Harga: RM 18.90 / RM 20.90
ISBN-13: 978-983-3654-80-2
ISBN-10: 983-3654-80-0
Tarikh Terbit: 22 Mar 2009
Jumlah Muka Surat : 348
Kategori: Novel Dewasa, Mengapa Aku...
Penerbit: PTS One Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
-
Dua tahun sudah berlalu. Banyak perkara sudah berubah. Izaz Noraini penampilannya sudah semakin hebat! Loli sudah hilang, Ali kembali menjelma. Dengki-mendengki masih berterusan. Ada sahaja yang berlaku.Yang pasti, Izaz Noraini sudah bergelar pelajar sambilan.
Adakah ini bermakna dia tidak akan melepaskan jawatan sebagai Pengetua Kolej Elita sebaliknya bersedia memikul tanggungjawab itu sambil-sambil menyambung pelajaran?

Kusyi Hirdan, anak kelahiran bandar di raja Kuala kangsar, Perak. Dibesarkan di Bukit Candan. Bakat semulajadi beliau dalam bidang penulisan diasah sejak usianya seawal 12 tahun. Dia mula menghantar berita ke radio dan akhirnya cerpen-cerpen ke majalah tempatan. Aktivit menulis di alam sekolah begitu dekat dengan hatinya. Kini, berkerjaya sebagai wartawan, Kusyi tidak hanya menulis genre kanak-kanak tetapi remaja dan juga dewasa. Novel peertamanya terhasil pada tahun 2006 dan selepas itu, 18 buah novel lagi menyusul termasuk novel bersiri. Sepanjang kerjaya di dunia kawartawanan dan penulisan, Kusyi dianugerahi: 1) Hadiah kewartawanan Malaysia- Penulis Majalah terbaik ( Bahasa melayu) pada tahun 2002. 2) Singapore Tourism Award- Penulis artikel Terbaik ( Bahasa Melayu) pada tahun 2005. 3) Hadiah saguhati dalam Pertandingan Menulis Skrip Berunsur Islam anjuran pihak IKIM.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet