Pemasaran Gerila untuk Penulis

oleh Jay Conrad Levinson, Rick Frishman, Michael Larsen, David L. Hancock

Harga: RM 31.50 / RM 34.50
ISBN-13: 978-967-369-110-4
Tarikh Terbit: 22 Apr 2011
Jumlah Muka Surat : 360

Kategori: Pemasaran, Penulisan

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

ISI KANDUNGAN

PUJIAN UNTUK PEMASARAN GERILA UNTUK PENULIS

DEDIKASI

PENGHARGAAN

PENGENALAN - KENAPA KITA PERLU BUKU INI DAN BAGAIMANA MENGGUNAKANNYA SEBAIK MUNGKIN

BAB 1 - KENAPA KITA HARUS MENJADI PEMASAR GERILA

BAB 2 - PANDUAN PENULIS UNTUK SUATU INDUSTRI DI AMBANG HARI ESOK

BAB 3 - SENJATA PEMASARAN BERKUASA TINGGI

1 - Senjata pemasar gerila yang paling berkuasa - Kita (Kos : Tidak ternilai)

2 - Buku-buku kita (Mahal)

3 - Rangkaian kita (Percuma)

4 - Buah mulut (Percuma)

BAB 4 - SENJATA JUALAN BUKU YANG PALING BERKUASA

5 - Pentas kita sendiri (Percuma)

6 - Ceramah kita (Percuma atau kita dibayar)

7 - Jelajah besar-besaran (Percuma atau kita dibayar)

8 - Publisiti untuk kita (Kos yang rendah)

BAB 5 -SENJATA PALING BERKUASA DALAM DIRI PENULIS

9 - Objektif kita (Percuma)

10 - Bidang kemahiran kita (Percuma)

11 - Idea kita (Percuma)

12 - Kreativiti kita (Percuma)

BAB 6 - SENJATA-SENJATA YANG MENJADIKAN KITA GERILA

13 - Rancangan Promosi Versi Pertama (Percuma)

14 - Bajet Promosi (Percuma)

15 - Mata wang Gerila Kita (Percuma)

16 - Pelan Promosi Kita - Versi Akhir (Percuma)

BAB 7 - PELBAGAI SENJATA PUBLISITI YANG LEBIH BERTENAGA

17 - Ucapan lif (percuma)

18 - Temu ramah televisyen (percuma)

19 - Temu ramah radio (percuma)

20 - Temu ramah bercetak (percuma)

21 - Jelajah Satelit (mahal)

BAB 8 - SENJATA-SENJATA YANG MEMBUKTIKAN KITA MEMANG GERILA

22 - Kit Media atau Kit Jurucakap (Mahal)

23 - Siaran akhbar (Percuma atau kos rendah)

24 - Laman Web (Kos rendah)

25 - Ilmu Penerbitan Dan Promosi (Kos rendah)

26 - Tindakan Susulan (Percuma)

27 - Borang Penilaian (Percuma atau kos rendah)

28 - Borang Soal Selidik Publisiti Penerbit (Percuma)

BAB 9 - SENJATA PEMASARAN Gabungan

29 - Sekutu strategik (Percuma)

30 - Pameran di cermin atau dalam kedai (Percuma)

31 - Kutipan derma (Percuma)

32 - Anugerah Tahunan Untuk Penulis (Percuma)

BAB 10 - SENJATA PEMASARAN YANG MENGGUNAKAN PELURU TEKNOLOGI

33 - Tip hari ini (Mahal tapi kita dapat duit)

34 - Penjual buku online (Kita dapat duit)

35 - Pautan kita dan senarai direktori (Percuma)

36 - Susulan tulisan yang bergerak sendiri (kita dapat duit)

37 - Webcast kita (kos rendah)

38 - Pemberian kita (Percuma)

39 - Tinjauan kita (Percuma)

40 - Kumpulan perbincangan kita (Percuma)

41 - Tandatangan e-mel (Percuma)

42 - Senarai e-mel dan senarai alamat pos (Percuma)

BAB 11 - SENJATA YANG MELIBATKAN BUKU-BUKU KITA

43 -Petikan dari buku kita (kita dibayar)

44 - Edisi baru buku kita (kita dibayar)

45 - Komuniti membaca yang kita hadiri (kita dibayar)

46 - Naskhah promosi (Percuma)

47 - Judul buku (Percuma)

48 - Kulit luar buku (Mahal)

49 - Ilustrasi (Kos rendah)

50 - Kata-kata penghargaan kita (Percuma)

51 - Bibliografi kita (Percuma dan kita dibayar)

52 - Hadiah rafel atau cabutan bertuah (Percuma atau kos rendah)

53 - Produk niaga (Kita dibayar)

54 - Jaminan pulangan wang (Kos rendah)

BAB 12 - SENJATA HASIL KEMAHIRAN PENULISAN KITA

55 - Brosur (Kos rendah)

56 - Surat Berita (Percuma atau kita dibayar)

57 - Artikel dan cerpen (Kita dibayar)

58 - Ruangan kita (Kita dibayar)

59 - Surat rantai e-mel (Percuma)

60 -Ulasan buku (Kita dibayar tapi sangat sedikit)

61 - Surat kepada editor dan suara hati (Percuma)

62 - Nota terima kasih (Percuma)

63 - Kertas sebaran (Percuma atau kos rendah)

BAB 13 - SENJATA APABILA MEREKRUT SEKUTU

64 - Sesi autograf buku (Percuma)

65 - Pesta buku (Percuma)

66 - Acara khas untuk kita (Percuma)

67 - Peraduan kita (Percuma)

68 - Kerjasama dengan rakan seperjuangan (Percuma)

69 - Sesi Promosi Makan Bersama (Kos rendah)

70 - Jalan jalan sambil mengiklankan (Kos rendah)

BAB 14 - SENJATA YANG MEMBERI IKLAN PERCUMA

71 - Muka surat terakhir buku kita (Percuma)

72 - Pertukaran cerita untuk ruang iklan (Percuma)

73 - Iklan pra tempah (Percuma)

74 - Katalog (Percuma)

BAB 15 - SENJATA YANG MEMBUKTIKAN KITA PROFESIONAL HANDALAN

75 - Sikap profesionalisme kita (Percuma)

76 - Ekspo perdagangan (Mahal)

77 - Konferensi profesional (Mahal)

78 - Keahlian dalam organisasi bisnes (Kos rendah)

79 - Keahlian dalam kumpulan khidmat komuniti (Percuma atau kos rendah)

BAB 16 - SENJATA UNTUK MEMBENTUK SEBAHAGIAN IDENTITI KITA

80 - Kegilaan kita dengan buku-buku (Percuma dan kita dibayar)

81 - Keghairahan kita (Percuma)

82 - Sikap humor kita (Percuma)

83 - Sikap tolak ansur (Percuma)

84 - Keberanian kita (Percuma)

85 - Sikap bersaing kita (Percuma)

86 - Kepantasan kita bertindak (Percuma)

87 - Sikap fleksibel kita (Percuma)

88 - Senyuman kita (Percuma)

89 - Sikap optimistik kita (Percuma)

BAB 17 - SENJATA UNTUK MENYAMPAIKAN IDENTITI KITA

90 - Audio kita (Kos rendah)

91 - Video kita (Kos rendah)

92 - Alat tulis kita (Percuma atau kos rendah)

93 - Kad bisnes kita (Kos rendah)

94 - Penanda buku kita (Kos rendah)

BAB 18 - SENJATA UNTUK MEMBINA JENTERA PEMASARAN YANG KEBAL

95 - Identiti kita (Percuma)

96 - Slogan kita (Percuma)

97 - Logo kita (Percuma atau kos rendah)

98 - Pakej kita (Percuma)

99 - Penjenamaan buku kita (Percuma)

100 - Kalendar promosi kita (Percuma)

BAB 19 - KISAH PENGEMBARAAN AGUNG

 

DIREKTORI SUMBER

APENDIKS 1 - Senjata Pemasaran Gerila Untuk Fiksyen Dan Bukan Fiksyen Menurut Tertib Kepentingan

APENDIKS 2 - Bagaimana Mencari Pegawai Publisiti Yang Kita Perlu

APENDIKS 3 - Bagaimana Rangkaian Boleh Membantu Kita

APENDIKS 4 - Sampel Kit Media

APENDIKS 5 - Garis Masa Untuk Satu Kempen Publisiti

APENDIKS 6 - Soal Selidik Publisiti Writer's Digest

APENDIKS 7 - 100 Pasaran Terbesar Di Amerika Syarikat

APENDIKS 8 - Borang Penilaian Mike

PROFIL SIDANG PENGARANG

Sinopsis

Sebagai individu unik kita mempunyai ramuan kehidupan sendiri gabungan semangat kita, buku-buku kita, kerjaya kita, kehidupan kita, kecekalan hati mengatai cabaran, kesanggupan mempromosi buku, potensi sebagai penulis dan akhir sekali sebagai seorang insan. Pemasaran Gerila Untuk Penulis dilahirkan berasaskan andaian berikut:

  • Kita mahu membina kerjaya sebagai pengarang yang berjaya.

  • Kita mahu menjual buku kita kepada atau diterbitkan oleh penerbit besar.

  • Kita jahil tentang penerbitan dan promosi.

  • Kita mahu anugerah dan pengiktirafan yang bakal diterima penulis berjaya

  • Kita sedang menulis buku fiksyen atau bukan fiksyen untuk orang dewasa atau buku kanak-kanak

Pemasaran gerila bukan suatu sistem kerja yang baharu. Sejak berzaman para penulis sudah menggunakan teknik-teknik dalam buku ini. Buat kali pertama teknik-teknik ini dihimpunkan, disusun dan di integrasi dengan satu pendekatan komprehensif kepada kaedah jualan buku kepada penerbit dan pembeli runcit.

Info Penulis

Jay Conrad Levinson adalah pengarang siri pemasaran best seller dalam sejarah, “Guerilla Marketing” , dan 57 buku bisnes yang lain. Buku-buku beliau sudah terjual hampir 20 juta naskhah di seluruh dunia. Konsep-konsep gerila beliau mempunyai pengaruh yang begitu luassehingga buku-buku beliau muncul dalam 52 bahasa di samping menjadi bacaan wajib dalam program MBA di seluruh dunia. Jay mengajar pemasaran gerila di sebuah divisyen luaran Universiti California di Berkeley selama 10 tahun. Sebagai pengamal, dia menyandang jawatan VP Kanan di J Walter Thompson di Amerika Syarikat dan Pengarah Kreatif Leo Burnett Advertising di Eropah.

Pemenang hampir semua anugerah media, dia pernah menjadi ahli pasukan kreatif yang mempopularkan jenama-jenama terkenal dalam sejarah. Antaranya The Marlboro Man, The Pillsbury Doughboy, Charlie the Tuna, Morris the Cat, Allstate’s Good Hands, United’s Friendly Skies, dan Sears Diehard Battery. Jay juga Pengerusi Pemasaran Gerila Antarabangsa. Jenama Pemasaran Gerila beliau kini dijual dalam bentuk siri buku-buku, bengkel, CD, video, CD-ROM, rancangan radio, sebuah universiti, siri podcast, tanda tempat Internet, dan Persatuan Pemasar Gerila, iaitu sistem sokongan bagi perniagaan kecil.

Pemasaran gerila sudah merevolusikan pemasaran kerana ia memberi cara alternatif kepada pemilik bisnes bagi berjimat, lebih produktif, dan meningkatkan keuntungan. Tidak ada orang lain yang lebih layak PEMASARAN GERILA mengubah kamu menjadi seorang pemasar gerila selain Bapa Pemasaran Gerila, iaitu Jay Conrad Levinson.

Selain daripada seorang penulis dan penceramah, Jay juga konsultan pemasaran. Dia boleh dihubungi di:

E-mel: jayview@aol.com

Laman web : gmarketing.com

 

Rick Frishman penerbit di Morgan James, pengasas Planned Television Arts, beliau sudah memegang gelaran pegawai seranta tersohor di Amerika Syarikat selama lebih 30 tahun. Beliau pernah bertugas dengan editor buku, agen persuratan, dan penerbit terkemuka termasuk Simon dan Schuster, Random House, Wiley, Harper Collins, Pocket Books, Penguin Putnam, Morgan James, dan Hyperion Books. Beliau juga pernah bekerja dengan pengarang best seller seperti Mitch Albom, Bill Moyers, Stephen King, Caroline Kennedy, Howard Stern, President Jimmy Carter, Mark Victor Hansen, Nelson DeMille, John Grisham, Hugh Downs, Henry Kissinger, Jack Canfield, Alan Deshowitz, Arnold Palmer, David Hancock, dan Harvey Mackay.

