Mengurus Seminar dan Konferens

oleh Samsudin Wahab

Harga: RM 20.00 / RM 23.00
ISBN-13:
ISBN-10: 983-3585-17-5
Tarikh Terbit: 26 Jun 2006
Jumlah Muka Surat : 176

Kategori: Bisnes & Pengurusan, Pengurusan

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Sekapur Sirih
Prakata
Bab 1: Seminar dan Konferens
Seminar
Konferens
Keperluan Mengadakan Seminar dan Konferens
Rumusan

Bab 2: Merancang Seminar dan Konferens
Keperluan Merancang
Objektif Merancang
Pembentukan Carta Aliran

Bab 3: Membentuk Jawatankuasa
Menubuhkan Jawatankuasa
Jenis Jawatankuasa Seminar dan Konferens
Rumusan

Bab 4: Menentukan Tema
Tema
Menetapkan Tema
Kaitan Tema dan Objektif
Objektif dan Mengukur Keberkesanan Acara

Bab 5: Format Seminar dan Konferens
Jenis-jenis Seminar dan Konferens
Penentuan Format
Atur Cara Seminar dan Konferens

Bab 6: Peruntukan Belanjawan
Belanjawan Seminar
Mendapat Sumber Kewangan bagi Seminar
Jenis-jenis Belanjawan
Kepentingan Bajet
Proses Menyediakan Bajet
Membentuk Aliran Tunai
Kesan Kos dengan Masa Pembetulan Kesilapan Kendalian Seminar

Bab 7: Memilih Tarikh
Merancang Tarikh Aktiviti
Memilih Tarikh
Faktor Pemilihan Tarikh

Bab 8: Mengurus Keperluan Logistik Acara
Mengurus Lojing Acara
Bajet dan Perbelanjaan Lojing
Peranan Penganjur yang Baik dan Berkesan
Panduan Memilih Lojing
Khidmat Pelanggan
Khidmat Produk
Sumber Kemudahan
Memilih Lokasi
Teknik Logistik
Peta Tapak

Bab 9: Kemudahan Seminar dan Persekitaran Lokasi
Maklumat Pengangkutan VVIP, VIP dan Peserta Seminar
Kaedah Pengangkutan
Maklumat Penginapan dan Pendaftaran
Kawasan Letak Kereta dan Penempatan Barangan
Papan Tanda dan Maklumat Kemudahan Dalaman
Papan Tanda Awam
Tanda Penunjuk Arah

Bab 10: Menyediakan Makanan dan Kudapan
Perancangan Makanan Seminar
Menjadual dan Menyediakan Makanan
Menu Makanan
Kaedah Menyediakan Makanan

Bab 11: Mengurus Dewan Seminar dan Konferens
Persediaan Umum
Dewan Perasmian
Back Drop Acara Perasmian
Menyusun Pentas Perasmian
Meja dan Kerusi Peserta
Alat Bantuan Pembentangan

Bab 12: Pendaftaran Peserta
Persiapan Pendaftaran Peserta Acara

Bab 13: Profil Peserta Seminar dan Konferens
Mengenali Peserta Seminar
Maklumat Umum ataupun Biodata Peserta

Bab 14: Memasarkan Seminar dan Konferens
Strategi Pemasaran Acara
Menetapkan Misi dan Objektif Acara
Analisis SWOT
Analisis TOWS
Strategi Campuran Pemasaran dalam Menganjurkan Seminar

Bab 15: Prosedur Keselamatan Semasa Seminar
Keselamatan Peserta Seminar
Keselamatan Persekitaran
Keselamatan Peralatan Seminar
Keselamatan Makanan yang Disaji

Bab 16: Penilaian Acara
Tujuan Penilaian Acara
Jenis Penilaian
Borang Penilaian
Mengedar Soalan Penilaian

Lampiran
Lampiran 1: Contoh Borang
Pendaftaran Seminar
Lampiran 2: Contoh Borang
Biodata Pembentang
Lampiran 3: Contoh Surat Terima
Abstrak
Lampiran 4: Contoh Atur Cara
Keseluruhan Konferens
Lampiran 5: Contoh Sesi Berkala
Pembentangan Konferens
Lampiran 6: Contoh Format Persediaan
Poster Pembentangan
Lampiran 7: Contoh Iklan Bengkel ataupun
Seminar Penyelidikan
Lampiran 8: Contoh Kertas Kerja
Seminar Dalaman
Lampiran 9: Contoh Borang Pendaftaran
dan Notis Jemputan
Rujukan
Indeks

Sinopsis

Seminar dan konferens adalah salah satu saluran ilmu yang penting. Setiap organisasi sama ada badan berkanun, swasta ataupun institusi pendidikan sentiasa menganjurkan seminar ataupun konferens bagi memastikan peserta mendapat input yang bermanfaat.

Mengurus Seminar dan Konferens adalah hasil kajian Samsudin Wahab mengenai seminar dan konferens yang terbukti efektif. Anda akan mengetahui:

  • Cara mengendalikan seminar dan konferens yang dinamik dan efektif.
  • Peruntukan belanjawan bagi menganjurkan sesebuah seminar ataupun konferens.
  • Perancangan dalam memilih tarikh, masa dan lokasi program. 
  • Promosi terbaik bagi menarik kehadiran peserta. 
  • Aspek keselamatan semasa program. 
  • Penilaian kualiti ataupun matlamat program.

Info Penulis

En Samsudin Wahab dilahirkan di sebuah pekan kecil barat daerah Baling bersempadan daerah Kulim, Kedah pada 31 Oktober 1966. Bukanlah dari keluarga berada, lahir di sebuah kawasan perladangan dan kampung berlatarbelakangkan penoreh getah dan sawah padi. Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Malau, Kulim di ikuti Sekolah Menengah Labu Besar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim di Kedah antara tahun 1979 hingga tahun 1984. Ketika mengikuti pengajian rendah dan menengah, beliau banyak menghabiskan masa membantu keluarga di sawah dan ladang getah. Berkat usaha gigih beliau selepas SPM beliau telah berjaya melanjutkan pengajian di Universiti Pertanian Malaysia (Sekarang ini Universiti Putra Malaysia) dalam program B. Sc. (Perniagaantani) dan bergraduat pada tahun 1989.

Pada tahun 1992 setelah 3 tahun menceburi sektor perkilangan, En Samsudin telah berjaya mendapat tempat untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Bermula dari tarikh lulus Diploma Pendidikan ini beliau menceburi kerjaya sebagai Guru Akaun, Perdagangan dan Ekonomi di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Panjang, Kupang, Baling Kedah. Pada tahun keempat menjadi guru, beliau menyambung pengajian secara separuh masa di Universiti Utara Malaysia, Kampus Sungai Petani. Selepas hampir enam tahun mengajar di sekolah menengah, En Samsudin mohon bertukar ke Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang dan mengajar di Jabatan Perdagangan selama 2 tahun mulai 1999 hingga 2001. 

Setelah lulus program separuh masa Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di UUM pada akhir 2000, En Samsudin mencuba nasib untuk memohon jawatan pensyarah di IPTA tempatan. Akhirnya beliau berjaya dalam temuduga sebagai pensyarah di Universiti Teknologi MARA dan ditempatkan di Kampus Terengganu pada 1 July, 2001. Walaupun baru menjadi warga kampus di UiTM Terengganu, En Samsudin percaya bahawa kejayaan terletak dimana-mana saja dengan syarat ada usaha ke arah itu. Akhirnya dengan pengalaman yang ada dalam bidang pendidikan, En Samsudin berjaya menulis beberapa buah buku untuk bacaan umum antaranya Pengurusan Dan Teknologi Pejabat, Mengurus Dan Mentadbir Pejabat, Mengurus Majlis Dan Acara Rasmi serta buku Panduan Protokol Dan Tatatertib Majlis. Kesemua buku diterbitkan oleh PTS mulai tahun 2003.

Sebagai pensyarah juga En Samsudin banyak melibatkan diri dalam bidang penyelidikan dan telah berjaya membentangkan beberapa hasil penyelidikan di seminar kebangsaan dan seminar antarabangsa. Antara negara-negara yang pernah dikunjungi oleh En Samsudin untuk pembentangan kertas kerja ialah Indonesia, Thailand dan Korea. Antara kertas penyelidikan En Samsudin yang telah banyak mendapat tawaran pembentangan ialah mengenai Cabaran Penerapan Teknologi Pejabat di Dalam Organisasi , Strategi Pembelajaran Komputer di Kalangan Staf Senior, Tinjauan Amalan Nilai Murni Dalam Perkhidmatan Kaunter Awam dan Cabaran ICT kepada Usahawan Melayu di Pantai Timur.

Anugerah yang pernah diterima oleh En Samsudin Wahab sepanjang perkhidmatannya di Universiti Teknologi MARA ialah Anugerah Khidmat Cemerlang Tahun 2003 dan Anugerah Penyelidik Harapan UiTMT Tahun 2003. Sekarang En Samsudin sedang menikuti pragram PhD.  secara sambilan di universiti tempatan.

Buku lain oleh penulis ini

  • Surat, Minit Mesyuarat, Dokumen Perniagaan & Laporan
    RM 19.00 / RM 22.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 983-3376-29-0
    Tarikh Terbit: 27 Jul 2005
  • Eksekutif Efektif
    RM 20.00 / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 983-3585-09-4
    Tarikh Terbit: 01 Jun 2006
  • Mengurus Seminar dan Konferens
    RM 20.00 / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 983-3585-17-5
    Tarikh Terbit: 26 Jun 2006
  • Mengurus Majlis & Acara Rasmi
    RM 20.00 / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 978-983-3585-38-0
    Tarikh Terbit: 01 Jul 2006
  • Daripada Baik kepada Hebat: 30 Cara Berfikir untuk Menjadi Eksekutif Cemerlang
    RM 21.00 / RM 24.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 983-3603-87-4
    Tarikh Terbit: 28 Jul 2006
  • Panduan Protokol dan Tatatertib Majlis
    RM 20.00 / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 983-3585-66-3
    Tarikh Terbit: 25 Sep 2006
  • Beres Bos: Tip Mengurus Rutin Harian Pejabat
    RM 15.50 / RM 17.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5226-05-2
    Tarikh Terbit: 01 Dec 2008
  • Buat Duit dengan Seminar
    RM 15.00 / RM 17.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5226-57-1
    Tarikh Terbit: 23 Oct 2009

Temubual bersama penulis