Katalog

Memimpin Kaunseling Kelompok

Format: Paperback
ISBN-13:
ISBN-10: 978-983-3585-59-5
Tarikh Terbit: 27 Jul 2006
Jumlah Muka Surat : 0

Kategori: Pendidikan, Kaunseling, Pendidikan Umum

Siri:

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

RM 26.00

Harga Sabah/Sarawak: RM 29.00

Beli Online

Panduan berkesan untuk kaunselor, guru, pelajar bidang psikologi pendidikan dan pemimpin kelompok kaunseling

Prakata

Bab :1 Pengenalan Kelompok
Kelompok Tugasan
Kelompok Bimbingan
Kelompok Perkembangan ataupun Pengalaman
Kelompok Bantu Diri
Kelompok Psikoterapi
Kelompok Kaunseling ataupun terapeutik
Kelebihan Kaunseling Kelompok Berbanding
Kaunseling Individu
Limitasi Penggunaan Kaunseling Kelompok
Sebagai Cara Rawatan
Matlamat dalam Kaunseling Kelompok
Faktor-faktor Terapeutik dalam Kelompok
Rumusan

Bab :2 Ciri dan Fungsi Pemimpin Kelompok
Ciri-ciri Personaliti Pemimpin
Pengalaman dan Kelayakan
Fungsi Pemimpin
Rumusan

Bab :3 Gaya Kepimpinan Kelompok
Gaya Kepimpinan Kelompok
Gaya Kepimpinan Authoritarian
Gaya Kepimpinan Demokratik
Gaya Kepimpinan Laissez Faire
Kesan Gaya Kepimpinan kepada Ahli Kelompok
Menggabungkan Gaya Kepimpinan yang Berbeza
Rumusan

Bab :4 Peringkat Perkembangan Kelompok
Peringkat Pembentukan Kelompok
Menjelaskan jangkaan mutual
Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan
oleh pemimpin
Peringkat Permulaan
Peringkat Transisi
Peringkat Pelaksanaan
Peringkat Terakhir
Rumusan

Bab :5 Kemahiran Asas Pemimpin Kelompok
Kemahiran Am Kaunseling
Kemahiran Khusus Kaunseling Kelompok
Rumusan

Bab :6 Pengurusan Konflik dalam Kelompok
Panduan Melakukan Campur Tangan ataupun
Intervensi dengan Berkesan
Jenis Konflik dan Pengurusannya
Rumusan

Bab :7 Kelompok Psikoanalisis
Prinsip-prinsip Asas
Matlamat Kelompok
Peranan Pemimpin
Proses Kelompok
Teknik-teknik Psikoanalisis
Rumusan

Bab :8 Kelompok Analisa Transaksional
Prinsip-prinsip Asas
Matlamat Kelompok
Peranan pemimpin
Proses Kelompok
Rumusan

Bab :9 Kelompok Terapi Tumpuan Klien
Prinsip-prinsip Asas
Matlamat Kelompok
Peranan Pemimpin
Proses Kelompok
Rumusan

Bab :10 Kelompok Terapi Adler
Prinsip-prinsip Asas
Matlamat Kelompok
Peranan Pemimpin
Proses Kelompok
Rumusan

Bab :11 Kelompok Terapi Realiti
Prinsip-prinsip Asas
Matlamat Kelompok Terapi Realiti
Peranan Pemimpin
Proses Kelompok
Rumusan

Bab :12 Kelompok Terapi Tingkah Laku
Prinsip-prinsip Asas
Matlamat Kelompok
Peranan Pemimpin
Proses Kelompok
Teknik-teknik Tingkah Laku
Rumusan

Bab :13 Kepimpinan Bersama dalam Kelompok
Model-model Kepimpinan Bersama
Memilih Pemimpin Bersama dan Merancang
Sesi Kelompok
Faedah Pelaksanaan Kepimpinan Bersama
Batasan-batasan Kepimpinan Bersama
Membina Hubungan Pemimpin Bersama
yang Produktif
Rumusan

Bab :14 Etika dalam Kaunseling Kelompok
Persediaan dan Kelayakan Pemimpin
Kerahsiaan Sesi Kelompok
Proses Screening dan Hak Ahli
Dwi Hubungan
Hubungan Antara Ahli
Penggunaan Teknik dan Latihan dalam Kelompok
Memberi Layanan yang Sama Rata untuk Ahli
Larangan Menggunakan Kelompok
bagi Kepentingan Peribadi
Pengetahuan Berkaitan Topik yang Dibincangkan
Penyimpanan Rekod
Membuat Rujukan
Penamatan dan Sesi Susulan
Membuat Keputusan yang Beretika
Salah Amalan atau Malpractice
Rumusan

Bab :15 Aktiviti dalam Kelompok
Pemilihan Aktiviti ataupun Latihan dalam
Kaunseling Kelompok
Memperkenalkan Aktiviti
Aktiviti Peringkat Orientasi
Aktiviti Peringkat Peralihan
Aktiviti Peringkat Pelaksanaan
Aktiviti Peringkat Penamatan
Rumusan

Rujukan

Index

Buku ini merangkumi semua aspek kepimpinan kelompok kaunseling secara terperinci. Setakat ini, belum lagi terdapat buku kepimpinan kelompok dalam bahasa Melayu yang boleh menjadi garis panduan yang lengkap bagi rujukan kaunselor dan bakal-bakal kaunselor kelompok di Malaysia. Oleh itu, buku ini dapat membantu semua kaunselor dan bakal kaunselor kelompok bagi menyelami, memahami dan mengamalkan kepimpinan kelompok dengan lebih berkesan.