Rick pernah muncul di dalam beratus rancangan radio dan lebih sedozen rancangan televisyen seluruh negara termasuk OPRAH dan Bloomberg televisyen. Beliau juga pernah dipaparkan dalam New York Times, Wall Street Journal, Associated Press, Selling Power Magazine, New York Post, dan banyak penerbitan lain. Beliau menjadi pengarang bersama 10 buku termasuk best seller nasional Guerrilla Publicity and Networking Magic. Bersama personaliti media Robyn Freedman Spizman, Rick juga menulis siri empat buku yang popular Author 101 dan baru-baru ini mereka berdua berganding bahu menulis buku yang menerima sanjungan tinggi, iaitu Where’s Your Wow? 16 Ways To Make Your Competitors Wish They Were You!

Beliau adalah pengacara bersama (dengan peguam Richard Solomon) rancangan radio Taking Care of Business, yang ke udara setiap Khamis dari jam 2.00 hingga 3.00 petang waktu timur oleh WCWP-Radio di Long Island, New York (tcbradio.com). Rick mempunyai kelulusan B.F.A dalam lakonan dan B.S. dari Kolej Ithaca Sekolah Komunikasi dan beliau juga pensyarah dalam bidang penerbitan dan perhubungan awam serta ahli PRSA dan Persatuan Pemidato Nasional. Rick dan isterinya yang bernama Robbi tinggal di Long Island. Mereka memiliki tiga orang anak, iaitu Adam, Rachel, dan Stephanie, serta bersama dua anak anjing Havanese bernama Cody dan Cooper. Rick boleh dihubungi di:

Morgan James Publishing,

1225 Franklin Avenue, Suite 325,

Garden City, NY 11530

E-mel: Rick@RickFrishman.com

Laman web : RickFrishman.com

Lahir dan menerima pendidikan di New York, Michael Larsen bekerja di bahagian promosi bagi tiga penerbit utama: William Morrow, Bantam, dan Pyramid (sekarang Jove). Beliau dan isteri yang bernama Elizabeth Pomada berpindah ke San Francisco pada tahun 1970.

Dalam tahun 1972, mereka berdua memulakan Michael Larsen/Elizabeth Pomada Literary Agents, agensi kesusasteraan California Utara yang tertua. Semenjak itu agensi mereka sudah menjual banyak buku, dan kebanyakannya oleh penulis baru. Mereka menjualnya kepada lebih 100 penerbit. Kedua-dua prinsipal adalah ahli Persatuan Wakil-Wakil Penulis.

Agensi ini mewakili buku fiksyen dan bukan fiksyen untuk orang dewasa. Michael mengendalikan bahagian bukan fiksyen sementara Elizabeth menjaga bahagian novelis dan bukan fiksyen untuk wanita. Mike adalah penulis buku How to Write a Book Proposal and Literary Agents: What They Do, How They Do It and How to Find and Work with the Right One for You, kedua-duanya menjadi pilihan Writer’s Digest dan Kelab Buku Quality Paperback. Dia juga menulis The Worry Bead Book: A Guide to the World’s Oldest and Simplest Way to Beat Stress dan How to Write with a Collaborator bersama penulis Hal Zina Bennett.

Dalam tahun 1972, Mike dan Elizabeth mewujudkan California Publicity Outlets, sekarang dipanggil Metro California Media. Mereka juga mengarang bersama enam buku dalam siri Painted Ladies, iaitu Painted Ladies: San Francisco’s Resplendent Victorians; Daughters of Painted Ladies: America’s Resplendent Victorians, yang dipilih Publishers Weekly sebagai salah satu buku terbaik tahun 1987; The Painted Ladies Guide to Victorian California; How to Create Your Own Painted Lady: A Comprehensive Guide to Beautifying Your Victorian Home; The Painted Ladies Revisited: San Francisco’s Resplendent Victorians Inside and Out; dan America’s Painted Ladies: The Ultimate Celebration of Our Victorians.

