adalah:
• Lembaga Hasil dalam Negeri
• Majlis Sukan Negara
• Akademi Percukaian Malaysia
• Majlis Perbandaran Port Dickson
• Universiti Teknologi Malaysia Melaka
• Institut Kajian Perhutanan Malaysia (FRIM)
• Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam
• Sekolah Rendah Agama Padang Jawa, Klang, dan banyak lagi.

Bagi mengundang penulis berbicara dalam mana-mana acara, hubungi beliau dengan menghantar e-mel ke alamat info@shamsuddinkadir.com ataupun layari laman web www.shamsuddinkadir.com.

Buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang ini ditulis bagi menyelesaikan kekusutan yang dialami oleh orang yang berhutang. Ia juga bertujuan memberi jawapan yang bersesuaian sekiranya kita tidak
mempedulikannya. Hutang ibarat api, kecil-kecil menjadi kawan, besar jadi lawan.

Buku-buku beliau yang sedang dalam pembikinan adalah:
• Menjana mesin duit yang bekerja 24 jam walaupun kita sedang tidur.
• Dilema seorang pekerja.
• Tidak perlu duit bagi membuat duit

dan banyak lagi yang akan menemui kita semua.

Sekiranya kita ada sebarang masalah berkaitan duit dan ingin berkongsi bersama penulis dan pembaca lain, kemukakan soalan ke e-mel ataupun tinggalkan jejak di laman web beliau. Beliau akan menjawab masalah kita dengan mantap dan segera.

www.shamsuddinkadir.com
E-mel: info@shamsuddinkadir.com
Bagi latihan ataupun training, dipersilakan Tuan dan Puan melayari www.sk.my ataupun emelkan ke info@sk.my
Tel: 03 4142 5300 Fax : 03 4142 7300

Buku lain oleh penulis ini

  • Kaya dengan Rumah
    RM 17.00 / RM RM20.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3586-36-3
    ISBN-10: 983-3586-36-8
    Tarikh Terbit: 08 Feb 2008
  • Buat Duit Dengan Rumah
    RM 18.00 / RM 21.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3586-07-3
    ISBN-10: 983-3586-07-4
    Tarikh Terbit: 25 Aug 2008
  • Usahawan Cilik: Biskut Ajaib
    RM 11.50 / RM 13.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3586-95-0
    Tarikh Terbit: 17 Sep 2008
  • Usahawan Cilik: Garaj Aiman
    RM 13.50 / RM 15.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3586-91-2
    Tarikh Terbit: 17 Oct 2008
  • Usahawan Cilik - Tukang Gunting Terbang
    RM 15.50 / RM 17.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5226-36-6
    Tarikh Terbit: 20 Apr 2009
  • Hidup Tenang Walaupun Berhutang (Edisi Kemas Kini)
    RM 20.00 / RM 22.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-369-010-7
    Tarikh Terbit: 25 Mar 2010
  • Makan Gaji tetapi Kaya (Edisi Kemas Kini)
    RM 20.00 / RM 22.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-369-023-7
    Tarikh Terbit: 25 Jun 2010
  • Usahawan Cilik: Raja Sosej dan Ratu Mayonis
    RM 14.50 / RM 16.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-369-107-4
    Tarikh Terbit: 23 Dec 2011
  • Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta
    RM 25.00 / RM 27.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-411-020-8
    Tarikh Terbit: 14 Jun 2012

Temubual bersama penulis