Harga: RM 20.00 / RM 23.00
ISBN-13:
ISBN-10: 983-3585-25-0
e-ISBN: 978-967-369-158-6
Tarikh Terbit: 21 Nov 2006
Jumlah Muka Surat : 197
Kategori: Bisnes & Pengurusan, Kerjaya
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Prakata
Bab 1 Latar Belakang Mentor
Bab 2 Seni Pementoran
Bab 3 Kuasa Pementoran
Bab 4 Adakah Anda Mentor
Bab 5 Ciri-ciri Mentor
Bab 6 Peranan dan Tanggungjawab Mentor
Bab 7 Tingkah Laku Positif
Bab 8 Tingkah Laku yang Perlu Dielakkan
Bab 9 Kemahiran Pementoran
Bab 10 Kemahiran Mendengar
Bab 11 Kemahiran Bertanya
Bab 12 Memberi Perhatian dan Maklum Balas
Bab 13 Antara Jurulatih dan Mentor
Bab 14 Prinsip Menang-menang
Bab 15 Estim Kendiri
Bab 16 Pendekatan dan Model Pementoran
Bab 17 Merancang Pengurusan Strategik
Bab 18 Peringkat Pementoran
Bab 19 Intervensi
Bab 20 Program Induksi Sistem Mentor
Bibliograf
Indeks
Perkongsian pengalaman senior dengan junior menjadikan tugasan dapat dilakukan secara koperatif atau kolaboratif. Kekuatan mentor terletak pada kemahiran interpersonal dan kompetensi dalam bidang yang relevan dengan keperluan mentee. Ia juga memerlukan keikhlasan dan kejujuran mentor membimbing mentee atau protege dalam mencapai kejayaan.
Mentor Efektif membantu eksekutif:
Anak kelahiran Machang, Kelantan memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling) dan Ijazah Sarjana Pengurusan daripada Unuversiti Putra Malaysia.
Beliau melibatkan diri dalam dunia perguruan sebagai guru matematik pada tahun 1980 sehingga 1984. Kemudiannya beliau di lantik menjadi guru binbingan dan kaunseling sehingga tahun 1992 sebelum dilatik menjadi pensyarah di Institut Perguruan Darul Aman, Kedah sehingga 1997.
Beliau kemudiannya dilantik menjadi Penolong Pengarah, Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru di Kementerian Pelajaran Malaysia pada 30 Mac 2002.
Dan kini beliau menyandang jawatan pensyarah di Maktab Perguruan Islam, Bangi.

Ainon Mohd merupakan pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang linguistik dari Universiti Malaya dan ijazah sarjana dalam bidang yang sama dari Leeds University. Beliau juga pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi di Universiti Putra Malaysia dan merupakan pemegang Diploma Penterjemahan dan Interpretasi dari Universiti Malaya. Memulakan kerjaya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan telah berkhidmat di DBP dari tahun 1973 hingga tahun 1988. Sepanjang berkhidmat di DBP, beliau telah memegang pelbagai portfolio termasuk Pegawai Penyelidik Bahasa dan Sastera, Ketua Unit Terjemahan Sastera, Ketua Unit Penyelidikan Bahasa dan terakhir sekali sebagai Ketua Bahagian Terjemahan.
Beliau telah menghasilkan lebih daripada 30 buah buku di dalam bidang terjemahan, komunikasi, pemikiran lateral dan kreativiti bersama dengan suami beliau, Profesor Abdullah Hassan yang kini merupakan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan merupakan tokoh yang amat dikenali dalam bidang bahasa melayu dan sering dipanggil membentangkan kertas kerja berkaitan bahasa melayu di serata dunia.
Atas keyakinan dan iltizam yang tinggi untuk melihat bahasa melayu berkembang sebagai bahasa ilmu dan bangsa melayu dapat bersaing dalam dunia globalisasi ini, maka pada tahun 2000, beliau telah mengambil keputusan untuk menubuhkan PTS Publications & Distributors yang mengkhusus dalam penerbitan dan pengedaran buku-buku ilmu berbahasa melayu yang ditulis oleh para ilmuwan dan cendiakawan melayu. Kini, selain menyelia kerja-kerja di bahagian editorial, beliau juga terlibat secara aktif dan proaktif dalam memberi konsultansi, latihan dan bimbingan bagi menjayakan projek PTS dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB) bagi menterjemah pelbagai buku bahasa asing yang bermutu tinggi untuk bacaan dan rujukan rakyat Malaysia yang berbahasa Melayu.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet