Katalog

Panduan Mengurus Pusat Sumber Sekolah

Format: Paperback
ISBN-13:
ISBN-10: 983-3376-52-5
Tarikh Terbit: 15 Sep 2005
Jumlah Muka Surat : 326

Kategori: Bukan Fiksyen, Bukan Fiksyen Umum, Teknikal, Pendidikan, Pendidikan Umum, Pengurusan Sekolah

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

  • Beli di kedai buku atau kedai hyper rangkaian terpilih

    RM 28.00

    Harga Sabah/Sarawak:
    RM 31.00

  • Beli online

    Penghantaran percuma untuk belian RM 100 ke atas jika anda beli di Bookcafe

Panduan lengkap bagi mengurus PSS. Panduan untuk guru perpustakaan dan media, guru pelatih maktab perguruan dan pelajar IPT. Juga sesuai untuk calon peperikasaan PTK bagi kertas perpustakaan.

Kata-kata Aluan
Prakata

1. Konsep Pusat Sumber Sekolah
Sejarah Penubuhan Pusat Sumber Sekolah
Definisi Pusat Sumber Sekolah
Matlamat Pusat Sumber Sekolah
Objektif Pusat Sumber Sekolah
Falsafah Pusat Sumber Sekolah
Konsep Pusat Sumber Sekolah
Fungsi Pusat Sumber Sekolah
Peranan Pusat Sumber Sekolah
Pusat Sumber Elektronik
Kesimpulan

2. Mentadbir dan Mengurus Pusat Sumber
Definisi
Mengapa Kita Perlu Mengurus PSS dengan Berkesan?
Kriteria PSS yang Diurus dengan Baik
Elemen Penting dalam Mentadbir dan Mengurus PSS
Ciri-ciri Pemimpin ataupun Pengurus PSS
Prinsip Asas Pengurusan PSS
Proses Mengurus PSS
Kepentingan Merekod

3. Mengurus Aset
Daftar Harta Modal (Kew. 312, 312A)
Daftar Inventori (Kew. 313)
Daftar Stok Bekalan Pejabat (Kew. 314)
Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori
(Kew. 315)
Panduan Mengisi Nombor Siri Pendaftaran Harta
Modal atau Inventori
Pelupusan Barang-barang Awam
Proses Kerja Pelupusan Peringkat Sekolah
Proses Kerja Hapus Kira Peringkat Sekolah
Pemeriksaan dan Verifikasi Stok

4. Kemudahan Fizikal
Faktor yang Perlu Dipertimbangkan dalam
Merancang PSS
Kesimpulan

5. Koleksi Pusat Sumber Sekolah
Jenis Koleksi
Memperoleh dan Mengumpul Bahan-bahan

6. Pengurusan Koleksi Berpusat
Definisi Pengurusan
Definisi Koleksi
Definisi Berpusat
Tujuan Pengurusan Koleksi Berpusat
Kesimpulan

7. Mengurus Kewangan Pusat Sumber Sekolah
Sumber Kewangan dan Maksud Perbelanjaan
Peranan dan Tanggungjawab Pihak Pengurusan
dalam Mengurus Kewangan di PSS
Proses Pembelian
Proses Pembayaran
Amalan-amalan yang Perlu Dielakkan dalam
Membuat Perolehan
Kesimpulan

8. Pengelasan Bahan-bahan di Pusat Sumber Sekolah
Tujuan Pengelasan
Mengapa Kita Perlu Mengikut Cara Pengelasan
yang Betul?
Sistem-sistem Pengelasan yang Digunakan
Bagaimanakah Bentuk Disiplin DDC?
Cara Menggunakan Sistem Pengelasan

9. Perolehan dan Proses Teknik Bahan
Bahan Buku
Bahan Bukan Buku
Penutup

10. Pengkatalogan Bahan Buku dan Bukan Buku
Tujuan Pengkatalogan
Jenis-jenis Entri Katalog
Penentuan Entri Utama
Katalog Buku
Katalog Bahan Bukan Buku
Panduan Memfail Kad Katalog

11. Menyalin Katalog
Sumber Menyalin Katalog
Langkah-langkah Menyalin Katalog

12. Sistem Fail Pusat Sumber Sekolah
Pengertian Sistem Fail
Kepentingan Sistem Fail
Sistem Fail di Sekolah-sekolah
Sistem Fail di Pusat-pusat Sumber Sekolah
Prinsip-prinsip Asas Sistem Fail
Ciri-ciri Sistem Fail yang Baik
Pengelasan Sistem Fail
Tajuk Fail dan Perkara
Teknik Mengelas dan Memberikan Kod bagi
Sistem Fail
Pengelasan dan Kod Fail PSS
Pendaftaran, Pengeluaran dan Penyemakan Fail
Daftar Surat Menyurat
Perkara-perkara Lain dalam Fail
Arahan Penutupan Fail
Peringkat Keselamatan Fail
Fail-fail untuk PSS

