Harga: RM 21.50 / RM 24.50
ISBN-13: 978-967-369-102-9
e-ISBN: 978-967-369-150-0
Tarikh Terbit: 22 Apr 2011
Jumlah Muka Surat : 258
Kategori: Penulisan
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Kandungan
Terbukti! Melahirkan karya yang indah dan evergreen
"Tidak ada lagi alasan penulis baru, saya tidak ada idea!"
Teknik penulisan gaya surah Yusuf menunjuk cara, memimpin penulis baru keluar dari ketakutan berkarya, permulaan cerita yang menjadikan pembaca menghayati watak, mengikuti cerita, mendalami setiap ayat yang menjadi naskah sulung penulisnya.
"Keindahan menjadikan karya kita bertahan lama"
Keindahan dalam cerita, keindahan yang bertahan dalam minda pembaca, keindahan yang menjadikan buku kekal di kedai bagi jangka masa yang lama. Teknik penulisan fiksyen gaya surah Yusuf menunjuk cara.
"Dialog dan watak mencipta 'wayang' di hadapan mata pembaca."
Pecahkan kebuntuan, cipta penceritaan yang segar, dialog yang nampak jelas di hadapan mata, seolah-olah pembaca novel melihat lakon layar di hadapan mata. Perkataan menjadi visual yang mengujakan.
"Bukan teori kosong tetapi cara yang dapat ditiru."
Berhenti daripada menguasai teori tanpa cara apabila adanya teori yang jelas menjawab soalan penulis baru, "Bagaimana saya mahu menulisnya."
"Permulaan terbaik untuk penulis baru."

Ainon Mohd merupakan pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang linguistik dari Universiti Malaya dan ijazah sarjana dalam bidang yang sama dari Leeds University. Beliau juga pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi di Universiti Putra Malaysia dan merupakan pemegang Diploma Penterjemahan dan Interpretasi dari Universiti Malaya. Memulakan kerjaya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan telah berkhidmat di DBP dari tahun 1973 hingga tahun 1988. Sepanjang berkhidmat di DBP, beliau telah memegang pelbagai portfolio termasuk Pegawai Penyelidik Bahasa dan Sastera, Ketua Unit Terjemahan Sastera, Ketua Unit Penyelidikan Bahasa dan terakhir sekali sebagai Ketua Bahagian Terjemahan.
Beliau telah menghasilkan lebih daripada 30 buah buku di dalam bidang terjemahan, komunikasi, pemikiran lateral dan kreativiti bersama dengan suami beliau, Profesor Abdullah Hassan yang kini merupakan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan merupakan tokoh yang amat dikenali dalam bidang bahasa melayu dan sering dipanggil membentangkan kertas kerja berkaitan bahasa melayu di serata dunia.
Atas keyakinan dan iltizam yang tinggi untuk melihat bahasa melayu berkembang sebagai bahasa ilmu dan bangsa melayu dapat bersaing dalam dunia globalisasi ini, maka pada tahun 2000, beliau telah mengambil keputusan untuk menubuhkan PTS Publications & Distributors yang mengkhusus dalam penerbitan dan pengedaran buku-buku ilmu berbahasa melayu yang ditulis oleh para ilmuwan dan cendiakawan melayu. Kini, selain menyelia kerja-kerja di bahagian editorial, beliau juga terlibat secara aktif dan proaktif dalam memberi konsultansi, latihan dan bimbingan bagi menjayakan projek PTS dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB) bagi menterjemah pelbagai buku bahasa asing yang bermutu tinggi untuk bacaan dan rujukan rakyat Malaysia yang berbahasa Melayu.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet