Harga: RM 8.90 / RM 9.90
ISBN-13: 978-967-0142-08-1
Tarikh Terbit: 24 Apr 2011
Jumlah Muka Surat : 144
Kategori: Novel Grafik, Drama, Humor, Novel Grafik & Komik Umum
Penerbit: PTS Pop Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
"Komik ini dapat merangsang otak kanan dan otak kiri secara serentak dan mampu menjadi bahan motivasi yang mapan, unggul dan berimpak."
Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Pakar Motivasi Terkenal.
Sebagai bapa di era teknologi, saya menerima komik sebagai medium pendidikan yang positif. Menguji penerimaan anak saya yang obses dengan skrin dan sukar fokus semasa membaca buku, beliau jatuh hati serta merta dengan komik Misi 8A karya Afiq serta Nazry. Semenjak itu, beliau terus mengumpul komik-komik di bawah siri KOMIK-M. Komik yang menjadi jambatan antara animasi dan buku telah berjaya memecahkan kebuntuan ‘susah membaca’ anak saya, dan mungkin anak anda juga.
Ustaz Hasrizal, saifulislam.com
Komik ini berwarna sepenuhnya
Selepas berjaya mencapai misi 8A, Aizad dan Zahid bersama-sama menyambung pengajian di sekolah berasrama penuh. Di sekolah baru, Zahid menghadapi banyak masalah dan dugaan sehingga prestasi akademiknya jatuh merudum. Lebih teruk lagi, statusnya sebagai penerima biasiswa juga terancam.
Sebagai rakan, Aizad berusaha membantu menyelesaikan masalah Zahid demi mencapai sasaran Misi 10A.
Dengan pelbagai cabaran serta rintangan yang membebankan, mampukah Aizad dan Zahid menyempurnakan Misi 10A?
Pelukis komik ini berasal dari Skudai Johor. Komik pertamanya diterbitkan ketika beliau baru selesai menjalani peperiksaan, PMR.
Penulis ini dilahirkan pada tahun 1984 dan berasal dari Skudai, Johor. Kini beliau menetap di Kajang, Selangor. Beliau dahulunya seorang tutor di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, dan kini mula menceburi bidang penulisan novel dan skrip animasi sepenuh masa, di samping masih menulis komik. Harapan beliau adalah bagi melihat perubahan dalam pandangan masyarakat kepada komik, yang pada ketika ini kerap dikaitkan dengan mesej negatif. Beliau juga adalah pengasas dan peneraju persatuan REVgang.
Penulis ini boleh dihubungi melalui:
E-mel: nazrysalam@hotmail.com
Facebook: Nazry Salam Feeqry
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet