Buku →

Pantun untuk Majlis dan Acara Rasmi

oleh Ainon Mohd, Datin Asima Abdul Latiff

Versi Cetak

RM 38.00

Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-369-170-8
Tarikh Terbit: 16 Jul 2012
Jumlah Muka Surat : 256

Versi Ebook

Belum Terbit

Sinopsis

Tumbuh purun di tepi kali,

Menjadi tikar dikerat-kerat.

Khazanah pantun indah sekali,

Setiap kata berkias ibarat.

Pantun adalah satu keindahan seni bahasa berirama. Maksud yang ingin kita sampaikan mudah difahami sambil dinikmati keindahan bahasanya. Walaupun kandungannya kadang kala berupa kritikan tajam dan pedas, namun maksud yang ingin disampaikan dapat diterima dan menjadi lunak pada pendengaran kita.

Buku ini menghimpunkan 900 pantun yang indah bagi menghiasi majlis dan acara rasmi supaya lebih berseri-seri. Pantun dalam buku ini dapat disesuaikan untuk pelbagai majlis dan boleh diolah semula mengikut kesesuaian majlis. Pantun ini dicipta khusus untuk membolehkannya digunakan dalam majlis-majlis kontemporari. Dendangan pantun dalam satu-satu majlis memuliakan lagi majlis-majlis yang sudah sedia mulia.

Dahan lemuni terkulai layu,

Disusun-susun di tepi telaga.

Indah dan murni sastera Melayu,

Khazanah pantun mesti dijaga.

Buku Berkaitan

Komen & Ulasan