Nyanyi Sunyi

Penilaian pembaca (Keputusan daripada 10 orang pembaca):

54321

Maskiah Masrom

Harga: RM 20.50 / RM 23.50
ISBN-13: 978-983-3892-67-9
Tarikh Terbit: 22 Jan 2010
Jumlah Muka Surat : 648

Kategori: Novel Dewasa, Novel Dewasa Umum, Novel Islami

PTS Litera Sdn Bhd

Beli@Bookcafe

Buku lain oleh penulis ini

Cempaka, pencinta sastera, bahasa dan budaya Melayu yang jatuh cinta kepada Dr. Arjuna.

Imran Baihaqi, ustaz hafiz al-Quran yang meminati kesusasteraan Melayu dan jatuh cinta pada Cempaka.

Lukmanulhakim, wartawan muda yang meminati kisah-kisah romantis dan mencintai Cempaka.

Dr. Arjuna, pensyarah bahasa dan kesusasteraan dari Indonesia yang sudah beristeri tetapi jatuh cinta pada Cempaka.

Siapakah akan menjadi pilihan Cempaka?

Kongsi ulasan anda tentang buku ini:

Sekiranya anda sudah membaca buku ini; kami mengalu-alukan ulasan anda bagi membantu pelawat laman web ini memilih dan membuat keputusan samada membeli ataupun tidak buku ini.

Antara ulasan yang anda boleh sentuh ialah:-

  1. Kulit buku
  2. Isi kandungan/jalan cerita
  3. Bahasa

« Jangan lupa untuk beri bintang!
  1. puteri impian
    20 Jul 2010
    4:36 PM

    54321

    Ulasan isi kandungan/jalan cerita

    Jalan Cerita

    Sangat menarik….. saya selalu membaca novel cinta… tp kali nie “Nyanyi Sunyi” membuat saya lebih dekat lg ttng kehidupan, ttng cinta, ttng islam…. maksudnya…. isi kandungannya padat… cerita tentang amir hamzah, cinta yg romantis…. Watak Cempaka bg saya dia wanita yg sgt mulia, peradaban yg menikberatkan tentang agama….. & sukar untuk menemui wanita pada zaman sekarang.. akhirnya dia memenui cintanya… Ustaz Baihaqi…

    Kulit buku…

    menarik…...

    bahasa…

    mudah difahami serta ada lagu, puisi, guridam….. yg memberi seribu makna serta maksud yg mendalam…..

  2. Fizahanid
    01 Jul 2010
    6:49 PM

    54321

    Ulasan isi kandungan/jalan cerita

    Segala kupinta tiada kauberi/ Segala kutanya tiada kau sahuti/Butalah aku terdiri sendiri/Penuntun tiada memimpin jari ~ Insyaf, dipetik dari kumpulan puisi Nyanyi Sunyi.
    Saya selalu tertarik dengan Nyanyi Sunyi, kumpulan sajak Amir Hamzah. Apabila ada novel muncul dengan nama yang sama, saya terfikir, adakah ia retorik kisah cinta tiada jiwa.
      Walau pernah mengisi kolum novel bersiri di Harian Metro, ia tidak menarik perhatian saya hinggalah ia muncul di pasaran sebagai sebuah novel yang cantik kulitnya.
      Nyanyi Sunyi tidak lepas daripada kisah cinta yang mengisi kebanyakan novel-novel di pasaran. Ia sama seperti novel pop lain. Bezanya, kategori pop itu. Jika ada saya mahu meletakkannya dalam kategori pop berilmu bukan pop picisan dan kosong yang memancing pembaca dengan cinta semata-mata.
      Ia kisah cinta romantis, menyingkap sisi lain selain watak utama Cempaka, Dr Arjuna dan Ustaz Baihaqi tetapi juga watak sebenar penyair besar, Amir Hamzah itu sendiri.
      Saya tertarik dengan riwayat Amir Hamzah, kupasannya sebagai seorang manusia dan kupasannya sebagai penyair dan bagaimana akhirnya hidup sebagai ‘manusia biasa’ itu melahirkan karya-karya besar.
      Bagi mereka yang tidak mengenali Amir Hamzah sebagai penyair, Nyanyi Sunyi memperkenalkannya dengan cukup baik. Memasukkannya sebagai medium pembelajaran Cempaka dan medium pengajaran Dr Arjuna sangat baik. Bahasa yang dipilih juga mudah, ringkas tetapi masih meruntun jiwa.
      Konflik dalam Nyanyi Sunyi sangat biasa maksudnya idea konfliknya klise namun gaya penyampiannya sangat mengesankan. Lalu, walau Dr Arjuna masih meneruskan perkahwinan dengan isteri yang angkuh pembaca dibawa bersama masuk ke dalam hatinya dan memahami perasaannya yang perlu terus mengahwini isteri seangkuh itu.
      Kemudian apabila Dr Arjuna hilang, pembaca juga dibawa masuk ke dalam watak Cempaka, memahami kesedihan dan merasai kehilangannya. Begitu juga waktu Ustaz Baihaqi yang cinta dalam diam dan bergantung harap agar jodohnya dipertemukan dengan Cempaka, kita juga terkesan dengan doa-doanya.  Kisah-kisah mistik yang diselitkan dalam Nyanyi Sunyi melengkapkan lagi Nyanyi Sunyi.
      Secara keseluruhannya, novel ini cukup menarik bagi mereka yang ingin mencari kelainan dalam membaca novel-novel cinta.

  3. siti noorhaniza
    08 Jun 2010
    10:23 AM

    54321

    Ulasan isi kandungan/jalan cerita

    selepas membaca buku ini,sy tidak segan silu mengatakan jalan ceritanya mmg menarik.kupasan mengenai puisi nyanyi sunyi dengan lebih mendalam tidak menyebabkan sy kebosanan walaupun ia sedikit sastera.[ercintaan antara si gadis dan dr arjuna walaupun beliau sudah dianggap tiada,amat menyentuh hati apatah lg tatkala si gadis melihat gmbr mereka bersama ketiak beluai mendapat hadiah dr arjuna.dan si ustaz juga begitu sabar dlm menanti cinta si gadis.sy terlalu menyukai novel ini sehingga sanggup menghadap novel sehari suntuk tanpa memikirkan peperiksaan yg akn dihadapi wink

    Ulasan kaver buku

    kulit buku yg sangat menarik dan menyebabkan sy tertarik untuk membeli buku ini.walaupun sy sedang sibuk menghadapi peperiksaan akhir semester ketika itu,sy tetap juga mmbeli novel ini

    Ulasan bahasa

    bahasa yang sangat indah dan tidak membosankan wink

  4. anastasia
    08 Jun 2010
    9:24 AM

    54321

    Ulasan isi kandungan/jalan cerita

    Memang superb…rugi x baca…byk ilmu dan pengetahuan yg diperolehi terutama tentang Amir Hamzah…jln cerita memang first class…:-)

    Ulasan kaver buku

    Nice..

    Ulasan bahasa

    bahasa yang berpuitis tp senang difahami…

  5. Suliza Sikon
    17 May 2010
    6:00 PM

    54321

    Ulasan isi kandungan/jalan cerita

    memang menarik untuk dibaca, penuh dengan adap dan kasih sayang. cinta yang berlandaskan agama,

    Ulasan kaver buku

    kulit buku yang cukup menarik ....

    Ulasan bahasa

    mudah difahami dan inilah buku yg sarat dengan keindahan susunan bahasa…. menarik sangat…....

Buku Pilihan

Lihat senarai penuh di laman web Baca@Ramadan