13. Program Bacaan NILAM
Matlamat dan Objektif Program NILAM
Bagaimana Melaksanakan Program NILAM
di Sekolah?
Konsep Program NILAM
Tahap Program NILAM
Sistem Ganjaran Tahap JAUHARI dan Tahap
RAKAN PEMBACA
Kawalan dan Pengumpulan Data Program NILAM
di Sekolah
Sumber Bahan Bacaan Program NILAM
Contoh Aktiviti bagi Menyokong Program NILAM
di Sekolah

14. Menilai Pusat Sumber Sekolah
Apa Pentingnya Menilai PSS?
Apakah Aspek yang Perlu Dinilai?
Bagaimana Menilai PSS?
Rekod-rekod Menilai PSS
Menganalisis dan Menyebarkan Maklumat
Penutup

15. Penggunaan Automasi Pusat Sumber Sekolah
Konsep Automasi Pusat Sumber
Apa Itu Perisian Automasi Pusat Sumber?
Katalog
Sirkulasi
Rekod Keahlian
Laporan
Mengapa Perlu Menggunakan Perisian Automasi
dalam Mengurus PSS?
Ke Arah Mengautomasi Pusat Sumber
Senarai Vendor Automasi Pusat Sumber Sekolah
Contoh Surat Perjanjian Pembelian Perisian
Automasi Sekolah-sekolah Negeri Selangor

16. Pengenalan Bibliografi
Ciri-ciri Bibliografi
Penyusunan Entri Bibliografi
Pengenalan Bibliografi Buku
Artikel dalam Buku
Senarai Singkatan
Cara Menyediakan bibliografi

17. Indeks Surat Khabar
Entri di bawah Perkara
Entri di bawah Pengarang
Entri di bawah Judul
Penyediaan Indeks Keratan Akhbar di PSS
Indeks Majalah
Rujukan
Lampiran
Indeks
Biodata Penulis

Perkembangan dalam pengurusan pusat sumber sekolah (PSS) hari ini dilihat begitu pesat berbanding masa yang lalu. Perkembangan terkini berkenaan jawatan khas yang diwujudkan iaitu guru perpustakaan dan media, memperlihatkan betapa PSS mempunyai peranan yang penting di sekolah. Hari ini, PSS bukan hanya sebuah bilik tetapi ia merangkumi seluruh sekolah.

Perubahan demi perubahan yang dibuat bertujuan me-mantapkan peranan PSS di sekolah bagi membantu melahirkan murid-murid yang cemerlang. Atas kesedaran itu, jurulatih-jurulatih PSS dengan kerjasama Pusat Sumber Pendidikan Negeri Selangor mengambil langkah proaktif dalam membantu guru-guru perpustakaan dan media menguruskan PSS. Buku ini diterbitkan dengan matlamat bagi membantu dalam menguruskan PSS. Terdapat sebanyak 17 bab dalam buku ini yang menerangkan pelbagai tugas yang perlu dilaksanakan oleh guru perpustakaan dan media. Daripada bab pengurusan sehinggalah kepada bab NILAM, nyata betapa banyak tugas-tugas yang perlu dilaksanakan supaya menjadi sebuah PSS yang cemerlang. Beberapa bab baru juga diperkenalkan di dalam buku Panduan Mengurus Pusat Sumber Sekolah ini iaitu penggunaan perisian automasi dan juga menyalin katalog yang akan banyak membantu meringankan tugas dalam mengurus PSS. Harapan semua penulis-penulis buku ini adalah ia akan dapat dijadikan panduan yang berguna terutama kepada guru yang baru menjadi guru perpustakaan dan media.

Lahirnya buku ini adalah titik permulaan kepada semua jurulatih-jurulatih bagi meneruskan bakti dalam membantu guru perpustakaan dan media melalui tulisan-tulisan dalam buku yang akan datang berkaitan PSS dan yang berkaitan dengannya. Di sini saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Ketua Penolong Pengarah Pusat Sumber Pendidikan Negeri Selangor, Tn. Hj. Ahmad Dahlan bin Kardi dan Penolong Pengarah Unit PSP & PKG, Pn. Nik Asma bt. Nik Ahmad yang memberikan sokongan dan galakan dalam usaha ini.

Tidak lupa ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua rakan-rakan jurulatih yang sama-sama menulis di dalam buku ini iaitu Pn. Semaryati bt. Kiman, Pn. Mahayani bt. Abd. Ghani, Pn. Norasiah bt. Abdullah, Pn. Maziah bt. Mohamad, Pn. Siti Aishah bt. Aziz, Pn. Maimon bt. Burok, Pn. Merdiyanah bt. Ahmad, En. Chandra Sekaran a/l Manikam, En. Nor Ahmad b. Khamzah, Pn. Rosmary Doraisamy dan rakan setugas En. Mohd Tahir bin Talib.

Terima kasih juga kepada syarikat-syarikat yang mem-bangunkan perisian automasi kerana sudi memberikan kerjasama membenarkan sebahagian daripada perisian itu dijadikan contoh di dalam buku ini. Sekian, terima kasih.

Editor, Azman bin Larut @ Larot Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Sumber Pendidikan Negeri Selangor

Karya Lain Penulis Ini

Buku berkaitan yang anda mungkin berminat