Mike pernah mengulas buku-buku bagi The San Francisco Chronicle, dan artikel beliau pernah disiarkan dalam The San Francisco Examiner, Writer’s Digest, Publishers Weekly, dan Writer’s Digest’s Guide to Literary Agents. Mike dan Elizabeth memberi ceramah tentang penulisan, kerjaya agen, menulis kertas cadangan, penerbitan dan pemasaran gerila untuk kumpulan-kumpulan penulis dan konferensi. Mereka juga memberi seminar tentang “How to Make Yourself Irresistible to Any Agent or Publisher” berdasarkan bahagian terakhir buku Mike mengenai agen-agen.

 

David Hancock adalah pembimbing pemasaran gerila bertauliah dan pengasas Morgan James Publishing. Dalam tahun 2008 beliau diiktiraf oleh NASDAQ sebagai salah seorang pemimpin bisnes tersohor di dunia. Beliau juga finalis kategori Pengerusi Terbaik dalam Anugerah Bisnes America 2006. Dialu-alukan sebagai “oskar kepunyaan dunia bisnes” oleh New York Post.

David terpilih bagi majalah Fast Company “Fast 50” dalam tahun 2006 bagi kepimpinannya, pemikiran kreatif, pencapaiannya yang penting, dan kesan hebat ke atas industri dalam masa 10 tahun akan datang. David sudah merevolusikan penerbitan buku dari sudut pandangan pengarang. Model “Penerbitan ala usahawannya” memperkaya bukan sahaja pengarang, bahkan firma penerbitan sendiri.

David aktif bekerja bersama penulis bukan sahaja bagi membantu mereka memaksimumkan hasil daripada royalti buku, tetapi juga membina bisnes baru seterusnya meningkatkan hasil dengan banyak melalui jualan kepada pembaca mereka. Salah satu nilai teras David adalah menjalin hubungan yang kukuh dan saling mendatangkan faedah. “Kami menghabiskan masa bertahun-tahun membangunkan hubungan perniagaan penting yang bertanggungjawab atas kejayaan buku-buku bagi mendapat tempat di kedai-kedai buku serta pendedahan Internet yang meluas. Kami bermaksud meneruskan hubungan positif sedemikian dengan semua golongan dalam semua aspek bisnes. Kami menganggap ini satu kelebihan strategik.”

David adalah pengasas Universiti Penulis Usahawan dan Anugerah Ethan, satu-satunya anugerah keusahawanan antarabangsa merangkumi semua penulis bisnes. David juga menjadi lembaga penasihat Yayasan Mark Victor Hansen dan lembaga eksekutif Habitat for Humanity Peninsula. Beliau mengarang terlalu banyak buku antaranya The Entrepreneurial Author, Guerrilla Marketing for Writers, Guerrilla Marketing for Mortgage Brokers, dan The Secrets of Master Marketing.

David dan isteri Susan tinggal di Hampton Roads, Virginia, dengan dua anak mereka, iaitu Morgan Renee dan Ethan James. David boleh dihubungi di:

Morgan James Publishing,

1225 Franklin Avenue, Suite 325, Garden City, NY 11530

Internet: Twitter.com/DavidHancock , FaceBook.com/DHancock

 

Buku lain oleh penulis ini

  • Pemasaran Gerila untuk Penulis
    RM 31.50 / RM 34.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-369-110-4
    Tarikh Terbit: 22 Apr 2011
  • Pemasaran Gerila untuk Penulis
    RM 31.50 / RM 34.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-369-110-4
    Tarikh Terbit: 22 Apr 2011
  • Pemasaran Gerila untuk Penulis
    RM 31.50 / RM 34.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-369-110-4
    Tarikh Terbit: 22 Apr 2011
  • Pemasaran Gerila untuk Penulis
    RM 31.50 / RM 34.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-369-110-4
    Tarikh Terbit: 22 Apr 2011

Temubual bersama penulis