Opera Angkasa
oleh


Versi Cetak

RM21.00

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 24.00
Format:

Paperback


Saiz: -

ISBN-13: 978-983-192-152-4

ISBN-10: 983-192-152-6

Tarikh Terbit: 28 Dec 2007

Jumlah Muka Surat: 304


Versi eBook

Belum Terbit


Opera Angkasa adalah novel fiksyen sains yang berlatarkan angkasa lepas. Pada masa akan datang, manusia tinggal di pelbagai planet dan setiap gugusan planet dikenali sebagai 'sektor'. Manusia bergerak dari sektor ke sektor dengan kapal angkasa. Arman dan krew kapal angkasanya sudah berminggu-minggu tidak ada kerja penghantaran kargo. Mereka singgah di sektor Prima Putra kerana ada orang menghubungi mereka untuk menawarkan kerja. Kerjanya mudah, menghantar pulang Faridah Hanum, anak saudara seorang senator, yang baru habis belajar di sekolah berasrama penuh si sektor Aminuddin Baki. Dalam perjalanan, ada orang mengekori mereka. Mereka ditahan sekumpulan lanun. Rupa-rupanya Arman berhutang dengan mereka. Selepas Arman berjanji hendak melangsaikan hutang itu, kumpulan lanun itu berlalu pergi. Dalam keadaan tertekan akibat hutang itu, Arman mendapat panggilan daripada lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu menawarkan Arman sejumlah wang yang lumayan untuk ditukarkan dengan Faridah Hanum. Arman menerima tawaran itu. Kapal angkasanya menukar haluan. Mereka tiba di sektor yang ditetapkan. Arman dan krewnya turun dari kapal angkasa untuk menyelesaikan urusan dengan lelaki yang mahukan Faridah Hanum. Dalam perjalanan, Arman bertembung dengan perempuan tua yang datang menarik bajunya dan membebel mengenai 'empat pusaka kemusnahan'. Arman tidak mempedulikan perempuan tua itu. Selepas bertemu lanun yang mahukan Faridah Hanum itu, Arman berubah fikiran. Dia kasihankan Faridah Hanum. Mereka lari dari situ. Kapal angkasa mereka dikejar kumpulan lanun itu tetapi mereka berjaya melepaskan diri.

.

Buku Berkaitan


Berita


Errata