Mengurus Stres

oleh Hamdan Abd Kadir, Mohd Taib Dora

Harga: RM 20.00 / RM 23.00
ISBN-13:
ISBN-10: 978-983-3585-30-4
Tarikh Terbit: 18 Jul 2006
Jumlah Muka Surat : 200

Kategori: Bisnes & Pengurusan, Kerjaya

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Prakata
Bab 1 Pengenalan Konsep Stres
Bab 2 Mengurus Stres dalam Islam
Bab 3 Punca-punca Stres
Bab 4 Simptom dan Petanda Stres
Bab 5 Stres di Tempat Kerja
Bab 6 Mengendalikan Stres
Bab 6 Mengurus Stres di Tempat Kerja
Bab 7 Pendekatan Komunikasi Menangani Stres
Bab 8 Aroma Terapi sebagai Alternatif Menangani Stres
Bab 9 Penutup
Bibliografi
Indeks

Sinopsis

Stres adalah penyakit emosi yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan. Masalah dengan rakan sekerja, bebanan kerja yang memberi tekanan dan suasana kerja yang tidak kondusif amat memeningkan kepala sehingga kadangkala menyebabkan tension.

Ia mungkin dapat diselesaikan dengan mudah, namun ada kalanya kemelut itu berlarutan dan berpanjangan. Jadi bagaimana cara terbaik bagi menghadapi semua ini?

Mengurus Stres dapat membantu eksekutif:

  • Mengenal pasti punca-punca berlakunya stres. 
  • Mengetahui faktor dan kesan stres di tempat kerja. 
  • Mengendalikan dan mengurangkan stres. 
  • Menggunakan alat-alat ataupun teknik bagi mengatasi stres.

Fast Track Executive ditulis khas untuk eksekutif ataupun pengurus yang sentiasa mengejar masa. Dilengkapi dengan ikon-ikon bagi memudahkan sesiapa sahaja yang membacanya.

Info Penulis

Prof. Dr. Mohd Taib Dora adalah Dekan di Pusat Pengajian Siswazah, Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM).

Dilahirkan di Kg. Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka pada tahun 1961. Pendidikan awal di Sek. Keb. Tanjung Bidara, Melaka sebelum melanjutkan pelajaran ke Sek. Men. Sains Melaka dan juga Sek. Alam Shah, Kuala Lumpur. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Antropologi dan Sosiologi pada tahun 1984. Kemudian pada tahun 1991 memperoleh Ijazah Sarjana Sosiologi dan Ph.D dalam bidang Sosiologi Bandar pada tahun 1996.

Mulai menyertai Universiti Teknologi Malaysia sebagai Penolong Pensyarah pada tahun 1985 dan Pensyarah pada tahun 1992 serta Professor Madya pada tahun 1999. Pada 1 September 2004, dilantik sebagai Professor di Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM), Melaka. Berpeluang menjadi “Research Fellow” di Universiti Kyoto, Jepun pada tahun 1999. Memegang jawatan Dekan Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, UTM mulai tahun 2001 hingga 2004.

Pakar dalam bidang kemiskinan bandar, penilaian impak sosial dan pembangunan keusahawanan melaui penyelidikan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Aktif menulis melalui penghasilan pelbagai buku, journal, pembentangan kertas kerja,  dan penyelidikan.

Karya beliau Peminggiran Sosial Keluarga Melayu Termiskin Bandar memenangi Anugerah Buku Karya Asli Terbaik sempena Hari Penerbitan UTM pada tahun 2001. Menulis artikel betajuk Psikologi Pengguna: Gaya dan Citarasa, terbitan majalah Dewan Budaya, DBP. Memperoleh Hadiah Anugerah Penulis Artikel Pengguna 1998 anjuran Persatuan Pengguna Malaysia.

Dianugerah Hadiah Friendship Programme for 21st Century semasa lawatan sambil belajar ke Jepun anjuran JICA pada tahun 1991, Hadiah Biasiswa Ryoichi Sasakawa Foundation dari Kerajaan Jepun untuk melanjutkan pelajaran peringkat Ph.D, dan Hadiah Fellowship JSPS sebagai Visiting Researcher di Kyoto Universiti, Jepun pada tahun 1999.

Beliau aktif dalam perundingan jabatan melalui khidmat konsulten sosiologi kepada organisasi dan jabatan-jabatan kerajaan dan swsta. Manakala peringkat khidmat komuniti pula, beliau aktif menyertai khidmat komuniti dan memegang pelbagai jawatan di peringkat komuniti termasuk menjadi Yang Dipertua PIBG Sek. Keb. Bandar Uda (2) Johor Baru, mulai 1998 hingga kini.

Buku lain oleh penulis ini

  • Panduan Menjadi Fasilitator Efektif
    RM 23.50 / RM 26.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: ISBN 983-3585-06-X
    Tarikh Terbit: 31 Dec 2003
  • Mengurus Stres
    RM 20.00 / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 978-983-3585-30-4
    Tarikh Terbit: 18 Jul 2006
  • Mengurus Stres
    RM 20.00 / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 978-983-3585-30-4
    Tarikh Terbit: 18 Jul 2006

Temubual bersama penulis