Pasport Musafir

oleh Mohd Zuhdi bin Ahmad Khasasi

Harga: RM 29.90 / RM 32.90
ISBN-13: 978-967-366-021-6
Tarikh Terbit: 20 Jun 2011
Jumlah Muka Surat : 464

Kategori:

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

  • Adab Musafir
  • Amalan Musafir
  • Panduan Bersuci bagi Musafir
  • Solat Musafir
  • Solat di dalam Kenderaan
  • Panduan Meninggalkan Kediaman
  • Panduan Menyelenggaraan Kenderaan
  • Panduan Menggunakan Kenderaan Awam
  • Panduan Melancong

Sinopsis

Buku ini menggabungkan aspek ibadah dan panduan dalam perjalanan. Penulis membuktikan musafir bukan halangan bagi beribadah malah ia adalah tuntutan yang perlu diselarikan dengan kehendak syarak dari segi pelaksanaan dan konsep kesempurnaan agama Islam sebagai agama yang praktikal bagi semua lapisan masyarakat dengan pelbagai keadaan serta sesuai diamalkan hingga ke hari kiamat.

Info Penulis

Mohd Zuhdi bin Ahmad Khasasi dilahirkan pada 12 April 1981 di Ipoh, Perak dan dibesarkan di Sungai Petani, Kedah.

Mendapat pendidikan agama di Sekolah Rendah Agama al-Islah, Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah. Ma’hadul Azhar (Institut Tahfiz al-Quran dan Pengajian Islam) Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang dan Sekolah Agama al-Tahzib Titi serong, Parit Buntar, Perak.

Ketika berusia 14 tahun, beliau meneruskan pembelajaran di Madrasah Dirosah al-Khossoh, Abbasiyyah, Kaherah, Mesir dan menyambung pembelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab pengkhususan Syariah Islamiyyah di Universiti al-Azhar, New Damietta City, Mesir.

Penulis meneruskan pembelajaran  di Mesir pada peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Syariah Islamiyyah di American Open University, Kaherah, Mesir.

Mendirikan rumahtangga pada usia 21 tahun dengan Intan Syafiena binti Abdullah dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Kini berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di bawah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Selain itu, beliau juga aktif di dalam aktiviti Khidmat Kemasyarakatan dan menyampaikan ceramah.

Buku lain oleh penulis ini

  • Pasport Musafir
    RM 29.90 / RM 32.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-366-021-6
    Tarikh Terbit: 20 Jun 2011

Temubual bersama penulis