Mega Leader MLM: Bimbing dan Komunikasi

oleh Mohd Rozani Pawan Chek

Harga: RM 15.50 / RM 17.50
ISBN-13:
ISBN-10: 978-967-5226-77-9
Tarikh Terbit: 27 Jan 2010
Jumlah Muka Surat : 162

Kategori: Bisnes & Pengurusan, Keusahawanan

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Asas Terpenting dalam MLM

Tip 1: Francais Manusia.

Tip 2: Lima Jenis Bantuan.

Tip 3: Apa Itu Servis?

Tip 4: Konsep 80/20.

Tip 5: Meeting.. Meeting.. Meeting..

Tip 6: Pentingnya Mesyuarat dan Latihan.

Tip 7: Mengendali Meeting. Peranan Upline

Tip 8: Leader dalam MLM.

Tip 9: Apa yang perlu ada pada leader.

Tip 10: Komitmen Leader.

Tip 11: Leader Hebat.

Tip 12: Upline Kelas Satu.

Tip 13: Kekuatan Dalaman Upline.

Tip 14: Apa Upline Wajib Buat dalam MLM?

Tip 15: Realiti Kepimpinan.

Tip 16: Kualiti si “helpman”

Tip 17: Melajukan Downline.

Tip 18: Sentuh, dan Tukar.

Tip 19: Menjadi Pemimpin Proaktif. Peranan Downline

Tip 20: Carilah upline yang lebih tinggi.

Tip 21: Mendalam

Tip 22: Taja Gaya Mencucuk Sate.

Tip 23: Taja Gaya Melebar.

Tip 24: Fokus dalam MLM.

Tip 25: Bina Kumpulan Paling Kukuh.

Tip 26: Komitmen ketika Merekrut.

Tip 27: Teknik 5C.

Tip 28: Setelah Kumpulan Menjadi Kukuh.

Tip 29: Duplikasi. Komunikasi Upline-Downline

Tip 30: Cinta Pandang Pertama.

Tip 31: Skil Komunikasi.

Tip 32: Komunikasi yang Gagal Menjual.

Tip 33: Seni Komunikasi Magnet.

Tip 34: Personaliti Magnetik.

Tip 35: Teknik 10E.

Tip 36: Sentiasa Tee-Up.

Tip 37: Pujian Ikhlas.

Tip 38: ROME.

Tip 39: Nak duit harus Do IT.

Sinopsis

Bimbing dan Komunikasi, membawa anda mengenali dan mahir menggunakan senjata terhebat, iaitu komunikasi. Gabungan kekuatan upline-downline pasti membuahkan kejayaan dalam MLM. Jika anda pernah bergelar penggiat MLM, mungkin anda pernah berhabis ratusan ringgit untuk menaja downline.

Anda juga mungkin pernah meredah lembah gunung beratus kilometer serta berpanas hujan untuk merekrut. Namun, semua pengorbanan itu sia-sia sahaja? Jika anda baru berjinak-jinak untuk menyertai MLM, mungkin banyak mitos dan khabar buruk yang diceritakan kepada anda. Mungkin juga anda belum cukup bersedia untuk bergelar upline disebabkan kurangnya keyakinan diri. Bagaimana boleh jadi begitu?

Berhenti mendengar tohmahan itu. Jawapannya ada di tangan anda sekarang. Siri Mega Leader MLM merangkumi tiga judul berikut:

  • Prospek dan Taja – Fasa mula, memahami kekuatan dalam MLM. 
  • Bimbing dan Komunikasi – Fasa optimum, mencantum sinergi upline - downline. 
  • Ingin Jadi Super Upline? - Fasa klimaks, menjadi upline yang luar biasa. 


Rozani Pawan Chek, terkenal sebagai pakar kuasa minda dan pengamal aura MLM. Penulis Kuasa Minda Separa Sedar yang laris sebelum ini adalah seorang yang berpengalaman luas dalam memotivasikan penggiat MLM dan dianggap pencetus revolusi dunia MLM di Malaysia.

Siri Mega Leader MLM ini diharap dapat menjawab apa sebenarnya maksud istilah Mega Leader dalam MLM.

Info Penulis

Mohd Rozani bin Pawan Chek adalah adalah pakar motivasi bagi syarikat-syarikat yang berteraskan jualan langsung atau jualan pelbagai peringkat (Multilevel Marketing). Beliau berpengalaman lebih 10 tahun dalam perniagaan MLM. Banyak pengalaman yang beliau perolehi sepanjang berkecimpung dalam kancah perniagaan MLM ini.

Seperti insan yang lain, beliau pada mulanya terlibat dengan beberapa syarikat seperti Amway, Revel, Smartlife, Zhulian, Profit Net serta lain-lain syarikat lagi. Walaupun orang lain sering berkata kalau gagal, usahlah terlibat dengan perniagaan MLM lagi, namun, beliau tidak patah semangat.

Beliau sentiasa belajar, belajar dan belajar. Beliau mendapat ilmu dan tunjuk ajar daripada beberapa jutawan MLM, seminar-seminar, kursus-kursus dan pengalaman sendiri. Beliau sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata bagi mendapatkan ilmu perniagaan yang unik ini.

Mohd Rozani juga pernah menjadi tenaga pengajar bagi melatih ahli-ahli baru yang berkecimpung dalam MLM. Kini, beliau memiliki perniagaan sendiri iaitu G-Kreatif Enterprise yang menjalankan perniagaan Mail Order yang berteraskan MLM.

Di samping meneruskan tugas sebagai guru di Sek. Keb. Nik Daud Jakar, Ayer Lanas, Tanah Merah Kelantan, beliau juga melatih para usahawan MLM dalam teknik penggunaan minda separa sedar. Ini bertujuan meningkatkan kualiti dan kehebatan diri dalam perniagaan MLM.

Mohd Rozani tidak pernah memandang rendah setiap syarikat MLM. Baginya, setiap syarikat ada kelebihan yang tersendiri. Beliau ingin menjadi seperti idolanya iaitu Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, Tuan Anuar Nik Him dan jutawan Azman Chin.

Buku lain oleh penulis ini

  • Menjadi Jutawan MLM
    RM 20.00 / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 983-3376-71-1
    Tarikh Terbit: 18 Oct 2005
  • Kuasa Minda Separa Sedar
    RM 22.00 / RM 25.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3585-16-8
    ISBN-10: 983-3585-16-7
    Tarikh Terbit: 22 Mar 2006
  • Buat Duit Dari Rumah
    RM 25.00 / RM 28.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: -983-3585-26-4
    Tarikh Terbit: 27 Apr 2006
  • Edisi Jimat: Menjadi Jutawan MLM
    RM 17.00 / RM 19.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3585-12-0
    Tarikh Terbit: 12 Sep 2008
  • Mega Leader MLM: Prospek dan Taja
    RM 16.50 / RM 18.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 978-967-5226-76-2
    Tarikh Terbit: 27 Jan 2010
  • Mega Leader MLM: Bimbing dan Komunikasi
    RM 15.50 / RM 17.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 978-967-5226-77-9
    Tarikh Terbit: 27 Jan 2010
  • Mega Leader MLM: Ingin Jadi Super Upline?
    RM 18.00 / RM 20.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 978-967-5226-84-7
    Tarikh Terbit: 27 Jan 2010

Temubual bersama penulis