Buku ini menumpukan khas kepada kepimpinan kelompok kaunseling. Memimpin kelompok kaunseling adalah satu seni dan beberapa komponen penting diperlukan bagi menghasilkan seorang pemimpin yang benar-benar layak memimpin kelompok kaunseling. Komponen-komponen tersebut adalah personaliti kaunselor, pengetahuan berkaitan teori dan dinamik, kemahiran praktikal dan pengalaman berasaskan pengalaman. Dengan mengambil kira semua komponen tersebut, 15 bab disediakan di dalam buku ini bagi membantu dan membimbing pembaca memantapkan diri sebagai pemimpin kelompok ataupun sekadar memahami proses kaunseling kelompok itu sendiri.

Bab satu memperkenalkan pembaca kepada beberapa jenis kelompok yang biasa dilaksanakan dalam perhubungan membantu. Ia membekalkan pengetahuan am kepada pembaca berkaitan ciri-ciri unik setiap jenis kelompok dan perbezaan yang terdapat antara kelompok tersebut. Bab 2 dan Bab 3 pula menumpukan kepada aspek pemimpin kelompok sebagai individu. Antara yang dibicangkan adalah, ciri personaliti, fungsi, kelayakan yang diperlukan di kalangan pemimpin kelompok, serta gaya kepimpinan yang dapat digunakan semasa memimpin kelompok.

Seterusnya bab empat menerangkan berkaitan peringkat-peringkat yang dilalui oleh sebuah kelompok kaunseling. Tumpuan diberi kepada ciri-ciri utama, tugas perkembangan ahli dan peranan pemimpin di setiap peringkat dalam proses kelompok tersebut. Bab lima dan bab enam pula memberi garis panduan kemahiran praktikal daripada segi kemahiran asas pemimpin kelompok dan kaedah-kaedah menangani konflik dalam kelompok.

Pendekatan teori juga memainkan peranan penting dalam pelaksanaan kelompok yang berkesan. Oleh itu Bab 7 hingga 12 menumpukan kepada enam teori terpilih yang dapat digunakan semasa memimpin kelompok. Setiap teori diterangkan dengan terperinci merangkumi prinsip asasnya, matlamat kelompok, peranan pemimpin, proses kelompok dan teknik-teknik yang dapat dilaksanakan secara praktikal dalam kelompok.

Memimpin kelompok adalah satu tugas yang mencabar dan ada kalanya memerlukan gandingan dua orang kaunselor yang berpengalaman. Bab 13 mengenengahkan kaedah kepimpinan bersama bagi membantu kaunselor memimpin kelompok dengan lebih berkesan. Pembaca memahami kelebihan dan kekurangan mengendalikan kelompok secara bersama di samping diberi beberapa garis panduan bagi memastikan kejayaan kerjasama antara pemimpin. Seterusnya Bab 14 tidak melupakan aspek etika yang menjadi landasan perlaksanaan kaunseling yang profesional. Akhir sekali, Bab 15 memperkenalkan beberapa aktiviti menarik yang dapat dijadikan panduan kepada pemimpin kelompok terutamanya pemimpin baru agar sesi kelompok bukan sekadar perbincangan yang hambar, sebaliknya lebih bertenaga dan produktif.

Secara peribadi, penulis tidak setuju jika kepakaran seseorang kaunselor kelompok hanya bergantung kepada pengetahuannya berkaitan dinamik dan teori semata-mata. Bagi menjadi pemimpin yang berkesan, pengetahuan yang diperolehi daripada buku ini mesti disusuli dengan pengalaman berasaskan pengalaman sama ada dengan menjadi ahli sesebuah kelompok ataupun mengendalikan kelompok itu sendiri. Ini kerana pengetahuan melalui pembacaan sahaja tidak akan menjamin seseorang itu layak menjadi pemimpin kelompok yang berketrampilan.

Semoga usaha ini diberkati Tuhan kerana tujuan penulisan buku ini lahir dengan niat bagi melahirkan pemimpin kelompok yang berkesan agar dapat membantu lebih ramai individu melalui kaunseling kelompok. Buku seumpama ini dapat melengkapi latihan yang diperolehi oleh bakal-bakal kaunselor di IPT di Malaysia dan juga mampu dijadikan panduan oleh kaunselor yang sedia mengamalkan kaunseling kelompok.

Buat pembaca sekalian, selamat menimba ilmu daripada buku ini. Semoga ilmu yang kita miliki bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain.

Karya Lain Penulis Ini

Buku berkaitan yang anda mungkin berminat